Bipolajourney Publish time 7-7-2017 07:18 PM

Fasa Kehidupan Perjalanan 'Y' Dengan Bipolar

Edited by Bipolajourney at 7-7-2017 07:25 PM

Thread ini dibuka khas untuk mana mana insan yang telah didiagnos menghidap sakit mental atau mengesyaki diri sendiri menghadapi simptom simptom sakit mental namunragu ragu untuk mendapatkan rawatan kerana masih dalam fasa ' Tidak Menerima' hakikat diri yang menghidap sakit kecelaruan mental ( mengikut bahasa undang undangnya)

Mohon jangan malu jangan segan kerana yang rugi adalah diri sendiri. Disini juga akan membincangkan kesan ubat ubatan anti psychotic meds dan kebaikannya.

Mod mohon jangan cakap ini salah board. IN DENIAL adalah masalah peribadi tau. ;P

idakamaruddin Publish time 7-7-2017 07:46 PM

check in:$

Bipolajourney Publish time 7-7-2017 07:46 PM

idakamaruddin replied at 7-7-2017 07:46 PM
check in

;P
No 1 yerrrr

Bipolajourney Publish time 7-7-2017 07:50 PM

Sis nak kongsi sikit di dalam thread ini antara masalah peribadi sis sejak dulu yakni sebelum di diagnos adalah kesukaran sis nak memberi tumpuan. Kalau dulu sis rasa sedih jugalah kan mengenangkan sis tak boleh duduk diam. Masa time prep orang lain sibuk belajar sis aman aman membuta atau bergosip atau melukis.

Lepas sis di diagnos maka semuanya masuk akal kenapa sis tak boleh menumpukan perhatian, kerja sekolah Maths tak pernah siap, kerja yang melibatkan penghafalan atau pembacaan sis aman aman scored dan siap.

Sis sakit rupanya.
Make peace with your past itulah konsep sis selepas sis mengetahui sis sakit.

Bipolajourney Publish time 7-7-2017 07:53 PM

Masalah lain adalah sis ikut mood. Kalau dulu bertahun tahun rutin sis lepas solat subuh membaca Al Quran begitu juga belah malam, namun sis rasa dekat 2 bulan atau 3 bulan rutin sis ni dah seakan malap.

Solat sis alhamdulillah dengan izin Allah masih dijaga walau kadang tengah solat hampir tiap kali sis lupa berapa rakaat dah aku solat ye.

Mujur masa sihat sis belajar berkenaan sujud sahwi kalau tak mereput sis rasa down.

Bipolajourney Publish time 7-7-2017 07:57 PM

Sis tulis semua hal di atas bukan hendak meminta solution dari forummer kerana konsep sis ni kalau minta nasihat sis suka pergi pada yang pakar. Itulah penangan OCD.

Sis nak suruh achik kepams sekalian check bersama sama, jika simptom sis sebut ini ada pada diri mereka. There is no such thing as coincidence u all. Jangan nak sedap hati sendiri.

Banyak dah sis jumpa orang diluar forum yang in denial. Sis ni nak kata ilmu banyak tu taklah tapi bila sis berada dalam fasa sakit mental ni, naik turun jumpa dua psikiatrist dan banyak membaca maka tak langsung sis seakan akan ada mutiara bergetar apabila melihat seseorang yang sis syaki menghidapi simptom penyakit mental.

Burong_Hantuk Publish time 7-7-2017 08:01 PM

moga saba ujian tuhan.

Bipolajourney Publish time 7-7-2017 08:02 PM

Burong_Hantuk replied at 7-7-2017 08:01 PM
moga saba ujian tuhan.

Terima kasih, inshaa Allah

zztop63 Publish time 7-7-2017 08:52 PM

salah bod ni..

Pink_Purple Publish time 7-7-2017 09:04 PM

kongsi kan je sis, suka baca

Bipolajourney Publish time 7-7-2017 09:33 PM

zztop63 replied at 7-7-2017 08:52 PM
salah bod ni..

So bod mana yang tepat untuk dialihkannyerrr

Bipolajourney Publish time 7-7-2017 09:34 PM

Pink_Purple replied at 7-7-2017 09:04 PM
kongsi kan je sis, suka baca

Thanks pink :P

Bipolajourney Publish time 7-7-2017 09:35 PM

Edited by Bipolajourney at 7-7-2017 09:37 PM

Dua tiga hari lepas sis berbaring atas tilam. Sis ni macam fobia sikit nak berbaring lama lama atas tilam sebab mengingat situasi setahun lepas ,sis yang akhirnya menghabiskan sepanjang hari berbaring. Rasa penat. Uninspired. Ko namakan apa sahaja mood negatif. Sis ada rasa nak mati sedangkan dulu sis dikenali seorang yang tabah dan positif. Masa tu sis dah 5 tahun tak ada tv. Sis dok layan korea sampai sis no longer interested nak tonton marathon korea.

Bipolajourney Publish time 7-7-2017 09:40 PM

Laki sis yang sebelumnya aktif dan senang didekati oleh orang sekeliling jadi sebaliknya. Laki sis tak boleh kerja luar. Baru je keluar sis panggil balik ambik remote astro. Sis jadi bertentangan peel dari awal awal kawin. Kalau dulu pepagi prepare breakfast untuk laki siap berbekal lagi, masa tak makan ubat sis lantakkan kau aja.

Bipolajourney Publish time 7-7-2017 09:42 PM

Eh remote astro pulak. Suruh baiki connection internet. Sis masuk Astro baru setahun lepas ambil ubat untuk distract perhatian sis yang suka mengganggu

Bipolajourney Publish time 7-7-2017 09:46 PM

So bila sis ada Astro ni walau sis nak kata tengok 100% tanpa teralih perhatian memang tak ada. Keburukannya tumpuan selalu terganggu ni selain mengganggu, kadang tengah bercakap sis lupa apa yang sis tengah cakap. Kalau orang bercerita panjang panjang sis jadi automatik menunjukkan wajah tak berminat. Kebaikannya sis boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Sis dikira oleh laki sis cekap didapur. Sebab sis masak cepat. Setengah orang 2 jam tak siap lagi memasaknya.

Bipolajourney Publish time 7-7-2017 09:50 PM

Kalau masa mood down sis akan tengok cerita tamil atau membaca novel sis yang berpuluh puluh masih berbalut plastik baru.


Bipolajourney Publish time 7-7-2017 11:40 PM

Bipolar mempunyai kadar kejengkelan yang tinggi. Dulu sis selalu pelik apa pasal sis senang menyampah pada lawak bodoh atau perangai bodoh. Bipolar rupanya u all

Contoh sis pernah blok kawan kuliah sis sebab sis rasa bila baca wall dia yang asyik puji suami, tayang anak, tayang bahagia sis rasa down tu satu hal dan sis rasa menyampah yang amatsebab sis kenal dia sebelum nikah rendah diri tapi nikah dengan orang ado ado sikit jadi lain peelnyer.

Oleh demikian sis happy sejak block beliau. Sis cadang mana mana orang u all rasa menyampah lagi berbulu mata maka sila BLOCK. Mulut celupar atau jenis tunjuk baik pun block aja.

mokcikKSKB Publish time 9-7-2017 12:22 PM

Bipolajourney replied at 7-7-2017 07:18 PM
Thread ini dibuka khas untuk mana mana insan yang telah didiagnos menghidap sakit mental atau menges ...

Check in..smg ada info bermanfaat yg dikongsikan.

Dlm family ada gak yg kena post partum depresion.x sure sampai saikosis ke x?tapi teruk jugaklah macik tu.kadang2 berhari2 x bleh tido.dia sejenis concern sgt sampai hal sedara mara pon dia terlebih amik berat.so masalah dia berkumpullah..end uo lepas branak kena depression.jumpa psychiatrist dia bagi ubat dan sentiasa follow up.skang tgk dia lebih hepi...

So dlm trait family aku ada ramai gak yg ada masalah mental ni. Harap aku x jd salah seorang sbb..aku rasa aku ni ada erlebih tang anxiety sket.lain2 normal kot..

JDT Publish time 9-7-2017 01:01 PM

Tak pasti ada masalah mental atau apa tapi saya kalau kunci pintu atau punat gas, mesti berulang periksa sampai sehinggakan tengah driving pun patah balik nak periksa lagi.
Selalu lupa waktu bercerita sehingga ada yg tegur cakap saya dah cerita pasal satu2 hal tu..maknanya berulang cerita yg sama tanpa sedar...ingatkan dah nyanyuk..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Fasa Kehidupan Perjalanan 'Y' Dengan Bipolar


ADVERTISEMENT