seribulan Publish time 4-7-2018 01:12 PM

...Memusnah Lebih Mudah daripada Membina...

https://www.fauzulnaim.com.my/wp-content/uploads/2013/03/Krishna-Ancient-Weapons-of-Mass-Destruction-and-The-Mahabharata.jpg

Apa fikiran anda?

LostStar Publish time 4-7-2018 05:38 PM

saya pilih tidak...

tidak semudah yang disangka.. penuh halangan kalau nak memusnahkan pon..

swimswim Publish time 4-7-2018 10:17 PM

Ya setuju...memusnahkan lebih mudah tp masih memerlukan usaha.salah langkah, si pemusnah jua boleh terkena akibatnya

Cewah sekali keluar madah

missinpiece Publish time 5-7-2018 01:30 AM

Betul...satu bangunan yg ambil masa bertahun2 utk dibina boleh musnah dek bom dalam masa satu hari...
Ikatan yg terbina dari kecil pun boleh musnah dgn sekelip mata dek kerana satu perkataan satu ayat.

KILL_NANCY Publish time 5-7-2018 01:31 AM

saya memilih setuju.terkadang wujud sesebuah perkara yang membantu kita untuk memusnahkan sesuatu.kita meletakkan satu usaha yang tinggi dalam penghasilan atau pembinaan sesebuah rekaan.misalnya, dengan membina rantaian domino yang sangat panjang.mungkin memakan masa berjam2, mungkin juga berbulan untuk menjayakannya.namun untuk memusnahkan ia memerlukan hanya satu jumlah kerja yang agak kecil (daya tolakan dari hujung jari), satu domino tumbang yang lain juga akan turut tumbang kerana mesej yang kita wujudkan secara tidak langsung membantu dalam kemusnahannya sendiri.

ini juga berlaku pada menara wtc 9/11.jet komersial yang melanggar menara lalu menghasilkan tenaga dan letupan yang besar, tetapi jika dibandingkan dengan pembinaannya, terlalu banyak tenaga yang diperlukan untuk membina menara daripada tenaga pelanggaran tersebut.

itu bila kita bercakap secara fizikal.tapi jika kita terjemahkannya secara ideologi, maka ia juga disebabkan oleh kerja2 yang terlibat.perancangan untuk membina wtc mengambil lebih banyak kemahiran berfikir dan tenaga daripada rancangan untuk menjatuhkan menara.bertahun2 mereka yang terbabit memikirkan pembinaannya, dengan jumlah kos yang agak besar, reka bentuk struktur bangunan, ketahanan bangunan pada gempa dan keupayaan menara itu berdiri pada kualiti tanah yang sedia ada.semuanya memakan masa yang agak lama untuk dilaksanakan.

begitu juga dengan lukisan monalisa yang dilukis oleh leonardo da vinci di mana kita sendiri sedia maklum, ianya mengambil masa yang lama, kemahiran yang tinggi dan tenaga yang jitu (termasuk pemikiran) dalam setiap durasi penghasilannya.namun untuk menghancurkan lukisan yang berharga jutaan ringgit itu adalah amat mudah sekali, kita hanya perlukan beberapa sudu asid hidroklorik untuk dititiskan ke atas kanvas lukisan itu, tanpa mengerah keringat mahupun akal, monalisa hanya tinggal kenangan.

marla69 Publish time 5-7-2018 09:04 AM

Depends on situation.Nak musnah if kebencian melebihi sayang tapi if kemarahan hanya sekejap biar lah dulu

seribulan Publish time 5-7-2018 11:05 AM

memusnah- negatif
membina - positif

benda negatif biasanya lebih mudah dilakukan...{:beato

syidasaleh Publish time 5-7-2018 06:49 PM

Setuju.nak bina kepercayaan seseorg tu sikit punya payah. Tp nak musnahkan cukup la dgn satu kecurangan/penipuan/penyelewengan. Dan lepas tu nak dapat balik kepercayaan dan keyakinan tu sgtlah mustahil.kalau ada pun bersyarat. Bila bersyarat tak boleh suka sgt.pantang salah sikit habis lah.
Macam tu jugak nak bina kejayaan.dgn susah payah.usaha,masa,komitmen.nak gagalkan.tak la semudah ABC tapi kalau diri sendiri yang musnahkan.lebih mudah dari org lain yg musnahkan.so jauhi dadah.jauhi rasuah.jauhi kemungkaran.jgn musnahkan apa yg kita dah bina.andai apa yg kita bina mengalami kegagalan teruskab usaha

miss_kepoh Publish time 5-7-2018 09:31 PM

Miss tak setuju.

Memusnah atau membina sama2 susah jika 'dgn niat'.
Bila tak terniat, membina atau memusnahkan salu berlaku dgn mudah n tak sengaja.

Cth;
Bila niat nak tanam serai, kata org tanaman paling simple.
Tapi takjadi:'(

Bila putus asa, abaikan. Tak perasan serai mula tumbuh mcm semak samun.
Jenuh pulak nak musnahkan.

dotaqueen Publish time 12-7-2018 12:10 PM

setuju sangat! nak bina sesuatu makan masa.

uuulelele Publish time 16-7-2018 08:40 PM

I couldnt agree more. Bak kata omputeh. Trust take years to build, second to break and forever to repair.

Redhead Publish time 17-7-2018 03:53 AM

setuju.. kerana nak menaikan sesuatu itu memakan masa,usaha dan tenaga tetapi boleh musnah dlm sekelip mata..

contoh paling senang adalah business nak naik kan sesuatu business tu sgt2 makan masa dan perlu usaha yg sgt keras tetapi satu kesilapan je business itu boleh jatuh lungkup dlm masa beberapa min..

contoh lain adalah kepercayaan.. nak dapat kepercayaan org bukan dlm masa satu saat tp klau kita buat salah sikit habis musnah kepercayaan itu.

mdhelmi Publish time 18-7-2018 04:32 PM

setuju
bina : nk masak lauk/kek/kuih sikit punya leceh
musnah : masuk mulut tunggu cerna pastu flush dlm toilet

tamat

MainemHu Publish time 28-7-2018 04:24 PM

Depends

Kadang-kadang kalau foundation kuat/teguh susah juga nak musnah

multinicky Publish time 30-7-2018 06:35 AM

Setuju. Memusnahkan lebih mudah dari membina.. Menghancurkan lebih mudah dari membaiki.. lumrah manusia itu sendiri yang sentiasa berubah-rubah...

kredit Publish time 4-8-2018 03:27 PM

Setuju. Contohnya nak bina rumahtangga. Kadang pasangan curang. Kadang dah bercinta macam nak rak alih2 keluarga tak setuju.kadang dia ajak kawin kita pulak tak nak terburu2. Kadang orang yang kita suka friend zone kan kita. Kadang dah setuju nak kawin tiba sampai ajalnya pula. Ni contoh2 kenapa nak membina lebih susah dari memusnahkan

fara7351 Publish time 5-8-2018 08:02 AM

Setuju..
Contoh : build up company perlukan masa, effort, money and idea.. take years untuk betul2 stabil.
Tapi boleh sekelip mata musnah contoh disebabkan bencana alam.

Foxey Publish time 5-8-2018 11:09 AM

Fox setuju memusnah lebih mudah dr membina... For example, kita dah spent so much time, energy, effort to build great rapport dgn business partners for a project. Sekali org lain ambik alih projek, dgn style yg exact opposite, terus hilang kerjasama and trust yg dibina sekian lama from the great rapport td tu.

raihaneem Publish time 5-8-2018 11:53 AM

Selalunya,begitulah


Nk membina ambil masa, tenaga, wang ringgit. Bina emosi dan kasih syg juga ambil masa..nak memahami, nak letak kepercayaan lg.
Nak musnahkan..bagaikan tekan suis on. Berkecai begitu saja..kalau pun ada yg terselamat..tak kukuh, bila2 masa,boleh runtuh.

Nak membina kembali sesuatu yg musnah

Lglah susah, mngambil masa..kdg2 terbiar begitu saja.

Kemusnahan mmbawa byk kerosakan, kepedihan...

arinn Publish time 24-9-2018 11:34 AM

...sama dengan hujan sehari menghilangkan panas setahun ....
Pages: [1] 2 3
View full version: ...Memusnah Lebih Mudah daripada Membina...


ADVERTISEMENT