alizwa Publish time 11-2-2019 08:20 AM

Penyakit eczema

Salam, saya menghidapi penyakit eczema. Umur dah 50 tahun. Dah guna berbagai krim dari hospital dan dah berpantang makan namun ada masanya kulit menggelembung dipenuhi dengan air. Ada tak cara-cara nak kurangkan kegatalan ni? Tak kiralah secara tradisional atau moden

chinta89 Publish time 11-2-2019 10:45 AM

eczema jenis ape ye yg u kena kak? susahnya sembuh. mesti x selesa.

idakamaruddin Publish time 18-2-2019 04:46 PM

i move ur thread kt bod perubatan ye

cc: @ipes2

introuble Publish time 20-2-2019 05:03 PM

Salam ,
cuba guna fucicort, untuk exema yang tak teruk

raihaneem Publish time 20-2-2019 05:22 PM

Guna,daun semambu.
1. Saya,blend amik air cairkan dan mandi.
2. Pati lepas blend campur bedak sejuk ..sapu od bhgian yg gatai dan ada,ekzema
3. Sapu aloe vera gel atau myk kelapa dara( campur dgn 2 titik pati myk habbatussaudak)
Kdg saya sapu myk kelapa dara dgn basil kering.

Tu yg saya dok buat utk ank
Masa yg sama elakkan mknn segera dan awet.
Jaga air..minum air secukupnya.

Mkn mknn tinggi anti oksida..ulam ulmn, sayur buah, evoo..

alizwa Publish time 21-2-2019 08:53 AM

introuble replied at 20-2-2019 05:03 PM
Salam ,
cuba guna fucicort, untuk exema yang tak teruk

Terima kasih, saya akan cari fucicort

alizwa Publish time 21-2-2019 08:56 AM

raihaneem replied at 20-2-2019 05:22 PM
Guna,daun semambu.
1. Saya,blend amik air cairkan dan mandi.
2. Pati lepas blend campur bedak seju ...

Terima kasih, nanti saya cuba. Banyak pokok semambu kat sini

alizwa Publish time 21-2-2019 08:59 AM

chinta89 replied at 11-2-2019 10:45 AM
eczema jenis ape ye yg u kena kak? susahnya sembuh. mesti x selesa.

Tak tau jenis apa. Dah lama kena ni. 4@5 tahun lepas dah kena, jumpa doktor pakar beberapa kali lepas tu sembuh.
Tahun lepas kena lagi, jumpa doktor pakar 2 kali je dah sembuh. Lepas tu menyerang lagi bila saya makan suplimen alternatif, samapi skrg makin melarat

raihaneem Publish time 21-2-2019 10:42 AM

alizwa replied at 21-2-2019 08:56 AM
Terima kasih, nanti saya cuba. Banyak pokok semambu kat sini

Pernah test utk alergik tak?.kena jmpa pakar kulit.

Klau nk mkn ayam...amik yg ayam kg.
Kdg faktor cuaca.
Ada mkn fishoil tak?..


Setakat ni la..kami pernah cuba sapu fishoil pd ekzema anak...3 hari cantik elok kulit dia
Tp...tak,tahan bau dia...kena kain ka..basuh 3-4x.
Rendam softerner..tak hilang bau. Jd buang ja kain tu

ipes2 Publish time 26-2-2019 07:28 AM

idakamaruddin replied at 18-2-2019 04:46 PM
i move ur thread kt bod perubatan ye

cc: @ipes2

mekasih ida

DaisyLuna Publish time 13-3-2019 08:31 PM

For me everytime lepas cuci tangan i akan sanitize my hands

Pakai lotion tgn rosken for dry skin

And lasty vaseline hand and nails conditioner utk kuku. Utk elak kulit kering area kuku.

Sometimes i pergi bekam jugak

chinghong82 Publish time 31-3-2019 01:28 PM

DaisyLuna replied at 13-3-2019 08:31 PM
For me everytime lepas cuci tangan i akan sanitize my hands

Pakai lotion tgn rosken for dry skin
...

I suggest guna pure natural Aloe Vera gel. Ia boleh bantu. Tambah lagi antioxidants OPC-3 untuk kembalikan immune badan kita untuk ringankan eczema. Boleh tambah LINE ID chinghong82 untuk info selanjutnya.

zarynzam Publish time 6-4-2019 11:25 AM

Edited by zarynzam at 6-4-2019 12:26 PM

Saya eczema juga cuma boleh control sahaja. Saya dah guna mcm2 cream2 yg ada steriod mostly yg hujung ada nama "cort".

1st yg saya buat, saya control pemakanan saya utk kenalpasti punca elergik. saya elergik pd ayam, boleh makan tapi tak boleh terlalu kerap ambil.

2nd bila cuaca panas mmg sangat tak selesa. Akan rasa gatal2 sebab kulit kering. Then saya guna miracle water utk spray area yg terlibat. Boleh beli di watson, guardian, wellness, caring, sasa ada jual beberapa brand semua ok. Saya pakai Clinelle

3rd kawal gula putih. Di rumah saya 100% guna brown sugar. Kat makan luar terpaksa la. Tapi kalau mampu atau bersungguh boleh la guna stevia.

4th sabun yg mmg direct dgn kulit. Semak kandungan chemical pd sabun basuh, sabun mandi, syampo, pencuci muka semua la. Cuba tukar yg tiada paraben dan sebagainya.

Selamat mencuba :)

akuni Publish time 6-4-2019 12:14 PM

Anak hakak pun mghadapi masalah yg sama. Mmg kena jaga pantang la..byk benda especially seafood kena jauhi..telor Tak le makan byk..ayam pun sama..klu makan mende2 tu ingat duniammg seluruh badan kan jadi mangsa. Selalu makan ubat pun Tak leh jugak sbb sistem badan Kita pandai lali. Better jaga makan. Kata org mencegah lebih baik dari mengubati ye dak?

noris75 Publish time 14-4-2019 12:51 PM

cuba pegi homeopathy...saya dah 2 kali rawatan dgn homepati dan sangat berpuas hati dgn ubat homopati. Tak tau lah org lain kan. Sebelum saya cuba homopati, macam2 krim saya dah pernah sapu..krim2 tu semua ada steroid. Ubat makan pun sama..nak2 kalau doc bagi prednisolone...tu kuat steroid.
Saya pernah pegi dermatologi hospital gomen, hospital private, klinik2 biasa..semua sama je ubat2 saya dapat tak membantu sangat.
Allergic tested pun pernah buat..alah pada cuaca, habuk, karpet, kucing, sayur kekacang hijau.


shnabilah Publish time 28-6-2020 11:11 AM

Salam, saya share info eczema disini https://minyakzaitunopu.com/blog/minyak-zaitun-sebagai-pelembap-semulajadi-eczema/. Hopefully membantu.

zranger Publish time 29-6-2020 06:24 PM

Hi, saya pon ada eczema dari kecik. Eczema ni takkan pergi tapi kita boleh control untuk elakkan dia flare. Setiap pesakit eczema tak sama trigger dia. Tapi roughly, apa yang dermatologist saya cakap untuk elakkan flare:
1. Jangan duk tempat yang panas sangat. Cari aircond/kipas.
2. Jangan duk tempat sejuk sangat, pakai jaket kalau sejuk.
3. Moisturize moisturize moisturize. Org eczema kulit dia kering, guna moisturizing cream/lotion. Saya personally suka aveeno, tak melekit.
4. Elakkan harsh chemical, kloroks apa bagai tu jangan pegang bare hands.
5. Sabun: dia suggest sabun lembut2, sabun baby ke cetaphil ke.
6. By time, kita akan tau trigger kita apa, contohnya saya memang tak boleh dishwashing soap sunlight/joy. Once dah tau, elakkan guna benda tu.
7. Makanan pon sama, certain makanan boleh trigger eczema tapi mcm point num 6 tu la, tak semua orang sama. Mcm saya masa kecik dulu ayam pon takleh makan naik gatai habih, pastu masuk asrama nak layankan eczema tak makan ayam boleh kebulur kot, so saya bantai muntahkedarah ayam, ada masa dia naik gatai ada masa ok. La ni dah tua ok ja makan ayam. Hmm tak berapa membantu pulak point ni tp tu la setiap org lain pantang makanan dia.

zranger Publish time 29-6-2020 06:28 PM

zranger replied at 29-6-2020 06:24 PM
Hi, saya pon ada eczema dari kecik. Eczema ni takkan pergi tapi kita boleh control untuk elakkan dia ...

Tambahan: untuk kurangkan gatai sometimes dr bagi antihistamine. Time flare, yes dr ada bg ubat2 yg -cort, steroid cream tu. Great during flare tp mmg takleh guna selalu sbb boleh menipiskan kulit.

nz.jr Publish time 29-6-2020 09:39 PM

update terbaru penyakit eczema tt..

sudah sembuh atau masih seperti dahulu..?

nz.jr Publish time 29-6-2020 09:45 PM

zranger replied at 29-6-2020 06:28 PM
Tambahan: untuk kurangkan gatai sometimes dr bagi antihistamine. Time flare, yes dr ada bg ubat2 y ...

kat sini orang yg berpenyakit memang tak berminat nak sembuh ke..?...lebih pada hangat2 taik ayam...tak bersungguh dalam
penyembuhan...bukak thread...lepas tu menyepi...kalau dah sembuh...warwarkan...supaya dapat membantu saudara
yg lain yg kena penyakit yg sama...
Pages: [1] 2
View full version: Penyakit eczema


ADVERTISEMENT