noyurie Publish time 6-4-2019 02:35 PM

Jenis darah dan sifat seseorang. Betulkah?

Darah A: Kichōmen (Teratur)


Dirujuk sebagai Kichōmen. Orang yang berdarah A ialah seorang yang penyabar, cinta akan ketenangan dan setia. Individu ini mungkin sedikit sensitif dan mengambil kira tentang taraf sosial dan etika. Mereka sangat sensitif dengan perasaan orang lain tetapi mengambil masa untuk berkongsi perasaan mereka. Mereka sangat berhati-hati dalam membuat keputusandan lebih selesa membuat satu tugasan dalam satu masa. Kadang-kala degil dan senang untuk stres.



Darah B: Jikochū (Pentingkan diri sendiri)
Mereka yang berdarah B dikategorikan sebagai Jikochū. Mereka pantas dalam membuat keputusan tetapi sukar untuk menerima arahan. Mereka adalah orang yang akan memastikan objektifnya akan tercapai walaupun sukar dilaksanakan. Mereka terkenal dengan seorang yang kreatif.


Orang berdarah jenis B mempunyai rasa ingin tahu yang kuat, tetapi pada masa yang sama, senang untuk hilang rasa minat itu.



Darah AB: Kawarimono (Pelik)
Jenis darah AB adalah kombinasi di antara A dan B, gabungan dua personaliti yang berbeza. Mereka selalu dilihat sebagai seorang yang merumitkan. Sebagai contoh, mereka pemalu seperti darah A tetapi juga seorang yang confident seperti darah B. Walaupun mereka seorang yang tenang dan cool, masalah yang tertangguh boleh buat mereka cemas dan tidak tenang.


Darah jenis AB adalah paling sedikit di Jepun dan di dunia (Ya, ada sangat rare!), jadi mereka sukar untuk ditemui.



Darah O: Rakkanshugi (Optimis)
Individu yang berdarah O adalah seorang yang senang didekati dan mampu menceriakan mood orang. Mereka juga mempunyai sifat kepimpinan, tetapi mudah berputus asa jika tugasan itu nampak tidak penting. Mereka tidak kisah tentang perkara kecil, jadi sikap individu berdarah O kadangkala dibenci mereka yang berdarah A. Mereka selalu tiba lambat di majlis dan kadang kala sedikit kurang ajar.

Aquagurlz Publish time 6-4-2019 02:37 PM

Saya Jeni's Drh b. Mmg Ada sikit kena dgn pwrwatakan sye...

noyurie Publish time 6-4-2019 02:39 PM

Aquagurlz replied at 6-4-2019 02:37 PM
Saya Jeni's Drh b. Mmg Ada sikit kena dgn pwrwatakan sye...

Mungkin betol kan.. Saya pun darah b

Aquagurlz Publish time 6-4-2019 02:41 PM

Kan... Nmpk mcm selfih tp hati Kita manyak baik... Hehe

noyurie Publish time 6-4-2019 02:44 PM

Aquagurlz replied at 6-4-2019 02:41 PM
Kan... Nmpk mcm selfih tp hati Kita manyak baik... Hehe

Auchhh....kannnn

KILL_NANCY Publish time 6-4-2019 03:08 PM

Aquagurlz replied at 6-4-2019 02:41 PM
Kan... Nmpk mcm selfih tp hati Kita manyak baik... Hehe

betul ke darah b ni suka kentut bersepah?

Aquagurlz Publish time 6-4-2019 03:33 PM

Hahahah... Tu pun mcm Ada juga..

violetungu Publish time 6-4-2019 03:39 PM

Dari pnglmn i btl..i drh a btlla tu apa yg dia kata.pnh jmpa golongan drh B dan AB surprising its true.cuma darah O mcm xbtl artikel tls golongan ni menceriakan org??bg i big no!!! annoying adala,muka masam memanjang and its true gol drh A xsk drh O krn sikap depa.

noyurie Publish time 6-4-2019 03:42 PM

KILL_NANCY replied at 6-4-2019 03:08 PM
betul ke darah b ni suka kentut bersepah?

Maybe kot... Kikiki

violetungu Publish time 6-4-2019 03:45 PM

noyurie replied at 6-4-2019 03:42 PM
Maybe kot... Kikiki

hihi lawakla u

chesfa Publish time 6-4-2019 03:53 PM

Kajian ni ikut blood group sebenar kita ker? Tak boleh nak pukul rata kan, it is just the writer's perspective, point of view

Not all Blood type A is like that. For sure something had happened that led people to believe that

From my experiences (that also led me to have this perspective), something had happened that made me thought some of Blood type A people tu annoying *ab*. To others, they might be good, sebaik-baik manusia, to me, they are just *ab* :rf:

Whatever people perceive you, it does not mean it is all you are, it does not mean that they hate you because of it, and it does not mean that you need to take this seriously or that it needs to affect you in any permanent way ;P

noyurie Publish time 6-4-2019 04:00 PM

violetungu replied at 6-4-2019 03:39 PM
Dari pnglmn i btl..i drh a btlla tu apa yg dia kata.pnh jmpa golongan drh B dan AB surprising its tr ...

Mungkin ada yang sama mungkin ada yang berbeza. Bergantung jugak pada persekitaran dan kehidupan seseorang mungkin.

noyurie Publish time 6-4-2019 04:03 PM

chesfa replied at 6-4-2019 03:53 PM
Kajian ni ikut blood group sebenar kita ker? Tak boleh nak pukul rata kan, it is just the writer's p ...

Hanya ikut perspektif penulis..tak semestinya betul.. Mungkin berbalik pada cara seseorang di besarkan,atau cara hidup seseorang yang tinggal di persekitaran yang berbeza..

annamz Publish time 6-4-2019 05:11 PM

Ada yg btl dan ada yg xbetol. Hehehe.

muggleDylla Publish time 6-4-2019 05:24 PM

banyak kan kajian personaliti, makanan yg sesuai mengikut darah ni. rasanya kalau ada kajian kiranya macam mostly la, maksud majority kump darah sekian2 macam ni. bukan la semua hehe

noyurie Publish time 6-4-2019 06:25 PM

annamz replied at 6-4-2019 05:11 PM
Ada yg btl dan ada yg xbetol. Hehehe.

Betul tu..

noyurie Publish time 6-4-2019 06:25 PM

muggleDylla replied at 6-4-2019 05:24 PM
banyak kan kajian personaliti, makanan yg sesuai mengikut darah ni. rasanya kalau ada kajian kiranya ...

Betul tu...

miera@max Publish time 6-4-2019 10:26 PM

Saya berdarah O, introvert...kemampuan utk menceriakan mood tu mcm kurang tepat...hehehe..tp part perkara2 remeh tuu memang betul, selalunya tak ambil pusing

norsue Publish time 6-4-2019 11:08 PM

sy darah A, descriptions tu macam betul citer pasal sy plak ;P

Bantalkuning Publish time 6-4-2019 11:35 PM

saya darah jenis A.. ada sikit sama dgn perangai saya.. tp bab penyabar tu mcm kurang betul.. kihkih
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Jenis darah dan sifat seseorang. Betulkah?


ADVERTISEMENT