asteruk2 Publish time 8-4-2019 04:35 AM

Ambil sumber internet dikira sbg Plagiarisme jugak ke?

Edited by asteruk2 at 8-4-2019 04:39 AM

Aku bekerja sbg seorang penulis dan perlu banyak buat rujukan dari internet..

Adakah kalau ambil maklumat secara rawak dari pelbagai website tu dikira sbg plagiarisme?

Maaf kalau soalan ni agak kurang cerdik. Tapi aku betul2 nak tahu.. takut termakan duit haram..

Orgkgdukobesi Publish time 8-4-2019 05:41 AM

Edited by Orgkgdukobesi at 8-4-2019 05:48 AM

Iya dik,sebab internet ini sudah dikira bahan rujukan secondary (kedua).

Sebab itu digalakkan menulis sumber informasi itu dari mana , contohnya alamat url website dari mana kita memetik sumber itu.

asteruk2 Publish time 8-4-2019 05:57 AM

Orgkgdukobesi replied at 8-4-2019 05:41 AM
Iya dik,sebab internet ini sudah dikira bahan rujukan secondary (kedua).

Sebab itu digalakkan men ...

Maksudnya kalau letak sumber url tu dikira bukan plagiarisme lah ya?

Orgkgdukobesi Publish time 8-4-2019 06:07 AM

asteruk2 replied at 8-4-2019 05:57 AM
Maksudnya kalau letak sumber url tu dikira bukan plagiarisme lah ya?

Tidak akan dikira sebagai plagiarisme seandainya kita mengolah semula informasi itu dengan kata kata / ayat kita sendiri serta tetap menyatakan sumber itu datang dari mana.
Masa study dulu,akan dikira plagiarisme jika 75% ayat yg kita tulis sama dengan sumber .

asteruk2 Publish time 8-4-2019 06:16 AM

Orgkgdukobesi replied at 8-4-2019 06:07 AM
Tidak akan dikira sebagai plagiarisme seandainya kita mengolah semula informasi itu dengan kata ka ...

Terima kasih atas penjelasan :)

Orgkgdukobesi Publish time 8-4-2019 06:32 AM

asteruk2 replied at 8-4-2019 06:16 AM
Terima kasih atas penjelasan

Sama sama. Sebab sekarang ada Intelectual Property Rights lah..apa lah sebab itu kena berhati2 bila menulis.

fahdramli Publish time 8-4-2019 07:38 AM

Amek maklumat dan diliolah sendiro todak dilira plagiat. Tapi kalau main copybpaste saja tanpa aada unsur2 penambahbaikan, sama mcm kita cetak idea penulis tu saja.

dokupangg Publish time 8-4-2019 09:07 AM

Whatever ideas, graphs, figures, etc yg diambil dari source lain mmg kena ada reference. Ayat pula kalau cedok copy paste sebijik dikira plagiarism la. But kalau amek artikel-artikel tu utk jadi inspirasi utk menulis then tak salah, yg penting guna ayat dan pemikiran sendiri masa menulis.

leyassi Publish time 8-4-2019 09:25 AM

masa buat thesis dlu benda2 cmni lah yg palingg rumit. nak kena ingat sumber amik dari mana n kena quote semua yg amik tu. fuh. mencabar.

kucingitam Publish time 8-4-2019 10:02 AM

plagiarisme tu kalau kita copy paste sebijik2ayat dari sumber.kalau ambil point je then buat ayat sendiri tu bukan kira plagiat.

sweetmima Publish time 8-4-2019 10:15 AM

kena bagi credit pada penulis asal dalam penulisan kita tu

Norneng Publish time 8-4-2019 06:10 PM

Bagaimana Plagiat Berlaku?


[*]Kita menulis semua idea orang lain dan mendakwa ia adalah hasil kerja kita.
[*]Ia juga dilakukan apabila cara citing tidak betul.
[*]Kita gagal menyatakan sumber penulisan/idea.
[*]Gagal mempersembahkan maksud sebenar sumber asli apabila menulis semula.
[*]Gagal menggunakan simbol quotation ("") pada sumber yang ditulis bulat-bulat dari sumber rujukan.
[*]Menyalahgunakan teknik penulisan dan struktur yang hampir sama dengan sumber rujukan asli.

Sources:
1. http://rulza.blogspot.com/2011/04/elak-plagiat-perkemaskan-citation-dan.html
2. How to Avoid Plagiarsm: The Scourging of the Academe, A guide from www.kgsupport.com

orange_madu Publish time 8-4-2019 07:22 PM

Plagiat ni simple je.
Benda yg dicari tak datang depan mata dari langit.
Mesti dapat dari mana2 kan? So mana2 tempat yg kite dapat maklumat/info tersebut tu semua mesti dikreditkan, mesti ade acknowledge kpd empunya maklumat asal. So selagi bukan kite punya, kene ade reference.

harubom Publish time 8-4-2019 07:25 PM

Yesss. So kenalah give credit or reference. Mcm buat fyp, mana boleh simply petik mana2 without justification and sourcing

bungalavender19 Publish time 8-4-2019 10:29 PM

Yup.. sebab tu kena bg credit pada empunya idea..

asteruk2 Publish time 8-4-2019 11:27 PM

Sy nak buat pengakuan ikhlas yg zaman study dulu sy mmg copy paste je sumber internet lepas tu ubah2 ayat.. mmg tak bagi reference..

Tapi rasanya ramai lg yg buat mcmtu kan.. kdg terfikir mungkin sbb tu jugak ramai yg menganggur.. xdpt kerja bagus, pangkat tinggi yg boleh membanggakan mak ayah..

Sy dpt kesedaran ni pun selepas sy bekerja dgn org.. ramai yg ambil mudah bab ni.. sampai ada yg tergamak suruh sebarkan berita palsu semata2 utk dpt duit di blog..

Bila sy tanya bekas majikan sy tu semula.. dia ckp duit dia yg beribu2 tu dah habis.. kesudahannya dia bekerja cucuk tanam je..

Sama jugak konsepnya bila tgk artis terutamanya pelawak2 yg takde adab.. berlawak sampai jatuhkan air muka org atas pentas.. duit mmg dapat dan kaya raya.. tapi kehidupan diorang kita sendiri dpt tgk tak tenang.. saman menyaman.. sama2 mengaibkan sesama sendiri mcm takde maruah diri.. lebih sedih bila yg dimalukan tu org yg lebih berusia..

Sy dah dekat 4 tahun bekerja freelance sbg penulis.. byk jugaklah sy belajar pasal etika ni.. even company sy skrg pun mmg mcmtu.. ambil gambar tak beri kredit.. artikel pun main pakai terjemah shj dari sumber internet.. sy pun buat mcm tu dulu..

Sebab tu sy nekad nak cari kerja tetap dan buka lembaran baru.. cari duit halal.. dosa dgn tuhan kita masih boleh minta ampun.. dosa sesama manusia ambil hak org tanpa kebenaran bg kesan pd darah daging..

akuni Publish time 9-4-2019 12:04 AM

Edited by akuni at 9-4-2019 12:05 AM

Nahhh!!! Hakak plagiat dari wiki..harap dapat membantu yet dikkk...

Menurut Kamus Dewan, Plagiat atau ciplak atau plagiarisme bermaksud "perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri".

Dalam bidang akademik, gejala menciplak oleh pelajar, profesor dan penyelidik dianggap sebagai penyelewengan akademik dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah digantung atau dibuang dari universiti.

Dalam bidang kewartawanan pula, plagiarisme dianggap sebagai pencabulan etika kewartawanan dan pemberita yang didapati menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib termasuklah digantung atau diberhentikan kerja.

Sesetengah individu yang ditangkap kerana menciplak dalam penulisan akademik mendakwa mereka tidak berniat menciplak, melalui kegagalan mereka mengemukakan petikan serta sumber rujukan.

Sementara penciplakan dalam bidang akademik dan penulisan mempunyai sejarah berkurun lamanya, perkembangan Internet, di mana rencana dipaparkan sebagai teks elektronik, menjadikan perbuatan menyalin hasil kerja orang lain lebih mudah melalui potong dan tampal sesuatu teks dari sesebuah laman web ke satu lagi laman.

Penciplakan bukanlah cetak rompak. Sementara kedua-dua istilah boleh merujuk kepada sesuatu perbuatan yang sama, masing-masing membawa maksud yang berbeza. Cetak rompak bermaksud pencabulan hak terhadap pemilik hak cipta, di mana bahan-bahan yang dilindungi hak cipta digunakan sewenang-wenangnya tanpa izin. Sementara itu pula. penciplakan pula berkaitan dengan perbuatan memplagiat reputasi penulis yang dicapai melalui dakwaan penulisan yang palsu.

P/s jangan contohi hakak mu inih :$.sekian

namakusiapa2 Publish time 11-10-2019 10:28 AM

Hahahaha mestiii
Pages: [1]
View full version: Ambil sumber internet dikira sbg Plagiarisme jugak ke?


ADVERTISEMENT