fahdramli Publish time 26-3-2020 04:45 PM

Nak Moratorium ke idok??

Since kerajaan dan umum moratorium ni, jom kongsi pandangan pro dan kontra anda. Memang elok untuk kita marhean yang tersepit dek MRO ni. Sekurang kurangnya kita ada sikit simpanan kalau terdesak pada masa depan.

Kakalongmu Publish time 26-3-2020 05:32 PM

Edited by Kakalongmu at 26-3-2020 05:33 PM

Loan kereta kaka setuju tapi loan rumah tu idok yer... Bunga tetap jalan

makneng Publish time 26-3-2020 06:08 PM

Tak pe lah... Mak bayau je mcm biasa. Jimat2 je pakai duet skrg.. Dulukan yg penting.

jazaa100 Publish time 26-3-2020 06:24 PM

makneng replied at 26-3-2020 06:08 PM
Tak pe lah... Mak bayau je mcm biasa. Jimat2 je pakai duet skrg.. Dulukan yg penting.

Itu yg terbaik kan mak....

Klu dah sedap x byr....nanti nk mula byr...rasa liat le pulak.....lg pun duit tu pun entah ke mana perginya....

Hakak is tension bila pikirkan korang yg masih ada loan....kesian...tambah yg ada anak.....mesti stress dlm keadaan mcm ni...

Rumah sewa akk sebuah, penyewa dah bg notis nk pindah....nasib baik lah tak pinjam bank...klu tak kecut gak purse....itu pun hakak dah tension sbb akk iklankan utk cari penyewa, sunyi sepi....dulu akak iklankan mlm...pg esoknya berderet deret org call nk tgok....ni dah 5Hari dah...satu call pun tak masuk....bangla je call, tapi akak tanak sewakn kat bangla...

Berjimat jimat lah uolls....ekonomi akn terus merudum...setahun pun blm tentu pulih...ni lebih teruk dari 1998 dulu

Leonclay Publish time 26-3-2020 06:39 PM

Kakalongmu replied at 26-3-2020 05:32 PM
Loan kereta kaka setuju tapi loan rumah tu idok yer... Bunga tetap jalan

Bunga loan umah byk tu..tmbh2 klu belum 10 thn lg byr..mau nangis byr bunga je

AbukRokok Publish time 26-3-2020 07:10 PM

Kakalongmu replied at 26-3-2020 05:32 PM
Loan kereta kaka setuju tapi loan rumah tu idok yer... Bunga tetap jalan

klu persenel loan?

makneng Publish time 26-3-2020 07:59 PM

jazaa100 replied at 26-3-2020 06:24 PM
Itu yg terbaik kan mak....

Klu dah sedap x byr....nanti nk mula byr...rasa liat le pulak.....lg ...

Btl sgt kakak.. Ni pun BSN bg sms sblm lockdown hr tu, BLRturun. Tapi bayar juga lebih sikit dr amount yg kat dlm sms tu sbb nak cover fire insurance nanti...i harap ada yg nak sewa rmh akak nanti lps habis MCOni. Skrg ni i percaya ramai yg tak berani nak keluar sgt2. Tu yang x berapa nak ada sambutan.

cairel_azlie Publish time 26-3-2020 09:43 PM

Kalau mampu dan duit kepuk2 dlm rumah tak susut walau lockdown setahun tak payah amik Moratorium ni...call bank ckp saya tak hingin....:lol:

supermum Publish time 27-3-2020 12:22 AM

Kalau rumah, principal berapa sen je pun sampai nak skip. Kalau yang ada rumah berketul2 tu berbaloi lah kot. Kalau rumah seketul, teruskan aje bayar.Org ingat loan rumah misalnya 1700, boleh tangguh 1700 terus kot. Tapi kereta berbaloi ambik moratorium.

alieyrina Publish time 27-3-2020 01:17 AM

Kena bgtau bank jugak ka kita x mau amik moratrm ni? Atau kita byr mcm biasa ja?aku xmau la moratrm ni..

little_sis Publish time 27-3-2020 05:27 AM

aku nak byr mcm biasa je since so far gaji pun jln mcm biasa.. tambah keta tu lg brp bulan je nak habisnya.. tapi kalau taknak amik moratorium ni kena inform bank ye? kena pegi atau call saja pun boleh? siapa tahu bab ni?

Kakalongmu Publish time 27-3-2020 06:58 AM

AbukRokok replied at 26-3-2020 07:10 PM
klu persenel loan?

Ringkasan berkenaan Auto Loan Moratorium supaya lebih ramai faham dan tidak keliru.

1. Bila bermula?
- 1 April 2020 hingga 1 September 2020
(6 bulan).

2. Jenis loan yang dapat moratorium?
    - Pinjaman Perumahan.
    - Pinjaman Kenderaan.
    - Pinjaman Peribadi.
    - Pinjaman Perniagaan.

- Syaratnya, pinjaman tiada tunggakan
selama 90 hari.

3. Macam mana nak mohon?
    - Automatik, tak perlu pohon, tak perlu hantar
      borang, tak perlu telefon bank dan
      sebagainya.

4. Siapa yang layak?
    - Semua rakyat Malaysia tidak kira kerja
      Kerajaan atas Swasta.
    - Tak ada konsep gaji jalan tak boleh dapat
      ke atau gaji tak jalan je boleh dapat ke.
      Semua layak.

5. Kad Kredit pun dapat penangguhan ke?
   - Tidak.
   - Bank boleh convert baki hutang kepada
   pinjaman tetap.
   - Faedah maksimum akan menjadi
   13% setahun berbanding 18%.

6. Jumlah pinjaman akan bertambah ke?
    - Tidak akan bertambah.
    - Cuma akan bertambah faedah sebanyak
      6 bulan (kerana penangguhan 6 bulan).
    - Jangkamasa pinjaman sahaja ditambah
      6 bulan.
   - Jika sebelum ini pinjaman adalah selama
   7 tahun, dia akan jadi 7 tahun DAN 6 bulan.

7. Kalau pinjaman yang bukan melalui Bank
    contohnya AEON Kredit, pinjaman kenderaan
    dengan Kedai dan sebagainya?

   - Sila berurusan terus dengan pemberi
   pinjaman kerana mereka bukan institusi
   Perbankan.

8. Ada kesan tak kat rekod CCRIS dan CTOS?
    - Tiada, tidak terkesan langsung.

9. Rumah sewa dapat tangguh secara
    automatik tak?
    - Tidak.
      Tetapi boleh berbincang dengan pemilik
      untuk diskaun dan kelonggaran kerana
      secara dasarnya, pemilik pun dapat
      penangguhan bayaran pinjaman.

10. Bagaimana kalau tak mahu buat
       penangguhan dan nak bayar macam
       biasa?
       - Hubungi bank dan bagitau mereka.

11. Penangguhan akan kena faedah atau
       penalti tak?
       - Tidak. Anggap sahaja penangguhan ni
          satu anjakkan ke depan dan 6 bulan ini
          hanya satu ruang kosong yang anda tak
          perlu bayar dan tak memberi kesan.

12. Selepas 6 bulan moratorium macam mana?
       - Bayar pinjaman seperti biasa.

13. Insurans perubatan, insurans nyawa dapat
       penangguhan juga tak?
       - Tidak termasuk dalam Moratorium.
       - Kalau tak bayar, takde perlindungan.

Semoga dapat memberi pencerahan. Kongsikan supaya orang tidak lagi tertanya-tanya.

Harap ni dapat membantu semua...

X payah dah pening2 kepala.. Kerajaan dah bagi kelonggaran tu.. Ambil shj.. Pasal kita x tahu di kemudian hari... De sebab kerajaan buat kelonggaran begini..

Pasal kita akan menghadapi kegawatan ekonomi yg menggerunkan.. Simpan duit cash.. Berjimat cermat mulai skrang...

che-cikL Publish time 31-3-2020 10:34 PM

My plan ialah spt berikut:
1.Terima semua moratorium iaitu 2 housing loans (HL1; HL2) dan 2 personal loans (PL1; PL2)
2. Bayar HL1 dan PL2 seperti biasa
3. Repayment amount utk PL1 & HL2 (RM2.5k sebulan) disimpan dalam ASB, on top of my monthly ASB saving RM2k
4. Tamat tempoh moratorium akan bayar semua seperti biasa dan extra sikit utk PL2
5. Mid-Jan 2021, keluarkan RM30k drp ASB utk full settlement PL2
6. Selepas itu, salah satu drp HL akan dibayar dgn extra amount selepas ada extra penjimatan kerana dah tutup PL2.

This is my logic. Any suggestions, friends?

minahsenget Publish time 5-4-2020 01:44 PM

umah sini mmg umah i,my very own little cottage, so i byr
kereta hubby bayar,tp dia opt utk x byr 6 mths ni,coz business down bykkkk, so i ikut je

Tinot7 Publish time 7-4-2020 07:50 AM

Kakalongmu replied at 26-3-2020 05:32 PM
Loan kereta kaka setuju tapi loan rumah tu idok yer... Bunga tetap jalan

Kalau bunga tetap jln, ni susah woo

fahdramli Publish time 8-4-2020 02:23 PM

che-cikL replied at 31-3-2020 10:34 PM
My plan ialah spt berikut:
1.Terima semua moratorium iaitu 2 housing loans (HL1; HL2) dan 2 perso ...

Bukwh dah tu, yang penting duit yang dapat lebihan tu simpan siap2 kat akaun lain. Nanti bila rasa nak setel semua guna duit tu

marla69 Publish time 11-4-2020 08:03 PM

Saya bulan ni tak bayar lagi kereta.Nak ke bank pun malas.Boleh jer transfer online masalah nya saya tak tau account number sebab salu bayar guna no.Kereta.Duit plak dah lari ni.Next month makna nya kena double bayar.Huhuhu.

girlfriend_^^ Publish time 12-4-2020 12:03 PM

Mesti la ambil..duit tu simpan buat simpanan kecemasan..tak tahu company masih boleh survive tak post covid nanti..

netto_ Publish time 17-4-2020 12:06 PM

aku amik for both loan car dan umah. aku amik je la so dpt kumpul cash sikit nk buat saving. xtau la brp lame dpt survive ni nti ni. ape yg ade amik dulu.

kikihana Publish time 17-4-2020 08:39 PM

saya pun ambil je utk rumah dan kereta..untuk kegunaan emergency masa pandemik COVID ni yang taktahu bila bole setel in msia dan juga 1 dunia..prepare for the worst org kata huu
Pages: [1] 2
View full version: Nak Moratorium ke idok??


ADVERTISEMENT