Aking Publish time 13-1-2021 04:36 PM

'Cuci Muka Bersih-Bersih Tau!' - Sarah Suhairi

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cCQjI.img?h=657&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f&x=636&y=329
Sarah Suhairi. FOTO IG Sarah Suhairi

Harian Metro

Norhayati Nordin
norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi Sarah Suhairi, 20, mengingatkan golongan wanita yang suka bersolek supaya membersihkan mekap di muka mereka dengan betul dan sebaiknya.

Ia berikutan, sehari sebelum sambutan tahun baharu 2021 pada minggu lalu, Sarah mengalami jangkitan kuman pada mata hingga menyababkan kelopak mata bernanah.

Bersyukur jangkitan kuman di matanya sudah pulih, Sarah yang pernah popular dengan lagu Pedih mengakui apa yang dialami itu cukup memberi iktibar dan pengajaran.

"Alhamdulillah, mata saya yang mengalami jangkitan kuman dan bernanah itu, sudah okay sepenuhnya. Untuk sesiapa yang suka mekap atau bersolek, pastikan bersih semua bahagian di muka dengan betul.

"Selain bersolek, punca jangkitan kuman juga boleh didapati dari persekitaran. Jadi, sesiapa yang aktif dalam apa sahaja sukan, pastikan cuci muka dengan sebersihnya," kata Sarah.

Terdahulu, pada perkongsiannya di Instagram baru-baru ini mengenai jangkitan kuman di mata berkenaan, Sarah berkata ia mungkin berpunca daripada solekan.

Katanya, ia dikesan selepas pemeriksaan doktor dibuat yang mendapati ada benjolan dalam kelopak matanya disebabkan kelenjar berminyak tersumbat.

"Malah, nanah yang ada dalam kelopak mata itu perlu dibuang dan doktor memaklumkantempoh pulih mengambil masa sekitar satu atau dua minggu," ujarnya.

Apapun, Sarah gembira jangkitan kuman di matanya itu sembuh dengan cepat dan dia akan lebih berhati- hati selepas ini terutama memastikan solekan pada wajahsudah dibersihkan dengan baik.
Pages: [1]
View full version: 'Cuci Muka Bersih-Bersih Tau!' - Sarah Suhairi


ADVERTISEMENT