piao Publish time 25-2-2021 08:20 AM

Ford Cipta Jaket Emoji Untuk Kemudahan Penunggang Basikal

Ford Cipta Jaket Emoji Untuk Kemudahan Penunggang Basikal

Jalan raya bukan sahaja digunakan untuk kenderaan besar seperti bas lori dan kereta sebaliknya turut dikongsi bersama motorsikal serta basikal

Namun di antara semua ini penunggang basikal sahaja yang tidak memiliki sebarang alat komunikasi seperti signal, lampu brek.

Mengikut statistik, lebih 2,000 penunggang basikal telah maut akibat nahas jalan raya di Eropah sahaja.

Menyedari perkara ini, Ford telah mereka satu jaket prototaip untuk pengguna basikal yang diharap dapat membantu menjadi alat komunikasi dengan pengguna jalan raya yang lain.

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/02/Ford-Cipta-Jaket-Emoji-Untuk-Kemudahan-Penunggang-Basikal.jpg
https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/02/jaket-emoji-ford-2.jpg
Jaket yang di beri nama ‘Emoji Jacket’ berupaya memaparkan imej digital emoji sebagai teknik komunikasi direka khas untuk satu kempen kesedaran jalanraya Ford ‘Share the Road‘

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/02/jaket-emoji-ford-4-kanan.jpg
Penunggang basikal akan menggunakan panel butang yang terletak di bar hendal basikal mereka untuk mengaktifkan paparan emoji jenis Led yang terletak di bahagian belakang jaket .

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/02/jaket-emoji-ford-3.jpg
Setiap butang pada panel tersebut akan menghasilkan paparan emoji yang berbeza sebagai ganti ‘signal’ untuk memudahkan pengguna jalan raya di belakang mereka memahami pergerakan mereka tidak kira siang atau malam.

Jaket emoji juga mempunyai fungssi untuk memaparkan mood semasa penunggang diantaranya mood sedih dan mood gembira.

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/02/jaket-emoji-ford-5.jpg
Ford bagaimapun setakat ini belum menyatakan kesediaan untuk mengeluarkan jaket emoji untuk penjualan dan ianya akan kekal sebagai prototaip

Namun kehadiran jaket sebegini pasti dapat membantu golongan penunggang basikal secara tidak langsung menyelamatkan nyawa serta mengurangkan kadar kedar kemalangan membabitkan penunggang basikal

Tonton video perkongsian Ford dibawah :

https://youtu.be/g756nqX-jUU

Sumber: THEVERGE

Supersirap Publish time 25-2-2021 08:49 AM

Jaket yang menarik tetapi harga mungkin mahal

Lvstar Publish time 17-3-2021 12:57 AM

Sesuai untuk keselamatan penunggang basikal
Pages: [1]
View full version: Ford Cipta Jaket Emoji Untuk Kemudahan Penunggang Basikal


ADVERTISEMENT