SenangMaju Publish time 26-7-2021 03:33 PM

Zina Didalam Hati Itu Berdosa?

Assalammualaikum,

Saya ada Mendengar dari segala macam sumber, Zina yg ada di dalam hati itu berdosa. Sedangkan saya pernah mendengar, segala kejahatan yg ada di dalam hati itu, tidak dicatatkan dosa.

Yang Mana satu betul ni? Bukankah Zina itu suatu bentuk kejahatan? Mohon penjelasan...

exclusive_vvip Publish time 26-7-2021 03:50 PM

zina dlm hati tu apa maksud dia?

SenangMaju Publish time 26-7-2021 03:58 PM

exclusive_vvip replied at 26-7-2021 03:50 PM
zina dlm hati tu apa maksud dia?

Entah,.. nanti Saya kirim link

SenangMaju Publish time 26-7-2021 04:06 PM

https://youtu.be/aqrTKnceD6Q

https://youtu.be/PgjzjPAqTWw

airmineral Publish time 26-7-2021 04:26 PM

lame xdgr word zina hati
iols tau term ni pun sbb pnh baca iluvislam dulu2:lol:

meisapoya Publish time 26-7-2021 04:54 PM

Samalah. Masa sekolah dulu pun ustazah cakap tak dosa selagi tak buat. Cuma kena elakkanlah sebab takut lama2 pendam dia jadi nak cuba buat. Sebab tu ustaz azhar cakap setengah ulama' cakap dosa kecil. Dibimbangi akan membawa kepada dosa besar; zina. Jadi kena elakkan selagi boleh.

kaoru44 Publish time 26-7-2021 05:00 PM

Edited by kaoru44 at 26-7-2021 05:04 PM

Tt...dlm ni ada pjelasan dia..pnjg sgt nk tepek..ada skali cth2 org yg extreme bg erti zina hati..

http://jawabgn.blogspot.com/2011/03/memahami-zina-hati.html?m=1






kaoru44 Publish time 26-7-2021 05:05 PM

Ada lg smbgn dlm tu tt..

Lagubestbest Publish time 26-7-2021 05:08 PM

rugi la jaga solat setiap hari kalau lepastu pergi buat dosa tak sampai sejam pun.

SenangMaju Publish time 26-7-2021 11:02 PM

Erms, nafsu dengan hati sama ek?

SenangMaju Publish time 26-7-2021 11:27 PM

kaoru44 replied at 26-7-2021 05:00 PM
Tt...dlm ni ada pjelasan dia..pnjg sgt nk tepek..ada skali cth2 org yg extreme bg erti zina hati..
...

Bila saya baca hadis2 tu, tak menjelaskan hati dan nafsu itu berkaitan zina pun, akan tetapi asbab berlakunya zina berlaku atas pilihan hati dan juga nafsu bukan?

Soalan : Mustahil, hadis yg menerangkan soal kejahatan yg wujud di dalam hati itu tidak dikira berdosa, akan tetapi tetap juga ada manusia yg mentakwilkan hati itu tetap berdosa jika hati itu berzina, sedangkan dalil sangat jelas, sekadar menerangkan asbab yg dimaksudkan menerusi hati Dan nafsu. Mohon penjelasan bagaimana masih ada org yg menyatakan, Zina hati itu berdosa?

SenangMaju Publish time 26-7-2021 11:30 PM

Bukan apa, baru kejap tadi, ada seorang ahli pesantren (sekolah pondok), terus berkata "Zina hati itu berdosa"? Lalu disandarkan pada pandangan ulama2?

Sedangkan, hadis yg diberikan, tidak merujuk kepada makna Zina hati, sekadar menjelaskan asbab Zina mata Dan seumpamanya itu berlaku kerana urusan hati bukan?

SenangMaju Publish time 26-7-2021 11:32 PM

Dari Abu Hurairah RA ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku ini sesuatu yang terdetik dalam hati selama tidak dilakukan, atau diucapkan. Dan apa-apa yang dipaksakan kepadanya.” (HR Ibnu Majah No: 2034) Status: Hadis Sahih

SenangMaju Publish time 26-7-2021 11:43 PM

Contoh. Katakanlah saya terdetik di dalam hati nak melakukan perbuatan dan kata2 zina, akan tetapi saya belum buat zina lagi, masih wujudkah perkataan zina hati, sedangkan tak akan dicatatkan oleh Allah s w.t pun dosa itu walau sebesar zarrah? Pastilah, zina itu hanya berlaku atas perbuatan dan kata2, baru dikira berdosa atau bukan? Dan kerana itulah, Allah s.w.t menerusi baginda Rasullullah s.a.w, mendatangkan hadis yg terlibat dengan jelas, tidak meletakkan perkataan "Zina hati atau Zina nafsu", sedangkan yg dikatakan Zina itu melibatkan selain dari itu sahaja kan?

Cuba try baca hadis itu pelan2, Mana mungkin Kita boleh kata seseorang itu Zina hati, sedangkan segala kejahatan di dalam hati tidak dicatatkan dosa pun oleh-Nya, sudah pastilah, urusan hati itu urusan Allah (yakni tidak boleh dinyatakan selain yg dimaksudkan oleh Allah sahaja kan?)

SenangMaju Publish time 26-7-2021 11:50 PM

Saya bagi contoh ya. Katakanlah, dihati saya ni, terdetik nak tengok aurat Marka yg seksi. Sedangkan, Saya Tak tengok lagi pun Marka seksi tu. Bila Tak tengok lagi, dah boleh dikira berdosa ya? Habis tu, dah tentulah bercanggah dengan hadis2 lain kan?

Contoh lain, katakanlah dihati saya ni, terdetik nak tengok aurat Marka yg seksi. Saya sekadar menggambarkan menerusi akal sahaja. Boleh Tak Saya katakan, perbuatan Saya itu perbuatan Zina yg sebenar2nya berdosa?

Ada yg boleh jawab?

SenangMaju Publish time 27-7-2021 12:01 AM

Boleh Saya kata begini, "Allah s.w.t Tak pernah menyatakan Zina hati, lagi pula, Allah s.w.t hanya menyatakan urusan hati itu urusan Allah"(maksudnya, segala yg tidak dinyatakan-Nya, tidak ada sesiapa yg boleh mentakwilnya).

Makanya, hakikatnya, Tak wujud pun Zina hati seperti yg di war-warkan selama ini. Melainkan, Zina perbuatan dan kata2. Bila kita sebut sahaja Zina, ianya dosa yg akan dicatit-Nya. Apa pasal, kalau hati terlintas kejahatan (Zina), Tak dicatat dosa melainkan jika melakukan ya sesudah itu?

Makanya, sebenarnya Tak pernah wujud Zina hati kan? Kerana, hati Tak pernah berdosa selagi belum melakukan Zina sekalipun terlintas dihati cuma.

SenangMaju Publish time 27-7-2021 12:10 AM

Mana2 perbuatan membayangkan melakukan Zina, ianya merupakan suatu dosa. Setuju atau tidak? Memang kena setujulah ya. Sebabnya, ianya berkaitan aqal yg akan diilhamkan kejahatan dan ketaqwaan. Lagi pula, pada hati hanya ada dua perkara sahaja kan? Samaada Allah atau selain Allah. Makanya, Zina hati sebenarnya Tak pernah wujud. Ianya rekaan org yg menyusahkan urusan agama yg paling mudah dijadikan susah ikut ilham kejahatan (menyebabkan khilaf dalam urusan agama utk rosakkan hati lalu ingkar kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya)

SenangMaju Publish time 27-7-2021 12:14 AM

Ada sesiapa yg nak bangkang? Mungkin nak pegang fahaman ulama terdahulu, menyatakan Zina hati tu ada?

Apakah ada Zina nafsu?

SenangMaju Publish time 27-7-2021 12:27 AM

Contoh kalau ada yg kata, Zina nafsu itu ADA.

SOALAN : Nafsu itu perbuatan ya?

Contoh mudah, nafsu nak makan. Bila nafsu nak makan, adakah sudah ada perbuatan makan?

Contoh lain, nafsu nak minum Arak. Bila nafsu nak minum Arak, adakah sudah ada perbuatan minum Arak itu? Bolehkah Kita katakan, berdosa kepada nafsu, jika nak minum arak sedangkan perbuatan dan kata2 belum dilaksanakan?

Jika Kita perasan, ada tingkat2 nafsu kan? Ada Tak Kita perasan, memalingkan nafsu?

Saya suka bagi contoh utk soal memalingkan nafsu.

Katakanlah, seseorang itu nafsunya nak minum Arak, bila dia nak beli Arak aja, dia merasa MALU nak beli Arak itu kerana terserempak orang yg dia segani. Makanya, seseorg itu memalingkan nafsu kerana MALU bila terserempak orang yg dirinya segani. Adakah orang yg belum beli Arak itu berdosa kerana kejadian itu?

SenangMaju Publish time 27-7-2021 12:37 AM

Okeylah, Saya sudah bagi beberapa contoh2, dan beberapa penjelasan Dan persoalan. Ada perkara yg saya boleh raikan,dan ada juga yg tak mampu utk saya raikan.

Sebenarnya, yg saya titipkan disini sekadar apa yg saya fikir penting sahaja. Kerana, segala urusan dunia ini, jawapannya utk urusan diakhirat kelak.

Ibaratnya, saya ada kenderaan. Tanpa memandu, kenderaan tetaplah kenderaan. Sekalipun memandu, atas urusan apakah untuk dipandu?

Renung2kanlah
Pages: [1] 2
View full version: Zina Didalam Hati Itu Berdosa?


ADVERTISEMENT