Raline Publish time 4-8-2021 08:09 PM

Kerap ejakulasi kurangkan risiko kanser prostat

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/08/040821-kanser-prostat.jpg

Kanser prostat merupakan kanser yang paling kerap dihidapi lelaki Amerika Syarikat selain kanser kulit. – Getty Images

Kerap ejakulasi kurangkan risiko kanser prostat

CAMBRIDGE, MASSACHUSET – Satu kajian mendapati lelaki yang lebih kerap melakukan ejakulasi adalah berisiko rendah untuk mengalami kanser prostat, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard itu mendedahkan berdasarkan data yang melibatkan seramai 32,000 orang lelaki, mereka yang melakukan ejakulasi sekurang-kurangnya 21 kali sebulan dapat mengurangkan risiko kanser prostat sebanyak satu pertiga kali.

Sebilangan pakar pula percaya ejakulasi dapat menghilangkan prostat dari karsinogen, merendahkan keradangan serta mengurangkan tekanan dan memberikan tidur yang lebih baik, sekali gus merendahkan risiko kanser.

“Penemuan ini memberikan bukti tambahan terhadap peranan bermanfaat ejakulasi kerap yang berlaku di sepanjang kehidupan seorang lelaki dewasa.

“Ia terutamanya dalam etiologi kanser prostat, khususnya penyakit berisiko rendah,” kata penulis kajian tersebut.

Sementara itu, hubung kait antara ejakulasi dengan kanser prostat sering menjadi kontroversi dalam kalangan para penyelidik sebelum ini.

Ini kerana terdapat kajian Universiti Harvard pada tahun 2004 yang mendapati tiada kaitan antara ejakulasi dengan kanser prostat selain kajian Universiti Cambridge pada tahun 2008 pula mendedahkan bahawa kadar kanser prostat meningkat sejajar dengan kekerapan beronani.

“Terdapat beberapa kajian yang bertentangan. Bagaimanapun, kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa terdapat penurunan kejadian kanser berisiko rendah,” kata seorang pakar urologi, Dr. Odion Aire. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

seribulan Publish time 17-8-2021 10:41 AM

Tq for the info :$

ipes2 Publish time 23-8-2021 02:47 AM

hi hi betul ke ni
entahlah
Pages: [1]
View full version: Kerap ejakulasi kurangkan risiko kanser prostat


ADVERTISEMENT