Raline Publish time 7-9-2021 08:19 PM

Cuci Rambut Ada Caranya, Ini 5 Tips Buat Lelaki Berambut Panjang

Cuci Rambut Ada Caranya, Ini 5 Tips Buat Lelaki Berambut Panjang

https://i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2019/08/fea-e1566359877312.jpeg?fit=1000%2C500&ssl=1
Suatu ketika dahulu, imej lelaki berambut panjang dipandang negatif oleh masyarakat. Tetapi, sekarang tidak lagi. Malah sudah ramai lelaki menceburi bidang profesional bergaya dengan rambut panjang. Bila bercakap mengenai penjagaan rambut, mungkin anda memikirkan produk kecantikan wanita tapi bukan sahaja wanita yang teliti menjaga rambut, lelaki juga sama.

Penjagaan rambut untuk lelaki tidak jauh beza dengan wanita tetapi lelaki lebih mudah berpeluh, mungkin penjagaan itu sedikit berbeza.

Berikut kami kongsikan lima tips buat lelaki berambut panjang di luar sana:

1. Produk yang sesuai

https://i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2019/08/1-19-e1566359980172.jpg?resize=1000%2C562&ssl=1
Anda harus bijak memilih produk yang sesuai dengan rambut. Sebaiknya elakkan mengguna produk yang mengandungi bahan kimia. Produk yang berasaskan sumber semula jadi sangat bagus untuk rambut anda.

2. Cuci dengan cara yang betul

https://i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2019/08/2-17-e1566360034710.jpg?resize=1000%2C562&ssl=1
Cara yang betul ketika mencuci rambut adalah dengan membilas rambut dengan air suam. Ia membuka liang-liang pori dan membebaskan segala kotoran pada kulit kepala. Kemudian, gunakan syampu yang sesuai dan mengurut lembut menggunakan jari di kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya liang pori tertutup.

3. Kurangkan guna alat kerinting dan pengering rambut

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2019/08/3-e1566360109250.png?resize=1000%2C527&ssl=1

Sebaiknya elakkan mengguna peralatan yang mengeluarkan haba panas. Haba menyebabkan rambut anda kering dan mudah putus.

4. Penggunaan sikat yang betul

https://i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2019/08/4-13.jpg?w=1000&ssl=1
Sikat memainkan peranan penting untuk memastikan rambut anda sentiasa terurus dan sihat. Untuk lelaki berambut panjang pastikan anda guna sikat jenis wide-tooth comb. Mula menyikat pada bahagian hujung rambut bagi mengurangkan masalah kerosakan rambut dan jangan sesekali menyikat ketika rambut masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh.

5. Minyak kelapa

https://i2.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2019/08/5-11-e1566360169371.jpg?resize=1000%2C563&ssl=1
Minyak kelapa membantu mengekalkan protein dalam rambut anda. Ia juga memainkan peranan sebagai pelindung daripada sinaran UV. Minyak ini menyihatkan kulit kepala kerana mengandungi vitamin dan asid lemak.

Sumber:
Maskulin

Pages: [1]
View full version: Cuci Rambut Ada Caranya, Ini 5 Tips Buat Lelaki Berambut Panjang


ADVERTISEMENT