mizsela Publish time 13-11-2007 02:08 PM

saya ada sakit buah pinggang...barudapat tau..emm mase masuk hospital hari tue...semua pesakit diberi air barli..tanye kat patient dpn katil..dia kate air barli mmg elok untuk org sakit buah pinggang..
hospital bagi air barli yang pekat dan x ditambah gula...

serimaya Publish time 13-11-2007 03:52 PM

Reply #8 jenglut's post

thanks for sharing jenglut..

serimaya Publish time 13-11-2007 03:59 PM

Reply #12 Uncle_K's post

uncle K...rawatan untuk sakit buah pinggang ni pun sama ke kena hantar sample kuku n rambut..?

serimaya Publish time 13-11-2007 04:05 PM

Reply #13 mizsela's post

Miz..saya ada terbaca sorang forummer tu suruh beli barli kat kedai senseh cina..masa rebus tu campur kan gula batu ....

serimaya Publish time 13-11-2007 04:06 PM

Reply #13 mizsela's post

Miz..saya ada terbaca sorang forummer tu suruh beli barli kat kedai senseh cina..masa rebus tu campur kan gula batu ....

Uncle_K Publish time 13-11-2007 05:02 PM

Originally posted by serimaya at 13-11-2007 03:59 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
uncle K...rawatan untuk sakit buah pinggang ni pun sama ke kena hantar sample kuku n rambut..?

if dah on DIalysis... kene ambil sample rambut.. kuku... air liur.. darah.. urine..

tapi kalau peringkat belum lagi Dialysis.... sekadar kuku dan rambut sahaja....:)

weenee Publish time 14-11-2007 08:35 PM

waa kwan aku pun ade sakit buah pinggang, sian aku tgk die stp pukol 5am kene makan ubat, byak pualk tuh, pastuh kalau terlepas byak giler side effect.huwaaa sian die,salah satu side efek die muka dia jadik kembang and bulat smcm...tp die kuat, tak mengeluh, stdy pun ok~

adrienero Publish time 22-11-2007 05:33 PM

sapa2 leh share simptom2 sakit buah pinggang ni x?

adrienero Publish time 22-11-2007 05:34 PM

apa simptom2 sakit buah pingang ni yer????????????

adrienero Publish time 6-12-2007 08:50 AM

Reply #18 Uncle_K's post

apa simptom sakit buah pinggang ni uncle

mata_bulat Publish time 6-12-2007 11:37 AM

Originally posted by adrienero at 6-12-2007 08:50 AM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
apa simptom sakit buah pinggang ni uncle

kalau ko nak tahu masalah buah pinggang

1. muka nampak sembab, tembam gitu.
2. Rambut gugur
3. kaki nampak bengkak.

Nak cerita sedikit tetang masalah buah pinggang ni, dulu saya mengalami kemalangan semasa age 12 tahun sejak dari itu saya masalah sakit di bahagian pinggang tak boleh terlalu aktif mcm berlari kuat ke, mesti belah kanan pinggang saya sakit. hingga saya meningkat dewasa tak pernah cek kat dr sebab takut;P

Tapi semasa saya amalkan makan capsul rg dan gl selama 3 minggu keluar habuk2 dan ketul2 kecil yg anjal selama 1 hari tu je..........agaknya itulah selama ini menyebabkan pinggang saya sakit sama ada batuk karang atau sebaliknya. Bila saya baca info tentang RG dan GL ni baru saya tahu ia amatberkesan untuk masalah buah pinggan.

sejak dari tu saya teruskan amal makan capsul ni hingga ke hari ni. tanda2 seperti di atas tu sudah luput terus.

itu agaknya yg saya mengalami keguguran yg terulk sebab masalah buah pinggang nasib baik sebelum amalkan capsul rg dan gl,produk rambut yang saya syorkan banyak membantu untuk masalah rambut saya.

Itulah produk yang saya ketengahkan untuk mereka yg mengalami masalah rambut gugur.

untuk tengok testimonibolehbaca dekatweb Infocantik, ada juga testimoni yang batu karang keluar apa bila makan capsul ni..........boleh baca kat situ. Capsul ni bukan saja untuk batu karang tapi menyeluruh.

adrienero Publish time 6-12-2007 02:42 PM

Reply #23 mata_bulat's post

nanti aku check doc dulu sebab aku dh try RG GL tu cuma x beli kat ko jer..

mata_bulat Publish time 6-12-2007 05:27 PM

Originally posted by adrienero at 6-12-2007 02:42 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
nanti aku check doc dulu sebab aku dh try RG GL tu cuma x beli kat ko jer..

eloklah ko cek dr esok terus botak jenoh le pulak my be ada something wrong tu, mungkin bukan penyakit buah pinggang ke mana tahu.........Kawan teman makan capsul ni ok pulak, tapi dia bukan makan sekali je, dia tambah sedikit dosnya untuk cepat nampak kesanya........kalau ko makan satu kali sehari je memanglah lambat sikit kesannya bergantung pada masalah ko juga.........tambah le sikit dosnya sehari dua kali dan 3 kali sehari.

[ Last edited bymata_bulat at 6-12-2007 05:51 PM ]

Nazrulism Publish time 9-12-2007 01:44 PM

Originally posted by serimaya at 12-11-2007 05:07 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
My father baru balik dari hospital..dr dah confirmkan yg buah pinggang dia dah rosak sikit.
Selama ni my father memang selalu kena gaut.
so sebelum buah pinggang dia jadi teruk, boleh tak sesia ...

Kalau baru rosak sikit masih boleh reversed balik.. dapatkan supplement lengkap dengan Antioksidan dan mineral serta seimbang.. Elakkan pengambilan Vit A tunggal.
Gout disebabkan oleh Omega 6 (protin dari makanan laut) yang tinggi.. nutralkan dengan Omega 3 (anti inflamantory).

amazed Publish time 13-3-2008 09:29 AM

Keajaiban organ kembar

Oleh YEO LI SHIAN



http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0313/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg
KEPELBAGAIAN rupa buah pinggang yang rosak.
PANGGILAN telefon yang diterimanya pada 26 Julai 1996 daripada Penyelaras Transplan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah memberinya sinar kehidupan baru. Lee Chen Hoe yang ketika itu berusia dalam lingkungan 30-an mengalami kegagalan fungsi ginjal, ditawarkan peluang menjalani pemindahan buah pinggang.

Pembedahan selama tiga jam yang dijadualkan pada keesokan harinya berjalan lancar. Kini, selepas 12 tahun Chen Hoe menjalani pemindahan buah pinggang, dia cukup bersyukur.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0313/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg
LEE CHEN HOE

Jika detik-detik masa yang berlalu boleh dikembalikan, Chen Hoe sudah pastinya lebih menyayangi kesihatannya. Keceriaan yang terserlah pada wajahnya hari ini adalah testimoni betapa bersyukurnya kerana dikurniakan 'kehidupan' kali kedua. Tempoh penantian selama lima tahun bagi mendapatkan organ ganti dirasakan terlalu lama.

Namun, satu parut yang terkesan pada pergelangan tangan kirinya kini menjadi peringatan selama-lama bahawa kesihatan itu penting. Parut ekoran pergantungannya terhadap dialisis peritoneal ambulatori berterusan (CAPD) itu turut mengingatkan dirinya agar menyumbang semula kepada masyarakat.

"Ramai yang masih mempunyai persepsi negatif bahawa mereka yang pernah menjalani pemindahan organ adalah tidak normal.

"Sebelum ini, saya sering menyalahkan Tuhan. Kenapalah saya yang dipilih untuk mendapat penyakit ini. Kini, sekurang-kurangnya saya faham bahawa saya masih boleh berfungsi seperti orang biasa.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0313/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg

Semuanya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut iaitu hargailah buah pinggang sebelum terlambat," katanya ketika ditemui.

Testimoni pendek Chen Hoe ini mungkin menyedarkan kita betapa berharganya kesihatan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan organ penting seperti buah pinggang.

Biarpun kesihatan organ-organ dalaman penting seperti jantung dan paru-paru sering mendapat publisiti, signifikan buah pinggang sebesar saiz buku lima ini sering terlepas pandang.

Menerima jolokan 'organ mengagumkan', buah pinggang sememangnya organ berkembar yang menakjubkan. Setiap hari, ia menapis dan membersihkan sejumlah 200 liter darah, amaun yang cukup banyak untuk mengisi 20 botol atau 20 baldi!

Apa yang menarik, jika salah satu daripada buah pinggang rosak, organ yang satu lagi masih boleh berfungsi secara normal.
Bertindak sebagai penyingkir sisa-sisa bahan kumuh dan lebihan cecair daripada tubuh, buah pinggang juga menjadi penyelaras kritikal kepada kandungan garam, potasium dan asid dalam badan.

Malah, ia turut menghasilkan hormon-hormon yang berfungsi untuk merangsang penghasilan dan memanjangkan jangka hayat sel-sel darah merah. Hormon-hormon lain pula membantu dalam penyelarasan tekanan darah serta pengawalan metabolisme kalsium.

Namun, apa yang menyedihkan pada ketika ini ialah majoriti pesakit buah pinggang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular. Penyakit-penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes dipersalahkan sebagai 'dalang' penyumbang kepada kegagalan buah pinggang tahap terakhir.

Selain itu, sebanyak 36 juta kematian pramatang dianggarkan dicatatkan di seluruh dunia menjelang tahun 2015 kerana penyakit buah pinggang turut meningkatkan risiko seseorang mendapat penyakit kardiovaskular dan strok.

Sementara itu, Ketua Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ghazali Ahmad yang ditemui baru-baru ini berkata, hubungan antara hipertensi dan penyakit buah pinggang ibarat ayam dan telur.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0313/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg
PERGANTUNGAN terhadap rawatan dialisis adalah sepanjang hayat. - Gambar hiasan

Menurutnya, pada amnya, 95 peratus daripada pesakit hipertensi yang diperiksa sukar ditemui punca penyakitnya. Ia mungkin disebabkan oleh tekanan atau gaya hidup tidak sihat. Ini merujuk kepada hipertensi primer yang tiada sebab nyata.

"Namun, hipertensi sekunder adalah tekanan darah yang mempunyai sebab-sebab tertentu. Salah satu punca biasa hipertensi sekunder adalah buah pinggang. Kebanyakan pesakit hipertensi sekunder menghidap sesetengah jenis penyakit buah pinggang," jelasnya.

Tetapi ini tidak bermakna semua pesakit hipertensi mempunyai penyakit buah pinggang kerana kadar kelazimannya cuma lima hingga 10 peratus sahaja.

Oleh itu, penting bagi seseorang individu untuk mengesan dan merawat penyakit buah pinggang seberapa segera khasnya mereka yang berada dalam kategori berisiko tinggi seperti hipertensi.

Dr. Ghazali bagaimanapun berkata, kegagalan fungsi kedua-dua buah pinggang tanpa rawatan tidak akan menyebabkan pesakit terus meninggal dunia. Sebaliknya, hidup mereka ibarat di ambang maut.

"Tanpa buah pinggang, pesakit tidak akan mati dengan segera tetapi mungkin memakan sedikit masa. Beberapa hari, minggu ataupun bulan biarpun tanpa rawatan penggantian buah pinggang," katanya sambil memberitahu satu dalam setiap 10 orang dewasa dalam populasi dunia dipercayai menghidap sesetengah jenis penyakit buah pinggang.

Berbanding dengan kecacatan anggota tubuh yang lain, mereka yang didiagnosis penyakit buah pinggang kronik dan tidak menerima rawatan, berdepan dengan 50 peratus peluang untuk mati dalam tempoh masa tiga bulan. Dalam sesetengah kes, ia lebih teruk daripada kanser.

Apabila fungsi buah pinggang rosak, ia mewujudkan satu situasi yang kondusif untuk penyakit kardiovaskular seperti aterosklerosis dan penebalan otot-otot jantung. Ini bermakna penyakit buah pinggang boleh menyebabkan gejala kardiovaskular seperti hipertensi.

Seperti juga hipertensi, diabetes merupakan satu lagi ancaman besar kepada pesakit buah pinggang. Banyak kajian menunjukkan pengawalan glukos dalam darah yang baik boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit buah pinggang diabetis atau mencegahnya daripada bertambah teruk.

Dr. Ghazali berkata, biarpun keadaan diabetes sesetengah pesakit boleh dikawal, ia masih boleh menjurus kepada kegagalan buah pinggang jangka panjang.

Di Malaysia, statistik mendedahkan lebih daripada 57 peratus pesakit dialisis baru adalah diabetis.

Jelasnya, pesakit diabetes sedia ada dan yang baru didiagnosis kian meningkat. Ini berikutan jangka hayat populasi negara yang hidup lebih lama dan peningkatan kes diabetes baru. Beliau mengakui kawalan diabetes yang ketat di peringkat awal penyakit itu termasuk kawalan tekanan darah serta penggunaan ubat tertentu boleh memulihkan kesan diabetes ke atas buah pinggang.

Namun, dalam kebanyakan kes, komplikasi diabetes menyukarkan rawatan penyakit buah pinggang. Ini kerana saluran darah pesakit diabetes yang sempit dan keras tidak memungkinkan pembedahan fistula dilakukan dengan mudah. Fistula ialah prosedur pembedahan kecil urat darah yang perlu untuk rawatan dialisis. Tidak terkecuali juga komplikasi masalah lain seperti gangguan penglihatan, kerosakan saraf dan kelemahan jantung yang merumitkan rawatan dialisis.

Biarpun pesakit mampu meneruskan hidup tanpa sokongan buah pinggang, mereka berdepan dengan kualiti kehidupan yang tidak menyamai orang normal.



Memang ajaib organ kembar.. ada sebab tuhan buat buah pinggang 2satu dysfunctionalsatu lagi boleh guna.. dan ada orang yg bergantung dgn satu ajehidup berpuluh2 tahun..Jaga lah buah pinggang tu baik2..

amazed Publish time 16-3-2008 08:11 PM

Sunday March 16, 2008


Diabetes or hypertension self-treatment leading to kidney failure

By LOH FOON FONG

PETALING JAYA: Malaysians who self-treat diabetes or hypertension by buying over-the-counter medication run the risk of kidney failures, a specialist warned.

Consultant nephrologist Dr Goh Bak Leong said based on observations patients had the tendency to self-treat diabetes and hypertension after just one or two visits.

揝ome patients may visit their doctors once or twice and then decide to buy their own medication instead of seeing their doctors on a regular basis.

揟his lack of doctor's monitoring is dangerous. The conditions may worsen and the patients don't realise it.

揟hese patients need to see a doctor even when there are no symptoms because by the time symptoms are discovered it will be too late. It can be a stroke or heart failure or kidney failure,

mbhcsf Publish time 16-3-2008 10:51 PM

okay ...

SOALAN MACAM NI kena

1) Tanya doktor yg rawat ho ker MO ker spoecialist - jgn takut tanya
2) depa ni boleh refer kat dietitian
3) org yg ada penyakit buah oingang kena AMBIL PUSING pasal jenis makanan tau so jgn main mudah hentam jer

like benda berpotassium like coco,or yg acidic ker you know


SOALAN MACAM NI PLEASE LAH tanya PAKAR DIET ..

oh yang tebuk perut tu nama dia

CAPD - at least got it right = continuous ? ambulatory peritoneal dialysis
mmg lah dah nature org sakit BUAH PINGGANG TAK LALU
bdn depa kena urea ( yg bhn dalam air urine / kecil you tu) yg tinggi..sobebend anikena tnya doktir

jgn cakap doktor tak alayan ini bergantung pada kita jugak = mesti ambil tahu justtanya jer no question is a stupid question.. ANDA berhak tanya..

Uncle_K Publish time 17-3-2008 09:46 AM

tebuk perut kekal ke sementara

kalau kekal di nama CAPD.. ini buat dialisis kat rumah..

Kalau sementara di panggil PD..

ini kena dok kat spital....paling tidak pun kena guna PD Solution sebanyak 30 bag... maunya 4 hari terlantar kat spital...Ini kalau case urea korang dah melebihi 35 mmo/l

kopigombang Publish time 17-3-2008 10:15 AM

salam...

nak cerita pengalaman ayah yg menderita penyakit buah pinggang. ayah sy ni pengidap darah tinggi, mmg jenis x makan ubat cuma control makan. waktu die mula sakit tu bp die naik mendadak dan demam. Mata kuning badan pun susut sebab x selera makan. Mak sy ingat die demam biasa. tapi bila bawak ke klinik, doktor terperanjat sebab bp die melampau naik dan terus doc suruh bawak ke emergency.

bawak emergency tu drang x leh detect lagi kidney failure tu...just rawat bp die je. And then bila dah okay dua hari...bawa balik...balik umah ayah start demam dan terus pengsan. Bawak pergi emergency...baru dr cek benda2 lain...dan sungguh memeranjatkan sebab dua2 kidney die dah rosak teruk. Terus masuk ICU dan satu hal lak kat bandar tpt sy tu x der lak dr pakar pasal nak tebuk2 perut tu.

Jadinya kena la bawak ayah sy ke hospital ke bandar len. kat situ dr nak tebuk perut die tapi x jadik lalu drang tebuk kat celah kangkang. So tiub dialisis tu masuk tang situ. Bila ayah da sedar dan boleh bangun dalam seminggu macam tu doc tebuk kat leher. Siksa nyer cuma tuhan ajer yg tau. Lepas tu kena buat minor operation untuk masukkan something kat lengan ( x tau apa nama prosedur ni) untuk kemudahan dialisis. Sementara tu dalam tempoh 2 bulan kena masukkan tiub dekat leher kalau nak dialisis.

Last 2 weeks benda yg kat lengan tu rosak...kena buat minor operation lagi untuk betulkan..actually ni dah second time benda tu rosak...lepas tu doc cakap x bleh nak betul kan lagi..kena buat lengan sebelah pulak. Kesian ayah sebab kena tebuk lagi kat leher smentara tunggu lengan tu boleh pakai. lagi haru sebab kena buat kat lengan kanan..tangan yg sentiasa kita guna..klu tgn kiri beban tangan tu x der sgt...

dan pasal pemakanan mmg kesian sgt la...sebab pesakit buah pinggang ni x leh minum air banyak. Dalam sehari tu kena sukat berapa banyak air kena minum..termasuk air dlm makanan contoh sup.

lagi satu x boleh nak travel jauh...klu nak travel kena arrange dulu tempat untuk dialisis. Kesian sangat sebab kena dialilis 3 kali seminggu. :'(Nak tunaikan haji pun tabung haji x benarkan...

doc bgtau buah pinggang ni penyakit keturunan..doc suruh kami adik beradik buat med chck up regularly sebab takut kami mewarisi. Tapi sy x buat lagi sebab takut..:funk:

okay pjg da cerita ni...

datintipah Publish time 17-3-2008 03:30 PM

Reply #13 kopigombang's post

hi....mak saya dan mak mentua saya pun buat dialisis jugak.dua2 buah pinggang rosak.yg kat tangan tu nama dia spitula kan...bende tu memang senang rosak.terlalu sensitif lah kot.mmg kesian tgk pesakit2 buah pinggang nih.nasib tak baik bila spitula rosak, kena tebuk kat leher lah, kat perut lah.alhamdullillah mak dan mentua saya sihat lah jugak lepas buat dialisis.boleh berjalan bercuti ke mana sahaja, asal kan kita carik tempat nak buat dialisis kat mana2 centre di destinasi percutian.walau pun kena pergi ke dialisis centre 3x seminggu, tak pe lah asal sihat.pada kopigombang, bersabar lah menjaga ayah tu...
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8
View full version: Tentang Penyakit Buah Pinggang


ADVERTISEMENT