mysara Publish time 2-2-2006 01:08 PM

Jalan Pintas / Short Cut????

Kenapa mereka melakukannya?Implikasimenggunakan short cut ini terhadap diri dan masyarakat, serta keburukan atau kebaikan (jika ada) menggunakan cara 'jalan belakang' ini dalam menguruskan perniagaan, urusan pentadbiran ect, ect jika dibandingkan dgn usaha berdaya saing yg positif. Pendapat anda amat dihargai. :) :) :)

seribulan Publish time 2-2-2006 01:26 PM

nak cepat sampai kena la ikut shortcut...kan kita sekrg generasi BURGER...

mysara Publish time 2-2-2006 01:30 PM

Reply #2 seribulan's post

tetapi jika cepat naik.. cepat pula runtuhnya :)

riffer_tapper Publish time 2-2-2006 01:33 PM

entahlah mngkin dah jadi budaya kot...

mysara Publish time 2-2-2006 01:34 PM

Originally posted by riffer_tapper at 2-2-2006 01:33 PM
entahlah mngkin dah jadi budaya kot...

cuba tuan hamba uraikan sedikit apa yg tuan hamba maksudkan tu :)

riffer_tapper Publish time 2-2-2006 01:36 PM

kalo kita perlukan sesuatu diluluskan dgn cepat, sedikit cendera hati perlu diberi
kalo kita nk permohonan kita diproses dan diluluskan,sedikit cendera hati diberi
kalo ingin projek mnjadi milik kita...................

destiny_01 Publish time 2-2-2006 01:39 PM

Saya suka mengambil jalan pintas. Contohnya kalau ada jalan kampung nak gi ke bandar Meranti (bukan nama sebenar) itu memakan masa dalam 5 jam dan ada pula jalan pintas yang iaitu jalan highway yang memakan hanya 2 jam, saya lebih rela untuk mengambil jalan short cut tersebut untuk menjimatkan masa, dan membolehkan saya membereskan urusan yang berlambak-lambak untuk diselesaikan...

mysara Publish time 2-2-2006 01:42 PM

Reply #6 riffer_tapper's post

rasanya, jabatan kerajaan dah tak boleh terima cendera hati lagi dah,
kalu bentuk wang mmg tak dibenarkan langsung,
kalau bentuk token... ikut keperluan jugak :)

blackpurple Publish time 2-2-2006 01:45 PM

Tak semua menggunakan pendekatan 'short cut' untuk berjaya... Kita maksudkan 'short cut' yang negatif seperti 'jalan belakang', 'orang dalam', 'kabel' dsb....bagi yang tak mempunyai prinsip samada prinsip hidup ataupun agama memang ini merupakan jalan pintas untuk mencapai sesuatu yang diingini samada nama, kedudukan ataupun kemewahan......Bagi majoriti yang masih berprinsip, percaya kepada rezeki, qada dan qadar mengambil pendekatan bersaing secara positif (atau halal)...

"short cut' ....kesannya pada masyarakat memang menimbulkan implikasi ynag negatif..... bukan setakat boleh merosakkan seseorang individu malah sesuatu organisasi seterusnya negara.....Bila mana jalan yang lurus dan persaingan secara positif tak kiralah dlm bidang apa sekalipun spt perniagaan, pentadbiran atau kepimpinan diketepikan kita akan berhadapan dengan masyarakat yang korup, mementingkan diri sendiri dan saling menindas..... tidak ada lagi keadilan bagi individu yang berkerja keras dan bersaing secara jujur dan sihat.....ini pun salah satu 'penyakit' masyarakat sebenarnya.

destiny_01 Publish time 2-2-2006 01:48 PM

Elokler kalau semua orang dalam tu digantikan dengan orang luar untuk menjamin kesejahteraan ummah secara keseluruhannya.

blackpurple Publish time 2-2-2006 02:32 PM

Originally posted by destiny_01 at 2-2-2006 01:39 PM
Saya suka mengambil jalan pintas. Contohnya kalau ada jalan kampung nak gi ke bandar Meranti (bukan nama sebenar) itu memakan masa dalam 5 jam dan ada pula jalan pintas yang iaitu jalan highway yan ...

Kalau 'jalan pintas' dari segi positif memang digalakkan tetapi bila mempersoalkan 'jalan pintas' yang sebaliknya banyak implikasi negatifnya....

ajinomotonosuga Publish time 3-2-2006 06:56 PM

kita di didik ..di tanam kepercayaam bahwa segala sumber yang ada itu 'limited' ..manakala demand or keinginan manusia pada sumber itu semakin bertambah hari ke hari.

kepercayaan manusia begitu isu mentaliti scarcity. misal duit sebagai sumber kehidupan, masa, sumber ekonomi cam galian seme tuh.

kemudian kita di didik bahwa hidup ni perlumbaaan sesama manusia lain. competing to survive.

so disini punca sifat asasi manusia yang mereka dicipta bersifat gelojoh itu semakin buruk hari demi hari.

sumber maybe limited but to my understanding sumber kekayaan utama manusia ialah soal ilmu, berkenaan brain mereka and this is the crutch in this dilemma bahwa the only sumber ini bersifat open system, self propelling..makin disi makin bertambah makin 'kosong' so jadiknya seme sumber lain yang awal nya or in our perception itu limited hakikatnya tidak begitu. Banyak cara dan option mengatasi segala dilemaa contoh back in 70s masalah krisis minyak then motokar compeni duk pk cara buat injin jimat minyak so laa ni kita ada term fuel injection dan seme2 lagi yang tak ada hentinya dalam usaha teknoloji.

Jadi sumber paling utama is human resources dan pekara paling utama soal ilmu skill manusia itu. I think ada kaitan soal budaya/masarakat jua. Misal kalau dalam masarakat itu kebiasaan mereka buang sampah merata rata..kalo cuma satu dua yang agak berani nak ubah tak boleh jugak lama2 mereka yang bersih pun kata u cannot beat them then u join them. I think impak social behaviour pun sangat penting.

Kita kalau pegi tempat bersih berkilat batu marmar depa di polish hari hari macam dhotel sana tu nak buang sampah merata pun segan..so kebersihan itu maintain tapi kalau kita ke satu tempat tak ubah macam ianya tempat buang sampah, kotor berbau macam tong sampah maka lojik nya kita pun senang2 buang tanpa rasa salah kerna udah rupa pun macam area buang sampah. Bab social ni memang keje utama peranan MEDIA MASSA. Kalau hari hari duk main cite rasuah dalam society lama2 oang pikir society ini tempat rasuah so tak salah kita kalau terpaksa hulur rasuah.

ada saya baca cite di USA, soang mamat ni mintak tolong tukar duit kecik pesal nak guna talipon then kasik lebihan tu..kire keep the change but the person insist tak mahu..di kejor sampai satu airport duk carik nak pulangkan lebihan beberapa coin but in same area kalau kita tak kasik upah angkat beg di airport dalam dunia nih..kita di aniaya jugak nantik so mau ke tidak kene hulur 'upah' esp negara dunia ketiga cam indon india pakistan africa sana nun. So disini peranan kemajuan tu penting dalam isu sosial yang sekaligus merubah mentaliti se begini. Kalau di Mesia i lost count ntah berapa banyak cerita saya dengar even soal nak nikah isi form tu pun kekadang kene 'upah' duit kopi kalau tidak..tak kemana ler ..bertaun ler nak tunggu di proses ..so salah sapa? Saya tak nampak jalan lain kecuali peranan media massa yang perlu bijak mempengaruhi mentaliti masses untuk berubah demi kebaikan pada generasi akan datang jua. Tapi saya agree dengan che Det dalam Malay Dilemmanya..bahwa dia pessimis ..so saya pun pessimis sebenarnya soal2 begini, soal mentaliti keseluruhan masarakat malaysia.

mysara Publish time 3-2-2006 10:25 PM

integriti diri dalam menangani setiap persoalan atau masalah dapat mengekang diri kita drpd menggunakan jalan pintas atau jalan belakang ini. :)

Foxey Publish time 3-2-2006 11:45 PM

hmmm... biasanya orang memilih untuk menggunakan jalan pintas ini sebab mahu cepat sampai ke matlamat/objektif, cepat senang, cepat kaya... adanya jalan pintas dalam mencapai kekayaan membolehkan seseorang mencapai maksud dengan lebih cepat dan menjimatkan masa... persoalan halal haram biasanya diketepikan atau tidak timbul dalam keghairahan mencapai kemewahan dan kesenangan... jalan pintas yg ada juga menyebabkan masyarakat yg gemarkannya semakin malas berusaha kerana lebih selesa dan senang menggunakannya...tanpa menyedari, kemalasan itu akan terus menyumbang kepada kepincangan masyarakat dalam bersaing secara sihat serta budaya berdikari yang sukar direalisasi....

orang memilih jalan ini kerana adanya pilihan itu... jika tiada pilihan iaitu jalan pintas tiada disediakan, pasti semua boleh menggunakan jalan yang sama untuk mencapai matlamat... yg membezakannya, kerajinan berusaha di jalan yg sama itu...

mysara Publish time 7-2-2006 02:14 AM

kadang2 terdapat faktor2 pembolehubah yg menyebabkan berlakunya kes jalan pintas.

Markonah_7 Publish time 13-1-2023 05:00 PM

Kadang memang kena guna shortcut..
Pages: [1]
View full version: Jalan Pintas / Short Cut????


ADVERTISEMENT