nica posted on 7-4-2006 05:50 PM

SELAWAT (semua topik berkenaan selawat)

ASSALLAMMUALAIKUM,


   MINTA TULUN... ADA SESIAPA YANG TAHU SELAWAT TIB NI BOLEH INFORM TAK... TERIMAKASIH

[ Last edited by  ibnur at 20-3-2008 09:28 PM ]

jagung posted on 7-4-2006 11:06 PM

wsalam..

selawat tib ialah selawat yang diamalkan untuk menjauhkan seseorang dari segala bentuk penyakit...
dan juga digunakan untuk mengubati penyakit..

bagus untuk diamalkan..

hit posted on 10-4-2006 12:31 PM

macammane  bacaannya.....

nahzaluz posted on 10-4-2006 12:42 PM

yang ni kot

اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها وعافية الأبدان وشفائها ونور الإبصار وضيائها وعلى آله وصحبه وسلم

jagung posted on 11-4-2006 11:49 AM

Originally posted by nahzaluz at 10-4-2006 12:42 PM
yang ni kot

اللهم صل على سيدنا محمد طب القل& ...

yes betul lah tu..

kurik posted on 11-4-2006 04:00 PM

aku tolong wat dalam bacaan rumi ye..

Allahumma Solli a'la saidina muhammadiin tibbil qulubi wadawa e ha; waa'fiyatil abdaani wasyifaa e haa; wanuuril absoori wadhiyaa e haa; waa'la aalihii wasohbihi wasallim.

[ Last edited by  kurik at 11-4-2006 04:03 PM ]

kurik posted on 11-4-2006 04:05 PM

juga dikenali sebagai selawat syifa'.

kurik posted on 11-4-2006 04:07 PM

ada sesiapa tahu terjemahannya tak?

jagung posted on 11-4-2006 05:39 PM

http://www.jais.net.my/doa/images/selawat_syifa.gif

jagung posted on 11-4-2006 05:42 PM

Cara mengamalkannya:

Ambil air mati satu gelas besar di waktu pagi
Baca Selawat Syifa' di atas dan hembuskan
Kemudian diminum, InsyaAllah sihat

skywalker posted on 18-4-2006 11:56 AM

Sesungguhnya teras rujukan agama kita ialah al-quran & as-sunnah. Sesiapapun pasti akan mengatakan 2 sumber ini sbg sumber utama panduan dlm Islam.

Sebaik-sebaik dan seutama-utama selawat adlh selawat yg di ajar sendiri oleh Nabi saw, iaitu lafaz selawat spt yg dibaca ketika duduk tashahud akhir di dlm solat.

Sementara bentuk dan jenis selawat yg selain dpd itu, semuanya adlh selawat rekaan, ‘modified

kurik posted on 18-4-2006 02:59 PM

Originally posted by skywalker at 18-4-2006 11:56 AM
Sesungguhnya teras rujukan agama kita ialah al-quran & as-sunnah. Sesiapapun pasti akan mengatakan 2 sumber ini sbg sumber utama panduan dlm Islam.

Maaf mencelah,  saya ingin membuat sedikit penjelasan mengenai posting saudara skywalker.

Jika dilihat daripada posting saudara skywalker, saya dapati saudara keliru dan tidak faham dengan maksud Selawat Syifa? tersebut.

Cuba renungkan bait2 lafaz selawat ini. Nampak tak ada something wrong di dlm selawat ini ? Ada tak lafaz yg memohon kesembuhan & kesihatan kpd Allah ?.
Dari maksud selawat ini, kelihatan ianya selawat yg meminta kesembuhan & kesihatan kpd Rasul saw bukan kpd Allah.  

Pertama, saya nak betulkan ejaan pada ayat tersebut.. sepatutnya daripada Allah bukan kepada Allah. Di sini terdapat pernyataan yang mengelirukan walaupun pada hakikatnya saya faham apa yang saudara ingin sampaikan.. takut2 tak sampai maksud pada yang lain... boleh juga guna perkataan "pada" instead of "kepada". Kata orang cakap biar terang...

Ya Allah limpahkanlah rahmat kpd junjungan kita nabi Muhammad yg menjadi penawar semua hati dan ubatnya, yg menjadi kesihatan semua badan & kesejahteraannya, yg menjadi cahaya semua hati & kemilauannya dan yg menjadi kekuatan semua badan dan makanannya. Dan semoga rahmat melimpah kpd segenap keluarga dan sahabat baginda serta berilah keselamatan,

Sebenarnya maksud keseluruhan selawat syifa' ini adalah bertujuan memuliakan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Penghulu segala Nabi.. bukannya meminta pertolongan kepada Nabi... Sila baca dengan teliti... jangan hanya copy n paste daripada mana2 website tanpa menelitinya terlebih dahulu.. Lihat pada ayat perkataan yang saya 'bold'kan di atas.. ada ke kita meminta manfaat dan pertolongan dpd rasul saw? Tiada bukan..

Jadi, sila fahami maksud sebenar sesuatu perkara itu sebelum menyatakan ini tidak benar, itu tidak benar.. maaf sekiranya terkasar bahasa...

jagung posted on 20-4-2006 12:07 AM

Originally posted by kurik at 18-4-2006 02:59 PM


Maaf mencelah,  saya ingin membuat sedikit penjelasan mengenai posting saudara skywalker.

Jika dilihat daripada posting saudara skywalker, saya dapati saudara keliru dan tidak faham dengan m ...

Inilah kelebihan kita berforum kat sini....
kalau ade sesapa yang tersilap dan tersalah ada yang tolong betulkan..

Perasan jugak apa yang terdapat pada posting  skywalker tu...
dan telah ditegur oleh kurik.... Alhamdulillah..

mungkin skywalker terlepas pandang tu...
dan tahniah untuk kurik kerana membetulkan statment yang agak mengelirukan tu..

Rasa nya skywalker ni amik dari web indon yang fahamannya agak kearah syiah sikit kott..

Apa2 pun.. amiklah ilmu yang ada di dalamnya..

jagung posted on 20-4-2006 12:16 AM

Originally posted by kurik at 11-4-2006 04:07 PM
ada sesiapa tahu terjemahannya tak?

Terjemahannya :

skywalker posted on 23-4-2006 02:27 PM

Originally posted by kurik at 18-4-2006 02:59 PM
Pertama, saya nak betulkan ejaan pada ayat tersebut.. sepatutnya daripada Allah bukan kepada Allah. Di sini terdapat pernyataan yang mengelirukan walaupun pada hakikatnya saya faham apa yang saudara ingin sampaikan.. takut2 tak sampai maksud pada yang lain... boleh juga guna perkataan "pada" instead of "kepada". Kata orang cakap biar terang...



Pertama sekali saya minta maaf atas kelemahan BM saya. Saya bukan pakar bahasa..
Yang ke2, mungkin penjelasan saya belum cukup jelas lg.

Memang selawat syifa

kurik posted on 25-4-2006 02:34 PM

Originally posted by skywalker at 23-4-2006 02:27 PM
Memang selawat syifa' ni utk memohon Allah berselawat ke atas nabi saw.Tetapi ia mengandungi ungkapan tambahan yg pd saya agak mengelirukan

Terima kasih kepada saudara skywalker kerana sudi melontarkan persoalan seperti ini untuk sama-sama kita fikir dan bincangkan. Saya hormati pandangan saudara. Untuk menjawab persoalan saudara, saya cuba jawab secara 'general'...

Nabi s.a.w. bersabda; "Telah datang kepadaku utusan Tuhanku dan memberitahu, siapa yang membaca selawat untukmu dari umatku satu kali maka Allah akan mencatat untuknya 10 hasanat dan menghapus daripadanya 10 dosa dan dinaikkan 10 darjat dan dijawab atasnya sesuai dengan selawatnya." - Riwayat Ahmad

- عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي قَالَ مَا شِئْتَ قُلْتُ الرُّبُعَ قَالَ مَا شِئْتَ وإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْتُ فالنِّصْفَ قَالَ مَا شِئْتَ وَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قَالَ قُلْتُ فَالثُّلُثَيْنِ قَالَ مَا شِئْتَ وَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْ  تُ أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا قَالَ إِذن تُكْفَى هَمَّكَ وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ ?". (الترمذي وأحمد والحاكم

37- Dari Ubai bin Ka'ab, r.a. katanya: "Ya Rasulullah!  Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?" Baginda s.a.w., menjawab:  "Sekadar mana yang engkau suka"; Aku berkata:  "Aku hendak untukkan sesuku dari masaku"; Baginda s.a.w., bersabda: "Sekadar mana yang engkau suka,  dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu"; Aku berkata:  "Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku" Baginda s.a.w bersabda: "Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu"; Aku berkata: "Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masa Baginda s.a.w., bersabda: "Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik - untukmu"; Aku berkata: "(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan"; Baginda s.a.w., bersabda: "Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu ..."
(Tirmizi, Imam Ahmad dan al-Hakim)

Yang menjadi penawar segala hati itu adalah Allah dengan rahmatnya dan melalui kelebihan yang diberikan kepada Muhammad. S.A.W

Serupa kita memakan ubat untuk sembuh.
Yang menyembuhkan pada hakikatnya adalah  Allah , melalui  kelebihan yang dijadikan Allah pada ubat tersebut.

Kita sebagai orang Islam hendaklah beriktiqad yang menyembuhkan itu ialah Allah . Muhammad itu penyebab sahaja dan ubat tu juga penyebab sahaja.

Jika kita beriktiqad sebaliknya syiriklah kita. Apa yang penting ialah iktiqad kita. Kalau kita beriktiqad tiada yang berkuasa kecuali Allah, selamatlah kita..

Saya beri contoh untuk lebih faham.

Bila seseorang pergi ke hutan, dia membawa senjata untuk menjaga keselamatannya. Jika dia beriktiqad yang senjata itu berkuasa menyelamatkannya maka syirik lah ia.

Tapi kita tertanya-tanya.. habis buat apa kita bawa senjata. Jawabnya: senjata itu sebahagian usaha kita. . Usaha itu kerja hamba. Hasilnya seperti selamat atau tak selamat itu hak Allah.

Kita memuliakan nabi  Muhammad dengan memuji baginda, dan membaca kelebihan yang ada pada diri baginda . Sebab memang baginda mempunyai kelebihan tersebut. Dan kita dituntut berselawat kepadanya dengan cara yang tidak terlarang. Dan Selawat tersebut termasuk sebahagian usaha kita.

Tak perlulah kita nak mempersoalkan selawat yang diamalkan oleh orang lain. Sebab kita tahu selawat tersebut bukanlah sebarang orang yang mengajarkannya. Kalau kita rasa nak guna selawat ringkas gunakanlah. Kalau kita nak selawat panjang gunakanlah. Asal sahaja ia tidak salah. Jadi, sekiranya saudara nak guna selawat yang saudara rasa selesa itu, saudara gunakanlah... tetapi jangan mengelirukan orang lain..

Saya ada ternampak di kedai buku ada dijual buku bertajuk 99 Selawat Nabi S.A.W. - Fadhilat & Khasiatnya. Pengarangnya Hanafi Muhammad terbitan Darul Nu'man. Mengikut buku ini, selawat Nabi SAW mengandungi fadhilat dan khasiat bagi mereka yang mengamalkannya dengan cara yang betul. Pembahasan buku selawat ini antara lain tentang pengertian, makna dan hukum membaca selawat, keutamaan selawat, faedah-faedah selawat dan jenis-jenis selawat. Disertakan juga selawat Nabi SAW. yang mengandungi fadhilat yang besar yakni selawat nariyah, selawat al fatih, selawat munjiyat, selawat kamaliyah dan sebagainya.

jagung posted on 26-4-2006 11:10 PM

Penjelasan yang panjang lebar tu...

kalau tak paham lagi tak tau lah...

ussopp posted on 30-4-2006 09:25 AM

belajar boleh silap, silap boleh belajar......

sorang nak selawat biase, sorang nak selawat syifa... tapi kedua2 nye nak keredhaan Allah kan?kalo boleh masing2 nak cuber yang terbaik, tol tak? dont worry,Allah Maha tahu...Lagi maha pengampun...

skywalker posted on 30-4-2006 06:34 PM

Originally posted by ussopp at 30-4-2006 09:25 AM
sorang nak selawat biase, sorang nak selawat syifa... tapi kedua2 nye nak keredhaan Allah kan?kalo boleh masing2 nak cuber yang terbaik, tol tak? dont worry,Allah Maha tahu...Lagi maha pengampun...




Selawat adalah salah satu bentuk ibadah dlm Islam. Apabila ia termasuk didlm ibadah, maka ia mesti mengikut tatacara yg telah ditetapkan.

kata Imam as-Syafie di dalam kitabnya ar-Risalah, "Ibadah adalah amrun tauqifi (arahan yang terhenti). Segala jenis ibadah pada asalnya adalah dilarang, kecuali apa yang disuruh oleh nas yang sahih".

Kalaulah setiap ibadat itu hanya mementingkan niat yg baik dan mengharapkan keredhaan Allah semata mata, maka saya nak timbulkan satu persoalan :
Bolehkah saya nak solat subuh 4 rakaat, solat maghrib 8 rakaat atau saya nak baca surah fatihah dlm semua sujud, atau saya nak tambah dua tiga lafaz lg dlm azan supaya nampak lebih sedap lg di dengar dan boleh tak saya nak cipta solat sunat baru sempena menyambut hari lahir. Semua ni saya buat dgn niat nak mencari keredhaan Allah dan saya tak mengurangkan ibadat Cuma ‘modified

skywalker posted on 30-4-2006 06:38 PM

Originally posted by kurik at 25-4-2006 02:34 PM


Saya ada ternampak di kedai buku ada dijual buku bertajuk 99 Selawat Nabi S.A.W. - Fadhilat & Khasiatnya. Pengarangnya Hanafi Muhammad terbitan Darul Nu'man. Mengikut buku ini, selawat Nabi SAW mengandungi fadhilat dan khasiat bagi mereka yang mengamalkannya dengan cara yang betul. Pembahasan buku selawat ini antara lain tentang pengertian, makna dan hukum membaca selawat, keutamaan selawat, faedah-faedah selawat dan jenis-jenis selawat. Disertakan juga selawat Nabi SAW. yang mengandungi fadhilat yang besar yakni selawat nariyah, selawat al fatih, selawat munjiyat, selawat kamaliyah dan sebagainya.  



Buku tersebut berdasarkan apa yg saya baca sepintas lalu, semua jenis2 selawat yg dinyatakan didlm buku tersebut tidak dinyatakan dari mana penulis buku tersebut ambil selawat2 tersebut.
Begitu juga dgn fadhilat2 pd setiap selawat tersebut, tak diketahui dr mana sumbernya. Adakah ia dr hadis sahih, dhaif atau palsu.
Tapi kalau apa yg saya lihat dr fadhilat2 yg dinyatakan ia spt hadis palsu yg mana haram utk kita m’amalkannya. Sebabnya kebanyakan fadilat2 yg dinyatakan melampau-lampau dlm menyatakan ganjaran dan pahala.
Para ulama hadis telah memberi beberapa kaedah utk kita boleh ‘detect

Hijratuna posted on 2-5-2006 01:30 AM

Assalamualaikum!

Terima kasih kepada semua, saya juga sedang mencari jawapan mengenai selawat syifa' ini apabila pada suatu hari saya ditegur oleh seorang ustaz dalam ceramahnya apabila saya membaca selawat ini dalam doa selepas sembahyang ketika mengimamkan satu sembahyang.

sememangnya saya tahu selawat ini bukan suatu yang ma'sur. tetapi untuk berdoa kita tidak lah terikat dengan semua doa doa yang ma'sur, dan selawat ini boleh di kategori kan sebagai doa juga. Rasulullah adalah semulia mulia insan tetapi dalam hal Uwais al qarni baginda pernah menyuruh sahabat sahabatnya apabila bertemu dengan Uwais supaya Uwais berdoa untuk mereka. tidak kah memadai dengan doa dari Rasulullah sahaja ?

Apabila kita mengasihi dan mencintai Rasulullah, wajar bagi kita memuji-muja beliau dengan apa jua nisbah yang memUliakannya. Selawat ini mungkin  bermula dizaman tabien sama macam berzanji, marhaban dll. diharapkan selawat tersebut menjadi sebahagian dari ibadat kerana ia tergolong dalam doa. Doa-doa yang dibaca dalam sembahyang taraweh oleh imam masjid mekah juga sebahagiannya bukan doa ma'sur dan dibaca dalam sembahyang. kalau diluar sembahyang tak hairanlah.

Walla hua'lam

[ Last edited by  Hijratuna at 2-5-2006 01:59 AM ]

kurik posted on 5-5-2006 12:28 PM

Originally posted by skywalker at 30-4-2006 06:34 PM
kata Imam as-Syafie di dalam kitabnya ar-Risalah, "Ibadah adalah amrun tauqifi (arahan yang terhenti). Segala jenis ibadah pada asalnya adalah dilarang, kecuali apa yang disuruh oleh nas yang sahih"

Saya tak faham dengan pendirian saudara skywalker ni. Beliau merujuk kata2 Imam Syafie seperti di atas tapi bila saya rujuk Buku Selawat tersebut terdapat dua selawat yang diajar oleh Imam Syafie yang tidak sama seperti selawat yang diajar oleh Nabi dalam tashahud awal dan akhir (rujuk posting posting #11 by skywalker).

Soalan saya, Adakah Imam Syafie terlupa atau tersilap? Atau saudara skywalker tak berapa tahkik tentang apa yang dikatakan bidaah?

Untuk lebih faham mengenai apa yang dikatakan bidaah, sila rujuk :-

http://mac.abc.se/~onesr/d/mb_ml.pdf

Pada pandangan saya, saudara skywalker juga tak berapa teliti (memang beliau mengakui membaca sepintas lalu) membaca buku 99 Selawat tersebut. Di belakang buku tersebut ada dinyatakan dari mana kitab2 rujukan dari mana selawat tersebut di ambil. Nasihat saya, jangan terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa melihat dengan lebih teliti tentang apa jua yang ingin disampaikan...

anak_pejuang posted on 20-3-2008 02:14 PM

Selawat Sidi Ahmad al-Badawi

http://i113.photobucket.com/albums/n219/bedouinz/dzin002.jpg


aka Selawat Badawi...
aka Selawat Nur aka Selawat Anwaar dan Asror...

http://bp0.blogger.com/_DUx4Y19A464/Rctjyc5eMsI/AAAAAAAAA8E/mtlXLfcs2Ps/s400/ukhti27_selawat_badawi.jpg

Ya ALLAH,
Limpahkan Selawat dan Salam Kesejahteraan
Atas nur (cahaya) segala nurSir (rahsia) segala sir
Ubat segala penyakit
Pembuka pintu kesenangan
Junjungan Mawlana Muhammad yang terpilih
Bersama ahli keluarga Baginda yang suci bersih
Dan para sahabat Baginda yang baik berbudi
Selawat dan Salam sebanyak bilangan
Ni'mat ALLAH dan kelebihanNYA.

* muat-turun MP3 - disini *





Inilah sholawat masyhur yang dinisbahkan kepada Wali Quthub Sidi Ahmad a-Badawi q.s. Tok Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani rhm. dalam kitabnya "al-Jawharul Mawhub" halaman 29 menulis, antara fadhilat sholawat ini seperti berikut:-

Telah menyebut kebanyakan daripada orang yang 'arifin bahawasanya sholawat ini telah mujarrab bagi menunaikan segala hajat dan membukakan bagi segala dukacita dan menolakkan segala bala` dan menghasilkan segala anwar dan asrar. Dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali.

Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. dalam "Afdhalush Sholawat" juga membuat nukilan sebagaimana di atas daripada Sidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. dengan sedikit tambahan, iaitu:-

.....bahkan sholawat ini mujarrab untuk segala sesuatu dan bilangan wiridannya ialah 100 kali setiap hari. Sewajarnya para muridin memulakan suluk mereka dengan shighah sholawat ini .....

anak_pejuang posted on 20-3-2008 02:32 PM

Kelebihan Berselawat

http://pixhost.eu/avaxhome/avaxhome/2007-01-11/Front.jpghttp://muhtarsuhaili.files.wordpress.com/2007/04/al-quran.jpg

Sufyan As Sauri menceritakan : Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.
Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.
Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesautu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.
Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia dating tadi.
Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi.
"Muhhamad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.
"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.
Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.

BERKAT SELAWAT
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Dalam satu cerita yang lain mengenai perkara selawat juga, bahawa seorang wanita telah bermimpikan anaknya yang baru mati. Dilihatnya anaknya sedang disiksa dengan amat berat sekali.
maka wanita itu sangat sedih ketika meningatkan mimpi yang dilihatnya, dan dia terus menangis dan menangis memohon ALLAH agar diampunkan dosa anaknya itu.
Sekali peristiwa sedang dia berada di kuburan anaknya itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang compang-camping keadaannya. Dia berdiri dihadapan kubur-kubur itu, lalu berselawat keatas Nabi saw, sebanyak-banyaknya kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada sekalian ahli kubur di situ, dan dia pun pergi.
Pada malamnya, wanita itu bermimpi lagi akan anaknya, dan kali ini mimpinya agak berlainan sedikit. Iaitu dilihatnya anaknya sedang dalam cahaya dan bahagia mengecap segala kenikmatan ALLAH. Maka wanita itu bertanya kepada anaknya tentang perubahan nasib yang diterimanya sekarang, apa sebabnya?
Lalu anak itu memberitahu bahawa semua itu ialah kerana berkat selawat orang salih yang baru datang ke kuburan itu, yang telah berselawat ke atas Nabi saw, lalu dihadiahkan pahala selawatnya itu kepada sekalian ahli kubur, dan nasibnya dari pahala itulah telah mendapat segala kebahagian yang di kecapi sekarang ini.
Moral: Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah agar mendapat syafaatnya di dunia dan di akhirat, Insyaallah.

SYAFAAT UTK MALAIKAT
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Pada saat Rasulullah saw dimikrajkan, beliau melihat berbagai macam keanihan. Di antaranya baginda melihat satu malaikat yang dibakar oleh ALLAH swt.
Nabi bertanya kepada Jibril as,
"Mengapa ia dibakar?"
Dijawab oleh Jibril as,
"ALLAH mengutus dia ke sebuah negeri untuk menghancurkan penduduknya. Tetapi ia tidak jadi melakukannya kerana merasa hiba dan sedih terhadap seorang bayi yang masih menyusui di negeri itu. ALLAH lalu menghukumnya."
"Tahukah kau wahai Jibril, apakah dia boleh bertaubat," tanya Rasul lagi.
"Bukankah ALLAH menurunkanayat kepadamu, bahawa Dia maha pengampun bagi sesiapa saja yang bertaubat," demikian jawab Jibril as.
Selesai mendengar jawapan Jibril as, Nabi lantas memohon taubat kepada ALLAH untuk malaikat itu.
Dan ALLAH menjawab bahawa malaikat itu harus membawa selawat 10 kali kepada Rasulullah, barulah ia dilepas dari hukuman.
Di langit, para malaikat gempar mempercakapkan bahawa ALLAH swt telah merahmati malaikat Karubiyyun berkat selawat kepada Rasul-Nya Muhammad saw.

KELEBIHAN SELAWAT
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kelahiran Rabiatul Adawiah

Pada malam Rabiah dilahirkan, ayahnya tidak mempunyai setitik minyak pun untuk menerangi rumah. Ia juga tidak mempunyai kain selimut untuk menyelimut Rabiah. Ayah Rabiah mempunyai 3 orang puteri dan Rabiah merupakan puterinya yang keempat. Dalam keadaan dingin di waktu malam, ayanya telah bermimpi melihat Nabi saw. Nabi saw berkata,
"Janganlah engkau bersedih hati kerana bayi perempuan yang baru dilahirkan itu adalah ratu kaum wanita dan akan menjadi penegah bagi 70 ribu orang diantara kaumku. Esok pergilah engkau mengadap Isa Az Zadan gabenor Basrah. Di atas sehelai kertas, tuliskan kata-kata berikut ini; setiap malam engkau mengirimkan selawat seratus kali kepadaku dan setiap malam jumaat empat ratus kali. Kelmarin adalah malam jumaat tetapi engkau lupa melakukannya. Sebagai penebus kelalaian mu itu berikanlah kepada org ini 400 dinar yang telah engkau perolehi secara halal."
Ketika terjaga dari tidur, ayah Rabiah menangis. Ia pun bangkit dan menulis seperti yang telah dipesankan Nabi saw kepadanya dan mengirimkannya kepada gabenor melalui pengurus rumahtangga istana.
"Berikanlah dua ribu dinar kepada orang-orang miskin, kata gabenor tersebut setelah selesai membaca surat itu. "Dan berikan 400 dinar kepada orang ini, katakan padanya bahawa aku harap engkau datang kepadaku supaya aku dapat melihat wajahmu. Namun demikian, tidak wajarlah engkau mengadapku sepatutnya akulah yang datang berjumpa denganmu."
Dipetik dari buku berjudul "Wasiat Orang Soleh"

http://www.nchina.btinternet.co.uk/blog/Bismillah.jpg

[ Last edited by  anak_pejuang at 20-3-2008 03:01 PM ]

anak_pejuang posted on 20-3-2008 02:33 PM

Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya) bahawa :

"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail (astws) telah berkata kepadaku :

Berkata Jibril AS - "Wahai Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat keatasmu setiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan membawanya melintasi titian seperti kilat menyambar".

Berkata Mikail AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku memberi mereka minum dari telaga mu"

Berkata Israfil AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu"

Berkata Izrail AS - "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para anbia.

Petikan :
"Himpunan Cerita-Cerita Lelaki dan Wanita dalam Al-Qur'an dan Hadis"
Buku 9,Halaman 121-122
Page: [1] 2
View full: SELAWAT (semua topik berkenaan selawat)