Ulit Mayang
Tarian Ulit Mayang sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan. Dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar. Seni budaya ini dianggap sebagai satu khazanah budaya Terengganu yang cuba dipertahankan sehingga kini. Adalah difahamkan tarian ini merupakan satu permainan tradisi masyarakat melayu Terengganu yang tinggal di persisiran pantainegeri Terengganu. Ia juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.Ulit atau ulek adalah merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus.
Ditarikan secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalam bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik. Ia biasanya diadakan pada waktu malam.
Kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Mayang dibangkitkan semangat dan asalnya.Ketika persembahan ini berlangsung pemain-pemain sambil diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan-rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah dan tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun.
Persembahan Ulit Mayang yang dimainkan untuk bersuka-suka sahaja, melambangkan suatu pemujaan yang mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh Beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa danmembangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Doa dan bangkitan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.
Mayang pinang digunakan oleh ketua pemujanya dalam keadaan bersila di tengah-tengah bulatan sambil menyanyi lagu antara lain senikatanya berbunyi:
Umbuk mayang diumbuk
Umbuk dengan jala jemala
Sambut dayang kusambut
Sambut dengan puteri ngesa
Puteri ngesa berkain serong
Puteri ngesa berbaju hijau
Puteri ngesa bersubang gading
Puteri ngesa bersanggol sendeng
( rangkap pertama di atas kemudian diulang dengan puteri dua dan seterusnya hingga puteri tujuh )
Mayang yang digunakan diasap kemeyan di dalam bekas bara api yang dinamakan Dupa untuk membangkit semangat dan asal mayang. Minyak kelapa juga disapukan pada mayang ketika diperasapkan supaya mayang itu kelihatan segar ketika diulit. Mayang hidup dapat dikesan apabila berlaku getaran pada Adi ( ketua pemuja ) yang seolah-olah kelihatan mayang tersebut bergetar dengan sendirinya. Ini akan membawa Adi atau pemegang mayang ke dalam situasi tidak sedarkan diri atau lupa.
ada jugak satu lagi versi lagu ulit mayang ni...
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
dulu time skolah2 aku penah la buat kajian pasal ulit mayang nie....seingat aku la...senikata sekarang bukanla yang asal sebab yg asal adalah jampi serapah utk memanggil 7 puteri. Untuk komersialkan ulit mayang ni....lirik dan lagu diubah supaya leh dinikmati oleh semua.... satu pantang larang orang terengganu....jangan nyanyi lagu ni ketika di pantai batu buruk....lain jadinya nanti...kompem kene rasuk.....
tu aku dengar orang2 tua citer laa...tk tahu betul ke tak.....
sape2 lagi yg tahu pasal ulit mayang ni...meh le share.......
[ Last edited byamazed at 13-6-2009 09:34 ]
Reply #1 arnabkiut's post
minta maaf pertanyaan melencong:ada kene mengena dgn puteri tujuh? i.e. org yg dpt anak 7 org perempuan berturut2? apa cerita di sebalik ini kalu ada thanks Originally posted by kabukiman at 10-4-2006 16:46
minta maaf pertanyaan melencong:
ada kene mengena dgn puteri tujuh? i.e. org yg dpt anak 7 org perempuan berturut2? apa cerita di sebalik ini kalu ada thanks
itu kalo tk silap citer lm tv jula juli bintang 7 tu kan..yg makan delima pastu tibe2 beranak 7 org..hehe ntah ler tk tahu lak..pe yg aku tahu.....7 puteri lm tarian ulit mayang ni adalah 7 org puteri bunian..yg diseru utk mengubati penyakit.....mngikut cerita.....dr puteri 1 hinggala 6...penyakit tu tk dapat disembuhkan smpaila diubati puteri 7.......
dulu2....ulit mayang ni adalah satu kaedah perubatan tradisional.....versi yg kita tgk sekarang adalah versi yg telah diubah suai utk tujuan tarian dan kebudayaan......
Reply #3 arnabkiut's post
tima kasih, anything extra appreciated.sbb bertanya ada dulu skali bersembang dgn org agak berumur dan dia dok sebok nak citer kelebihan org yg ada anak pompuan 7 berderet, tapi aku masa tuh tak amek pot pon. so again kalu ada info cerita ker apa ker terima kasih byk di ucapkan Originally posted by arnabkiut at 10-4-2006 04:05 PM
satu pantang larang orang terengganu....jangan nyanyi lagu ni ketika di pantai batu buruk....lain jadinya nanti...kompem kene rasuk.....
Nyanyi lagu ni time siang no hal lagi,jangan nyanyi di malam hari jer.Pernah sekali aku buat fire-camp tepi pantai ngan group Visa lebih kuang 10 org,angin tenang tetiba jadi kencang,ada satu lembaga datang kearah kitaorang,makin dekat makin tinggi..
apa lagi mau tungguu...cabut lari aa semua.....:pmuka::pmuka: MP3 dia ada tak mana2?
Reply #6 Sephiroth's post
looked also tapi tak jumpa..
soory sidetracking abit:
for some reason lagu ni ada that special 'haunting' abt it innit?
buleh terbayang2 the vocal...something like banshee effect ulit mayang adalah lagu atau mentera yg paling hantuuu... tp besh di dengar pe hehe Saya memang suka dgn lagu ini. Tetapi saya tengok banyak yg tak suka sangat.
Dulu, ada kelas di sekolah buat persembahan mengunakan lagu pun. Kami semua duduk di kerusi tunggu ia dimulakan tetapi tak dimulakan juga selepas hampir 5 min. Guru besar minta saya pergi check (memandang saya Pengawas dulu) dan saya check di belakang stage. Menurut cerita, ada beberapa orang murid histeria bila lagu ini dimainkan (last minute rehersal backstage) dan kena panggil guru agama (Islam) utk pulihkan mereka. merdu...penuh lenguk2.....badan tu misti bergark kalo dengar lagu ni..magnet puteri 7 kot wakkakaka......
apepun 'terengganuans' ( betol ker ni ) memang berbangga gn ulit mayang ni....lambang kebudayaan mereka yang halus dan unik Originally posted by Sephiroth at 12-4-2006 08:09 AM
MP3 dia ada tak mana2?
aku ada MP3 dia kalau ko nak
Reply #12 akira_nagasaki's post
aku nak mintak gak buleh? dulu kena ban kat sekolah2 zaman najib kat education ministry, pasal kes histeria besar-besaran kat mana tah, so tak disuruh utk budak2 sekolah lagik ... tu ler...benda ni ade semangat....walau lirik dh di ubah...tp still lagi menjadi misteri nusantara............... by akira_nagasakiaku ada MP3 dia kalau ko nak
Boleh hantar dia ke e-mail saya tak?
Battusai_28@yahoo.com nak tau gak apesal ngan puteri 7 tue..mmg mcm pemujaan sket la ulit mayang nie hmmm....
memang...
memuja 7 puteri.....myeru mereka supaya dtg mengubati penyakit3.....
Reply #16 Sephiroth's post
http://rapidshare.de/files/5193579/LaguRakyat-Ulek_Mayang.mp3.htmlcredit to bateesta on the music board aku baca tread ni ja aku dah naik bulu roma ... takut gak ... tapi aku pun nak lagu tu lah .. leh anto tak kat isd_hisham@yahoo.com. tq