Syd Publish time 1-5-2008 03:25 PM

rompakan & gengster?

nanti fikirkan mcm mana ye

:P

ilya Publish time 2-5-2008 02:11 PM

Reply #159 Syd's post

Syd,
actually aku tak pnah masuk Board nih,
sejak ko tepek muka Prebet (ke apa ek ..lupa) yg ngamok gara-gara Sultan tu... kat CI ek..(lupa lagik..)
aku trus terjun kat Board nih...

Ni aku nak ngengada wat request nih,
boleh tak ko kumpul maklumat Tragedi Negara start
tahun 1998 tu...:$

Alahhh... yg gitu..gitu sampai tertubuhnya PR tuh...
segala mcm bentuk Infor ler...

Tak tau ler dah ada ke lom tajuk nih, tapi biol aku
nak semak satu-satu kat belakang tu..
dekat 30 Page tu nak selak...:shakehead3:

Maaf ler... aku wat pertanyaan kat sini, Kang ko dah jwb kang, aku delete ler balik req nih...

Kang ada plak yg kata aku merepek...;P

Syd Publish time 2-5-2008 04:45 PM

Reply #160 ilya's post

aku paste kat bod gosip @ thread gosip 80an & 90an tuu

Tragedi Negara? maksudnya apa?

hmm kat bod nih..ada beberapa jenis thread

1) pembunuhan
2) tragedi2 mengemparkan malaysia (kat page 4)

dan banyak lagi
kisah penjenayah2 tersohor pun ada kat belakang2

ko carik lah eh..

tak payah lah ko posting ko nih..takde hal buat aku

:P

Syd Publish time 2-5-2008 04:46 PM

PR tu apa?

aku blur plak

:$

ilya Publish time 3-5-2008 08:38 AM

Reply #161 Syd's post

Syd,

Tragedi tu aku dah habis baca dah
yg ada nama ko, semua aku dah habis baca (tak tau ler klau ada lagi yg lom hihi)

yg aku maksudkan, dari Saat pemecatan Dato Seri Anwar Berahim ;P
Sbb rupanya ada lagi info yg aku baru dpt tahu iaitu, Pemergian Arwah Khalid Jefri, Sadis...:$

Ni kira Sejarah ni kan...:L

ilya Publish time 3-5-2008 08:39 AM

Reply #162 Syd's post

PR tu, Parti Rakyat ar...:loveliness:

Syd Publish time 4-5-2008 09:11 AM

nanti arr..

khalid tu bukan meninggal atas sebab2 biasa ke?

dah tua kan

nanti laa...

kalau nak sejarah PR tu
kena bukak thread lain kot

:lol:

Syd Publish time 27-5-2008 10:15 AM

SEREMBAN, Sat. - Police today obtained an order to remand an un- employed man, 40, (picture) for one week to assist investigations into the murder of a pregnant woman, Norlin Osman, 36, at the Seremban wet market in October.

The man was detained in Gua Musang, Kelantan, on Wednesday for several house break-ins.

He is believed to be involved in the murder of Norlin who was found stabbed to death at the market on Oct 30.

Norlin, from Labu, was stabbed in the right cheek and chest.

The victim was seven months pregnant and was believed to have known her assailant.

She had gone to the market to meet the suspect and collect several documents from him when they got into an argument.

Copyright 2003 NEW STRAITS TIMES-MANAGEMENT TIMES

Syd Publish time 27-5-2008 10:21 AM

Peniaga dibebas kes bunuh wanita hamil
Oleh Hussain Said


http://img355.imageshack.us/img355/9044/ajamallo9.jpg

BEBAS: A Jamal gembira ketika keluar dari bilik Mahkamah Tinggi Seremban selepas beliau dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita hamil lima tahun lalu.

SEREMBAN: Seorang peniaga sayur-sayuran serta buah-buahan dibebaskan dan dilepaskan Mahkamah Tinggi, di sini, semalam tanpa dipanggil membela diri terhadap tuduhan membunuh wanita sarat mengandung, kira-kira lima tahun lalu.

Tertuduh, A Jamal Md Jan, 46, dari Flet Templer, Jalan Tun Dr Ismail, di sini dituduh membunuh Norlin Othman, 41, di Gerai Nombor 46, Tingkat Bawah Pasar Besar Seremban pada 30 Oktober 2003, kira-kira jam 11.30 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

Tertuduh ditahan pada 22 Disember 2003 dan didakwa di Mahkamah Majistret pada 7 Januari 2004 sebelum kesnya dipindahkan serta dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 27 April 2005.

Hakim, Datuk Sulaiman Daud dalam hujah penghakimannya berkata, pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang menyebabkan mahkamah membebaskan dan melepaskannya tanpa dipanggil membela diri.

"Mahkamah mendapati pihak pendakwa gagal mengemukakan saksi ketika kejadian yang memboleh memberi keterangan secara terus, sebaliknya hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan.

"Pihak pendakwaan juga gagal mengemukakan saksi yang dapat membantu mahkamah mensabitkan satu kes prima facie terhadap tertuduh, selain banyak keraguan ditimbulkan pihak pembelaan dalam kes pendakwaan," katanya.

Pendakwaan mengemukakan 10 saksi dalam kes itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

A Jamal yang ditemui selepas penghakiman itu bersyukur dengan keputusan itu dan berharap orang ramai terutama pelanggan kedainya terus memberi sokongan kepadanya untuk meneruskan kehidupan.

"Mahkamah sudah membuat keputusan dan saya hanya berdoa dan berharap orang ramai kembali menyokong terutama perniagaan saya," katanya yang tenang ketika hakim membuat keputusan.

Kes pembunuhan Norlin dari Jalan Labu, dekat sini, dalam keadaan ngeri menggemparkan masyarakat kerana mangsa sedang sarat mengandung kira-kira lapan bulan ketika dibunuh di pasar berkenaan.

Lebih tragik apabila tertuduh didakwa menikam Norlin dengan pisau berkali-kali hingga mangsa terbaring berlumuran darah di depan orang ramai.

Sebelumnya, mangsa dikatakan pergi ke pasar menemui lelaki yang dikenalinya itu untuk mengambil beberapa dokumen, tetapi berlaku pertengkaran antara mereka sebelum lelaki terbabit mengambil pisau pemotong sayur dari gerai berhampiran dan terus menikam mangsa beberapa kali.

Tertuduh melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu, sebelum dapat ditahan di Kelantan.

the_none Publish time 27-5-2008 07:01 PM

Balas #167 Syd\ catat

klu bunuh kat pasar, sah2 ramai saksi yang nampak.
camana boleh terlepas plak?:o

penpink Publish time 28-5-2008 12:43 PM

Reply #168 the_none's post

ye tak yer jugak...kalau depan org ramai...mesti ada saksi!!atau diorg x berani jadi saksi?hmm.......kalau dia bersalah dia hanya terlepas didunia shj kat akhirat kelak tak mungkin kan terlepas melainkan dia bertaubat..........:$

Syd Publish time 28-5-2008 12:52 PM

tu lepas sbb teknikal

yelah..atas dunia buleh lah lepas

kemudian hari?

lu pikir la sundri

hehe

evolution75 Publish time 28-5-2008 10:33 PM

Hakim melepaskan org yg bersalah.Apa nak jadi dgn hakim kat malaysia ni??

Syd Publish time 29-5-2008 09:37 AM

kenapa salahkan hakim?

hakim jatuhkan hukuman (penjara / bebas) berdasarkan bukti semua

kalau dah polis, pendakwa semua keje mcm cap ayam, ni lah akibatnya

masing2 ada fungsi nya

polis -
pendakwaraya -
hakim

tak adil, kalau hakim disalahkan sorang.

kena perbetulkan tanggapan nih.

bukannya hakim yang ada kat pasar tu, yang tangkap tertuduh, yang dakwa tertuduh..

Joe Hahn Publish time 8-6-2008 06:37 AM

kes bunuh tunang dan buang dalam banglo kat tanjung jaga ada x sapa2 yg tau serba sedikit punca tunang laki tu bunuh tunang dia ?

Joe Hahn Publish time 8-6-2008 06:47 AM

Originally posted by eiyoei at 29-6-2007 04:05 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
dulu aku ader dengar pasai kes bunuh keluarga india yang dah convert masuk islam.
Pastu family diorang kena ganggu je ngan orang2 hindu (kiranya suh masuk hindu balik la). Aku tatau cite lanjutn ...

macam disenyapkan je kes ni..

Joe Hahn Publish time 8-6-2008 06:48 AM

ada satu lagi kes..

aku lupa la

tapi dalam 5-6 tahun lepas di alor star..

cina kena bunuh ngan org melayu..

2 laki melayu bunuh sorang laki cina..

aku tak ingat pasai pa...tapi depa ni cam mengamal ajaran sesat..

lupa dah...

Syd Publish time 8-6-2008 12:39 PM

Reply #173 Joe Hahn's post

ni takde kena mengena ngan youtube hangat, permintaan terakhir atau cinta 3 segi tu kan?

aku pung dah konpius

Syd Publish time 8-6-2008 12:42 PM

kemendapan ke apa?

skicysonic Publish time 12-6-2008 03:47 PM

Originally posted by Syd at 27-5-2008 10:21 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Peniaga dibebas kes bunuh wanita hamil
Oleh Hussain Said


http://img355.imageshack.us/img355/9044/ajamallo9.jpg

BEBAS: A Jamal gembira ketika keluar dari bilik Mahkamah Tinggi Seremban se ...



aku akan 100% boikot perniagaan sy**t*n ini.....
Pages: 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 [15] 16 17 18 19 20 21 22 23 24
View full version: Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia


ADVERTISEMENT