derose83 Publish time 12-10-2008 08:42 AM

ada hikmah jugak disebalik krisis kewangan Amerika nih...
tgk la harga minyak semakin merudum...
ada chance la harga minyak kt malaysia nih turun ke RM1.92 seliter balik...

dexa Publish time 16-10-2008 02:20 AM

Harga minyak mentah turun AS$72 setong hari ini

LONDON: Harga minyak mentah dunia hari ini menjunam di bawah AS$72 setong hari ini, terendah sejak 13 bulan lalu.

Penganalisis berkata, penurunan itu ada kaitannya dengan kebimbangan dengan kemelesetan ekonomi global yang membawa kepada penurunan permintaan bahan api dan tenaga. - AFP

*****************************************************************


hey... nanti update ye.. :) --
*check pm -

amazed Publish time 16-10-2008 06:35 PM

Reply #82 dexa's post

tima kaceh dex aku dah updatekan... :victory:ni aku pun letak yg latest gak!!

amazed Publish time 16-10-2008 06:36 PM

Minyak bawah AS$70 - Terendah sejak 13 bulan lalu

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1016/Kosmo/Dunia/du_02.1.jpg
SEJUMLAH penunggang motosikal menunggu giliran
untuk mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Teheran
kelmarin. - AP



LONDON – Harga minyak mentah dunia semalam terus menjunam ke paras terendah dalam tempoh 13 bulan berikutan ramalan bahawa kelemahan ekonomi akan mengurangkan permintaan.

Di Amerika Syarikat (AS), harga jatuh kepada AS$75.93 setong (RM265) pada dagangan waktu tengah hari manakala minyak mentah Brent London mencecah AS$71.61 setong (RM250).

Harga minyak Brent North Sea untuk bulan November itu jatuh kepada AS$70.70 (RM248.30) setong iaitu yang terendah sejak Ogos 2007.

Ia kemudian meningkat kepada AS$70.93 (RM249) menurun sebanyak AS$3.60 (RM12.64) berbanding ketika dagangan ditutup kelmarin.

Pasaran saham turut jatuh mendadak dengan dolar AS semakin lemah berbanding yen kerana pasaran dibayangi oleh sentimen berlakunya kemelesetan global.

Harga minyak mentah mencatatkan rekod tertinggi AS$149 setong (RM520) pada Julai lalu berikutan kebimbangan kekurangan bekalan selain dipacu oleh krisis nuklear Iran.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) turut memotong unjuran permintaan dunia untuk tahun depan berikutan laporan terbaru itu.

OPEC dijadual mengadakan pertemuan tergempar di Vienna pada bulan depan untuk menilai semula kesan krisis kewangan global terhadap pasaran minyak. – Reuters




turun byk mana pung.... rega kat mesiamahai jugak!! :@

033589 Publish time 16-10-2008 08:55 PM

wow!!harga ini mcm patut harga minyak mesia dah jadik rm1.92 seliter...:mad:

derose83 Publish time 17-10-2008 08:46 AM

Balas #85 033589\ catat

harga minyak dh jatuh...
apsal tambang bas x turun2 nih...
harga brg pun ada yg mahal lagi....

derose83 Publish time 17-10-2008 08:54 AM

Harga minyak hampiri paras terendah

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Harga minyak mentah dunia kini menghampiri paras terendah dalam tempoh 13 bulan pada AS$71.21 setong sebelum ditutup lebih tinggi pada AS$73.08 akibat meningkatnya kebimbangan terhadap berkurangnya permintaan dan kemelesetan ekonomi dunia.

Kontrak hadapan minyak mutu tinggi bagi hantaran November ditutup jatuh AS$1.46 di pasaran New York.

Kontrak bulan hadapan telah mengalami kejatuhan hampir satu pertiga nilai dalam tiga minggu, terburuk sejak ia didagangkan pada 1983.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan mungkin dapat menurunkan harga petrol ke paras RM1.92 seliter jika harga minyak dipasaran dunia jatuh di bawah paras AS$72 setong.

Menurut laporan agensi berita Reuters, harga minyak mentah jatuh keparas terendah dalam urus niaga pagi ini sebelum kembali meningkat.

Harga minyak mentah telah merudum melebihi 50 peratus daripada rekod tertinggi AS$147, pada Julai lalu.

''Harga minyak mentah terus jatuh apabila kebimbangan terhadap kemelesetan sejagat meningkat,'' kata penganalisis Sucden Nimit Khama rmenjelang pengumuman data minyak di Amerika Syarikat (AS).

Ketua Penyelidik Komoditi di Merrill Lynch, Francisco Blanch berkata, kelemahan dalam ekonomi menjejaskan pasaran saham dan minyak tetapi kejatuhan harga minyak juga mencerminkan permintaan yang berkurangan.

''Bukan senang untuk membeli minyak jika seseorang mempunyai masalah menjelaskan kredit," katanya.

Sementara itu, para penganalisis lain menjangka permintaan minyak mentah global akan mengalami penurunan berikutan beberapa data buru kyang menjejaskan pasaran lebih besar berbanding dengan perbincangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tentang kemungkinan pengurangan pengeluaran dan taufan yang melanda operasi minyak di Caribbean.

033589 Publish time 18-10-2008 07:00 AM

Harga minyak mungkin turun lagi

PUTRAJAYA 17 Okt. - Harga petrol dan diesel di negara ini mungkin akan turun lagi akhir bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.

Beliau berkata ini berikutan trend penurunan harga minyak mentah dunia ketika ini.

Minyak mentah dunia mencatatkan harga AS$69.85 setong semalam berbanding AS$77.70 setong pada 12 Oktober.

Beliau berkata tindakan menurunkan harga minyak kini lebih mudah kerana ia tidak perlu lagi dibawa kepada Kabinet, sebaliknya mesyuarat beberapa menteri dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Harga minyak di pam sudah turun tiga kali sejak Ogos lepas iaitu pada 23 Ogos, 24 September dan kali terakhir 15 Oktober.

Harga petrol Ron97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol Ron92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.

Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Kerajaan, katanya, tidak boleh menurunkan harga minyak secara mendadak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan bekalan kepada pengguna.

Sebelum ini, Shahrir pernah membayangkan harga minyak di pam boleh kembali ke harga asal sebelum 5 Jun iaitu RM1.92 seliter sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$72 setong.


p/s: wah dah sm[i tahap AS60++ skng dah seliter,,apakah kita bakal menikmati minyak dgn harga rm1.50?:loveliness:

[ Last edited by033589 at 18-10-2008 07:02 AM ]

033589 Publish time 20-10-2008 11:53 PM

Harga minyak boleh cecah AS$50 setong

LONDON 19 Okt. - Harga minyak mentah dunia dijangka terus jatuh sekiranya krisis kewangan global memburuk tetapi harganya tidak akan kekal lama berada di bawah paras purata kos operasi industri minyak iaitu sebanyak AS$50 (RM175) setong, kata para penganalisis.

''Kami percaya krisis sektor perbankan yang semakin teruk dan kelembapan pertumbuhan ekonomi global yang bakal berlaku akan memberikan tekanan kepada harga pasaran komoditi,'' kata Bank Deutsche dalam laporannya baru-baru ini.

Pandangan itu yang turut dikongsi oleh firma pelaburan Goldman Sach.

Kebimbangan, tindakan menjual stok dan gangguan dalam rantaian bekalan, kesemuanya berlaku kerana masalah kredit telah memberikan tekanan kepada permintaan minyak mentah yang lebih rendah berbanding dasaran ekonomi, kata Goldman Sach.

Goldman menjangkakan harga minyak mentah dunia akan berada pada paras AS$75 (RM262.5) setong pada suku keempat dan pada akhir tahun ia akan mencecah AS$70 (RM245) setong, tetapi menambah: ''Sekiranya krisis kewangan dan ekonomi mengurangkan permintaan terhadap minyak mentah, harga pasaran akan menjunam sehingga serendah AS$50 (RM175) setong.

Harga itu adalah harga anggaran kos operasi atau kos tunai, bagi syarikat utama minyak dunia.

Anggaran kos bagi projek baru yang lebih mahal yang lebih dikenali kos kecil pengeluaran adalah sekitar AS$75 hingga AS$80 (RM262.50 hingga RM280) setong, kata para penganalisis Bernstein Research yang berpusat di London.

''Bagi tempoh jangka panjang, kami percaya harga minyak dan gas akan mengalami aliran meningkat sejajar dengan kos pembekalan yang kecil.

''Tetapi harga akan terus berkisar antara paras terendah kos tunai AS$45 hingga AS$50 (RM157.50 hingga RM175) setong dan harga gangguan dalam permintaan pada paras AS$110 hingga AS$125 (RM385 hingga RM437.5,'' kata Bernstein.

Kemerosotan ekonomi yang berlaku boleh mengurangkan kos bekalan baru melalui harga keluli yang lebih rendah, tenaga dan peralatan, mengurangkan peningkatan harga yang berlaku sejak lima tahun lalu.

Walaupun harga minyak jangka panjang dijangka akan mendapat sokongan daripada kos pengeluaran baru, harga pasaran sekarang masih bergantung kepada pasaran kredit.

''Pada masa ini kita bergantung kepada kos bekalan yang kecil tetapi sekiranya pasaran ekuiti terus jatuh ia menjadi sukar kepada harga minyak untuk menolak kejatuhan harga,'' kata Gary Ross, Ketua Pegawai Eksekutif dari PIRA konsultan tenaga di New York.

Deutsche Bank berkata, harga minyak pada harga benar masih lagi mahal.

''Kami merasakan harga minyak perlu jatuh ke paras AS$35 (RM122.50) setong untuk membolehkan harga minyak berada pada paras harga benar berdasarkan purata sejarah jangka panjang.

''Tetapi kami percaya, perubahan penting di dalam pasaran terutama berdasarkan lokasi geografi permintaan dan perbekalan mencadangkan paras AS$60 (RM210) setong melambangkan harga murah yang realistik,'' kata beliau.

Berbanding komoditi lain, minyak mempunyai kumpulan pengeluar yang akan membantu menyokong harga seperti Pertubuhan Negara-negara Pengeluar Petroleum (OPEC).

''Apa yang membuatkan minyak unik berbanding komoditi lain adalah sokongan dari belakang terhadap bahagian bekalan dalam bentuk OPEC,'' kata Ross.

Kebolehan OPEC untuk mempertahankan harga akan diuji pada mesyuarat luar biasanya pada 18 November ini.

''Kami menjangkakan OPEC lebih bersikap berhati-hati dalam meletakkan kuota memandangkan harga kini telah turun di bawah AS$90 (RM315) setong dan perlu mempertahankan harga pada paras AS$80 (RM280) setong,'' kata Standard Chartered Bank.

Kini ahli OPEC seperti Vanezuela dan Iran sedang memaksa pertubuhan itu melakukan langkah agresif. Vanezuela memerlukan harga minyak berada pada paras AS$95 (RM332.5) setong untuk mengimbangi akaun semasanya manakala Arab Saudi, pengeluar utama, mahukannya berada pada paras AS$55 (RM192.50) setong kata Deutsche Bank.

Paras harga yang diingini Arab Saudi adalah mewakili kepentingan besar dalam pasaran minyak sejagat tetapi isu enggan diperkatakan oleh negara itu.

Arab Saudi mungkin mendapati tidak selesa untuk meningkatkan harga ketika ekonomi dunia berada di ambang kemelesetan, OPEC mungkin dapat mengurangkan pengeluaran kerana permintaan yang ada juga perlahan.

- Reuters

:loveliness: :loveliness: :loveliness: :loveliness:

cume mampu cakap alhamdulillah je....:loveliness:

033589 Publish time 23-10-2008 06:50 AM

Harga minyak di bawah AS$70 setong

SINGAPURA 22 Okt. - Harga minyak mentah didagangkan lemah di Asia hari ini ekoran kebimbangan baru terhadap permintaan tenaga akibat kelembapan pertumbuhan global, kata pelabur.

Kontrak utama New York, minyak berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran Disember jatuh AS$2.72 (RM9.62) kepada AS$69.46 (RM245.88) setong daripada harga penutup di Amerika Syarikat AS$72.18 (RM255.51) semalam.

Minyak Brent North Sea untuk penghantaran Disember turun AS$2.42 (RM8.56) kepada AS$67.30 (RM238.24) setong, semalam dan ia didagangkan lemah AS$2.31 (RM8.17) kepada AS$69.72 (RM246.80) setong.

Harga pasaran minyak mentah terus jatuh pada sesi dagangan baru-baru ini akibat peningkatan tanda-tanda bahawa Pertubuhan Negara-negara Pengeluar Petroleum (OPEC) bakal mengumumkan pelan untuk mengurangkan pengeluaran ketika perjumpaan khas yang diaturkan di Vienna pada Jumaat ini.

Namun kebimbangan terhadap kelemahan penggunaan tenaga ketika negara maju berhadapan dengan kelembapan ekonomi yang menyebabkan pelabur panik, kata peniaga.

''Kebimbangan terhadap permintaan minyak mentah telah melemahkan harga pasaran, walaupun perjumpaan OPEC pada 24 Oktober ini dijangka akan mengurangkan sasaran pengeluaran,'' kata David Moore, Ahli Strategi Komoditi di Bank Commonwealth Australia.

Mesyuarat OPEC akan datang, bakal menyaksikan ahli utama pertubuhan itu menyuarakan sokongan mereka terhadap pengurangan keluaran minyak bagi mengekang kejatuhan harga.

Semalam, Menteri Minyak Iran berkata, Tehran percaya OPEC perlu mengurangkan pengeluaran antara dua juta hingga 2.5 juta tong sehari, langkah itu akan membantu harga minyak meningkat melebihi AS$150 (RM531) setong.

''Pasaran perlu mencari keadaan stabil, dengan kejatuhan lapan hingga 10 peratus daripada permintaan serta bekalan minyak jatuh antara dua hingga 2.5 juta sehari akan membawa kestabilan kepada pasaran,'' kata Gholam Hossein Nozari pada sidang akhbar di Tehran.

Iran merupakan pengeksport kedua terbesar dalam OPEC dan ekonominya sangat bergantung kepada pendapatan minyak dan gas.

- AFP

yg bertulisan biru tu melampau tul demand plan die nak jual..sampai $150 setong...:mad:

[ Last edited by033589 at 23-10-2008 06:52 AM ]

033589 Publish time 24-10-2008 08:43 AM

Minyak sekitar AS$60 setong, pasaran saham merosotKUALA LUMPUR 23 Okt. - Harga minyak mentah dunia terus diniaga dibawah paras AS$70 setong dengan komoditi itu berada di paras AS$64.92(RM230.46) setong dalam dagangannya di pasaran Asia.
Kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi New York semalamdiniagakan di paras terendah sejak Jun tahun lalu apabila ditutup padaparas AS$66.20 (RM235.01) setong.


Menurut laporan agensi berita AFP, harga minyak yang lebihrendah disebabkan Iran, anggota utama Pertubuhan Negara-negaraPengeksport Petroleum (OPEC) mendesak pengurangan pengeluaran menjelangmesyuarat pertubuhan itu di Vienna.
OPEC akan bermesyuarat Jumaat ini di Vienna ketika sistem kewanganglobal sedang menghadapi krisis terburuk sejak 'Kemelesetan Terburuk'(Great Depression).
Beberapa negara anggota OPEC menggesa pemotongan pengeluaran antarasejuta dan 2.5 juta tong sehari bagi membantu memulihkan harga pasaran,tetapi Arab Saudi masih bertindak berdiam diri berhubung pendirianmereka.
Presiden OPEC, Chakib Khelil berkata, sebarang keputusan untukmengurangkan pengeluaran perlu melihat kesan ketara kepada konsumer danpengeluar yang terkena krisis kewangan.
''Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang penting.
''Ia berlaku pada pertengahan krisis kewangan di mana banyak negaraterkena tempiasnya,'' katanya yang juga Menteri Tenaga Algeria.
Beliau berkata, OPEC tidak mahu anggotanya yang dihimpit krisiskewangan akan terus bermasalah dengan harga minyak mentah yang semakinrendah dan akan mengurangkan pendapatan mereka.
OPEC mewakili 40 peratus jumlah keseluruhan minyak dunia.
Sementara itu, pasaran saham Asia ditutup rendah hari ini berikutankebimbangan berterusan pelabur terhadap keadaan ekonomi sejagat yangsemakin buruk di sebalik usaha berterusan pelbagai pihak untukmengurangkan krisis kewangan.
Pasaran tidak mempedulikan tanda-tanda krisis kredit akan pulih,sebaliknya menumpukan kepada risiko kemelesetan global yang akanmengurangkan keuntungan syarikat, sekali gus menyebabkan pemberhentiankerja dan berkurang belanja pengguna.
''Ekonomi dijangka akan menyusut pada beberapa suku akan datang dankeuntungan korporat akan mengecil. Fundamental ekonomi masih beradapada paras negatif,'' kata Tomoko Fujii, Ketua Ekonomi dan Strategis diBank Amerika, Tokyo.
Pasaran saham Jepun ditutup rendah 2.46 peratus atau 213.71 matakepada 8,460.98, Sydney jatuh 4.4 peratus atau 181.7 mata untuk ditutuppada 3,974.4.
Pasaran saham Seoul paling teruk apabila ditutup 7.4 peratus atau84.88 mata lebih rendah kepada 1,049.71, manakala Hong Kong jatuh 3.6peratus atau 506.11 mata kepada 13,760.49 dan Singapura mengalamikejatuhan apabila ditutup rendah 4.14 peratus atau 75.46 mata kepada1,745.67.


malaysia bile nk bertindak???:P:P:P

amazed Publish time 26-10-2008 06:22 PM

Penurunan harga minyak berterusan

NEW YORK 25 Okt. - Trend penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia berterusan dengan menyaksikan kejatuhan harga sehingga hampir AS$4 setong semalam.

Keadaan itu menyebabkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Petroleum (OPEC) pada satu mesyuarat tergempar di Vienna bersetuju mengurangkan pengeluaran minyak sehingga 1.5 juta tong sehari, iaitu kira-kira lima peratus daripada pengeluaran semasa bermula 1 November ini.

Penghantaran minyak mentah Amerika Syarikat (AS) untuk Disember jatuh AS$3.69 lebih rendah dengan harga hanya AS$64.15 setong selepas jatuh serendah AS$62.65 setong sebelum ini, iaitu yang terendah sejak Mei 2007.

Ia merupakan penurunan yang disifatkan dramatik sehingga lebih AS$40 setong dalam tempoh sebulan.

Harga minyak jatuh ketika krisis kredit melanda pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan permintaan terhadap bahan api di AS dan negara-negara industri lain.

"Kami percaya pada minggu ini kita akan sampai pada satu aras permulaan untuk kuota baru dalam pusingan pengurangan oleh OPEC dan ia akan berterusan sehingga tahun depan,'' kata penganalisis pasaran Deutsche Bank, Michael Lewis.

- Reuters

amazed Publish time 28-10-2008 12:53 PM

Harga minyak mentah menjunam AS$60 setong

NEW YORK: Harga minyak mentah dunia menjunam semalam, terentah dalam masa 17 bulan berikutan kebimbangan kemelesetan ekonomi global yang menyaksikan permintaan terhadap bahan api itu menurun.

Di New York harga minyak light sweet bagi Disember menjunam 93 sen untuk ditutup kepada AS$63.22 setong.

Pada satu ketika, harga bahan api itu berada pada kedudukan terendah iaitu AS$61.30, paras sama pada Mei 2007.


Di London, minyak mentah Brent North Sea bgi Disember merosot kepada AS$59.02 setong, paras terendah sejak Februari 2007, sebelum ditutup AS$61.41 setong, menurun 64 sen.

Kemerosotan harga minyak itu membawa kesan dramatik kepada penurunan harga saham di Asia semalam, termasuk indeks Nikkei di Tokyo yang menyaksikan penurunan terendah sejak 1982. - AFP

amazed Publish time 12-11-2008 05:57 PM

Minyak menjunam AS$59 setong, terendah dalam 20 bulan



SINGAPURA: Harga minyak menjuman kepada AS$59 setong di pasaran Asia hari ini, paras terendah dalam tempoh 20 bulan berikutan prospek kelembaban ekonomi yang berlanjutan tahun depan.

Harga minyak 'Light, sweet crude' pada Disember menurun 31 sen kepada AS$59.02 setong, dengan kadar terendah sehingga AS$58.55 setong dalam dagangan New York Mercantile Exchange, di Singapura pada pertengahan sesi dagangan hari ini. - AP



cepat ler mesia turun gak nih!! :L

033589 Publish time 22-11-2008 01:12 PM

Harga minyak di bawah AS$50 setong

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Harga minyak mentah dunia telah jatuh ke paras terendah sejak tiga tahun lalu kepada AS$48.54 (RM174.74) setong berikutan kebimbangan berterusan terhadap kemelesetan ekonomi dunia yang memberikan kesan kepada permintaan tenaga.

Di New York, kontrak hadapan minyak bermutu tinggi Light Sweet bulan Disember susut AS$4.00 (RM14.40) setong sebelum ditutup pada paras AS$49.62 (RM178.63) di New York Mercantile Exchange, semalam.

Minyak mentah Brent North Sea juga berada di bawah paras psikologi AS$50 setong apabila jatuh AS$0.48 (RM1.72) kepada AS$47.60 (RM171.36) setong, dan ditutup rendah AS$3.64 (RM13.10) kepada AS$48.08 (RM173) setong semalam.

Kejatuhan harga minyak di bawah paras AS$50 (RM180) menguatkan dakwaan tentang kaitan pasaran minyak dengan permintaan.

''Pasaran sedar dengan keadaan kemelesetan ekonomi akan memberi kesan ketara kepada permintaan minyak di negara-negara pasaran baru yang meningkatkan pasaran minyak mentah,'' kata Jason Feer, penganalisis pasaran tenaga Argus Media Ltd. di Singapura.

Penganalisis itu berkata, sentimen diburukkan lagi dengan laporan pengangguran di Amerika Syarikat (AS) negara pengguna minyak terbesar dunia.

Kadar pengangguran AS meningkat ke paras tertinggi sejak 16 tahun menguatkan lagi andaian bahawa negara ekonomi terbesar dunia itu berdepan dengan kemelesetan ekonomi.

Kesatuan Eropah (EU) juga sedang dihantui oleh kemelesetan ekonomi.

''Krisis ekonomi yang melanda menyebabkan harga tenaga berada di bawah tekanan sepanjang malam, dan kerugian dipercepatkan lagi,'' kata John Kilduff penganalisis MF Global.

Kebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan ekonomi global dan kesannya kepada permintaan tenaga telah menyebabkan harga minyak menjunam daripada paras tertinggi melebihi AS$147 (RM529) setong pada Julai lalu.

''Apa yang mengejutkan adalah.... kepantasan kejatuhan harga yang berlaku,'' kata Feer.

''Minyak mentah semakin sukar untuk dijual.

''Pasaran saham dunia yang menjunam terutamanya di Asia, tiada berita positif yang dapat mengembalikan keyakinan kepada pasaran minyak,'' kata Simon Wardell, penganalisis minyak dengan IHS Global Insight.

Para penganalisis berkata, mereka menjangkakan harga pasaran akan terus lemah.

bawah $50...dijangkakan aka terus turun..xlama lagu kite leh mandi minyak silap2....:)

amazed Publish time 26-11-2008 10:37 AM

Minyak mentah jatuh AS$35 setong?

LONDON – Penganalisis Bank Belanda, Michael Lewis semalam menjangkakan harga minyak mentah dunia akan mencecah harga AS$30 hingga AS$35 (RM109 hingga RM127) setong menjelang akhir tahun depan.

Katanya, langkah Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petrolium (OPEC) memotong jumlah pengeluaran tidak akan meningkatkan harga serta-merta kerana ia mengambil masa sehingga setahun. – Reuters




yikessssss   aku harap minyak kat mesia   jadik sehengget seliter nanti.... baru best yooo!! :D

amazed Publish time 2-12-2008 06:16 PM

Harga minyak menjunam bawah AS$48 setong

SINGAPURA: Harga minyak mencatatkan harga terendahnya dalam masa tiga tahun iaitu bawah AS$48 setong hari ini di pasaran Asia.

Ini berikutan keresahan mengenai kedudukan ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta pasaran haram yang terus merosot sehingga membawa kesan terhadap permintaan minyak mentah.

Minyak 'Light, sweet crude' bagi penghantaran Januari turun AS$1.50 kepada AS$47.78 setong, terendah sejak 2005 dalam dagangan elektonik New York Mercantile Exchange pada sesi petang di Singapura. - Bernama




wowzieeeeeeeeeeeeee   kalu dah us$47.78 tu...petrol kita patutnya dah rm1.10/lpaling kurang pun~~:L

tarabas1976 Publish time 2-12-2008 07:50 PM

Originally posted by amazed at 2-12-2008 06:16 PM http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
Harga minyak menjunam bawah AS$48 setong

SINGAPURA: Harga minyak mencatatkan harga terendahnya dalam masa tiga tahun iaitu bawah AS$48 setong hari ini di pasaran Asia.

wowzieeeeeeeeeeeeee   kalu dah us$47.78 tu...petrol kita patutnya dah rm1.10/lpaling kurang pun.


maner bleh cenggitu, kalo tidak nanti kang Keri ngan Kamaludin nak mentekedarah mender.

dexa Publish time 14-2-2009 08:51 AM

Harga minyak New York AS$34.26 setong

LONDON - Harga minyak mentah ditutup rendah melepasi paras AS$34 setong (RM122.55) di New York semalam berikutan sentimen negatif pelabur berhubung pengumuman simpanan stok minyak besar-besaran oleh Amerika Syarikat (AS).

Kontrak hadapan minyak mentah New York bagi penghantaran Mac menokok 28 sen (RM1) kepada AS$34.26 (RM123.50) setong selepas ia dibimbangi mencecah AS$32.20 (RM116) iaitu paras terendah dalam tempoh lima tahun seperti yang berlaku pada 18 Disember tahun lalu.

Sementara itu, minyak mentah Laut Utara Brent bagi penghantaran April jatuh lapan sen untuk ditutup pada AS$45.95 (RM165.61) setong di London semalam manakala kontrak Mac minyak itu berakhir kelmarin.

Harga rendah itu berikutan krisis ekonomi global yang mengurangkan permintaan selepas harga minyak Brent dan New York mencatat rekod tertinggi melebihi AS$147 (RM530) Julai lalu. - AFP


*****************************************************************************************

whoaa makin lama makin rendah.... bila la kat malaysia dapat balik rm1.10 tu ye..
dah us$34 setong di usa ni... memang jatuh sangat dah harga minyak ni -
Pages: 1 2 3 4 [5]
View full version: Harga Minyak Dunia : update - turun menjunam US$47.78 setong


ADVERTISEMENT