amazed posted on 27-1-2008 06:47 AM

Masalah Mata Kabur/Rabun & Kesihatan Mata

Cermin mata hitam dan kesihatan

Cahaya matahari yang dipancarkan mengandungi spektrum cahaya bermula dari jarak gelombang 10 nonometer (nm) hingga ke 100 mikrometer (m) iaitu dari gelombang sinaran gamma hingga ke gelombang radio.

Di antara spektrum gelombang cahaya ini terdapat spektrum cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Bagaimana kita mengenali dan menghayati alam adalah dengan menggunakan jarak gelombang. Jarak gelombang adalah asas kepada kita mengenali dunia.

Kita menerima dan menganalisis jarak gelombang tertentu dengan dua organ utama iaitu mata dan telinga. Kita melihat cahaya melalui mata dan menangkap bunyi dengan telinga.

Dari gelombang radio hingga pancaran gamma, jarak gelombang semakin memendek, menyebabkan frekuensinya bertambah dan akan menyebabkannya menghasilkan tenaga yang semakin bertambah. Ini bermakna gelombang ini semakin berupaya menembusi sesuatu dan amat berbahaya pada mata.

Pendedahan pada cahaya matahari terlalu lama juga boleh mengakibatkan ketajaman penglihatan menurun, kehilangan kontras, silau, pening dan keletihan visual.

Spektrum cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah berjarak gelombang antara 380nm hingga 780nm iaitu antara cahaya Ultraungu (UV) dan Infra merah (IR).

Ini bermakna, mata manusia hanya mampu melihat cahaya antara jarak gelombang ini sahaja (380nm hingga 780nm).

Mata manusia tidak berupaya mengenal pasti berbagai elemen cahaya mengikut berbagai jarak gelombang yang lain.

Cahaya UV, cahaya biru dan cahaya IR boleh menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu mata.

Oleh itu, penggunaan cermin mata hitam yang sesuai adalah perlu bagi mengelakkan kesan negatif yang disebabkan oleh cahaya tersebut ke atas tisu mata.

Cermin mata hitam selalunya dipakai untuk menghalang kesan cahaya matahari yang boleh mengganggu penglihatan dan merosakkan sel-sel mata.

Dalam kes-kes tertentu ia juga dipakai untuk kelihatan menarik. Cermin mata hitam dipakai seharusnya bukan sekadar untuk penampilan tetapi yang lebih penting adalah sebagai alat yang boleh menghalang kesan resapan cahaya UV, cahaya biru dan juga IR yang akan merosakkan tisu mata.

Cahaya UV dan cahaya biru juga mempunyai kesan resapan 10 kali lebih tinggi dibandingkan dengan cahaya IR. Sebahagian besar cahaya UV dari matahari diserap oleh lapisan ozon di atmosfera, namun sebahagian daripadanya masih dapat sampai ke permukaan bumi.

Pendedahan pada cahaya UV yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada mata seperti masalah katarak.

Jadi cahaya UV berkenaan perlu dihalang daripada meresap masuk ke dalam mata.

Kegunaan cermin mata hitam

Cermin mata hitam yang sesuai perlulah memenuhi ciri-ciri berikut;

1. Mampu menghalang silau dari cahaya yang terlalu terang.

2. Boleh menyerap cahaya Ultraungu (UV) dan cahaya biru.

3. Diameter cermin agak besar untuk melindungi mata.

4. Boleh menghalang impak dari objek yang melayang ke arah mata.

5. Tiada gangguan imej permukaan (surface distortion).

Dari ciri-ciri tersebut, cermin mata hitam yang baik perlulah mempunyai cermin gelap yang menghalang silau, dibuat dari bahan yang tahan lasak dan mempunyai kualiti menyerap cahaya UV.

Malaysia adalah sebuah negara yang beriklim tropika. Keadaan panas terik dengan keterangan cahaya yang tinggi amat menyilaukan mata.

Kandungan UV yang tinggi pula akan memberi kesan kepada mata.

Pendedahan pada sinar UV untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah katarak kerana sebahagian besar cahaya UV akan diserap oleh kanta mata.

Penyerapan cahaya UV lama-kelamaan mungkin membawa kepada kanta mata menjadi semakin gelap.

Sekiranya anda menggunakan cermin mata yang murah dan tidak mengikut piawaian, ia mungkin tidak berupaya menapis cahaya UV.

Ini akan menyebabkan kerosakan tisu-tisu mata seperti tisu pada bahagian kelopak mata yang boleh membawa kepada kanser pada bahagian tersebut.

Secara amnya, bila kita memakai cermin mata hitam, saiz bukaan pupil akan membesar kerana cermin tersebut mengurangkan cahaya terang daripada masuk ke dalam mata.

Sekiranya cermin tersebut tiada perlindungan UV, lebih banyak cahaya UV dari matahari akan masuk ke dalam mata melalui pembukaan anak mata yang lebih besar pada ketika itu.

Ini akan menyebabkan kerosakan kepada lebih banyak tisu mata.

Bukan sahaja bahagian kornea dan kanta mata, cahaya UV juga boleh terus ke retina yang boleh menyebabkan kerosakan tisu-tisu retina.

Kerosakan tisu retina boleh menyebabkan kebutaan.

Terdapat juga beberapa sebab lain mengapa orang menggunakan cermin mata hitam selain perlindungan UV, seperti;

1. Tujuan kosmetik (penampilan)

2. Bersukan atau riadah

3. Mengelak malu (menyorokkan muka)

Selain masalah tiada fungsi perlindungan UV, terdapat juga cermin mata hitam murah yang tidak dibuat dengan bahan yang tahan lasak.

Cermin mata hitam sebegini bukan sahaja tidak melindungi mata akibat penggunaan bahan tidak berkualiti, malahan boleh menyebabkan masalah seperti:

1. Pening.

2. Silau semakin teruk.

3. Keletihan mata.

4. Imej tidak sekata.

Oleh itu, sekiranya anda ingin membeli cermin mata hitam, berbincang dengan pakar mata untuk mendapat ciri-ciri perlindungan yang diperlukan di samping mendapatkan rupa penampilan yang lebih menawan.




aku baru aje nak beli sunglasses yang baru... saje nak tambah koleksi... yg aku ada sekarang rayban dan adidas...  yg penting kita pakai sunglasses ni bukan nye nak tunjuk lawa ke hapa, tapi panahan matahari tu  ... kita nak lindungkan mata kita dari sinaran tu..  dulu masa aku sekolah aku pakai spec john lennon...  aku minat spec macam tu jugak..


[ Last edited by  amazed at 17-12-2008 05:27 PM ]

miyuki_09 posted on 27-1-2008 07:43 AM

baru je beli spek mate itam semalam...yg murah punye la...sblm beli yg murah ni, ade masuk kedai spek.spek mate itam tgh sale 50%..jename elle, mog n ade la  2 3 jename lg..tp sbb x bajet nk beli spek memahal...so beli yg 12 ingit je dl...hihi...tp bile pakai jd x selesa sbb cermin die cm ade power..kalo memandu mmg xleh pakai spek ni...kesimpulannye..pas ni kene cari spek yg bkualiti lak....

amazed posted on 27-1-2008 08:15 AM

Reply #2 miyuki_09's post

my advise - jgn beli yang sepuloh hengget kat tepi jalan tu.. boleh harmful kan lagi mata kita...  biar mahai sikit tapi dapat eye protection!

amazed posted on 28-2-2008 05:37 AM

makanan dan kaitan dgn mata

Kaitan makanan, kesihatan mata

MATA adalah sebahagian daripada organ manusia. Ia merupakan bahagian dalam anggota badan manusia yang paling cepat berkembang jika dibandingkan dengan bahagian lain. Saiz bola mata manusia akan berkembang antara lima hingga tujuh milimeter (mm) sahaja sepanjang hayat. Diameter bola mata bayi yang baru dilahirkan adalah 17.5mm, manakala pada orang dewasa adalah 23mm. Isipadu bola mata juga hanya akan bertambah sebanyak 3.5 sentimeter padu dari manusia dilahirkan sehingga ia dewasa.

Ketika bayi baru dilahirkan, ketajaman penglihatannya adalah 6/60, perkembangan ketajaman penglihatan mencapai ke tahap 6/6 ketika kanak-kanak berusia 4 tahun. Sekiranya berlaku masalah atau gangguan dalam proses tumbesaran manusia, seperti penyakit kronik atau kekurangan makanan maka ia akan mengganggu perkembangan mata dan sistem penglihatan. Oleh itu, keseimbangan dalam pemakanan adalah amat penting untuk menjaga kesihatan mata dan sistem penglihatan.

Makanan yang seimbang mestilah terdiri dari tiga kumpulan makanan utama:

1. Kumpulan makanan untuk tumbesaran iaitu makanan yang mengandungi protein seperti ikan, daging, ayam, makanan laut, kekacang, susu dan hasil-hasil tenusu.

2. Kumpulan makanan yang memberi tenaga iaitu makanan berkarbohidrat dan makanan yang berlemak seperti nasi, bijirin, mi, minyak masak dan marjerin.

3. Kumpulan makanan yang mengelak penyakit iaitu makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Telah diketahui bahawa vitamin, garam galian, protein, karbohidrat, lemak dan air memberi kesan ke atas sistem penglihatan.

VITAMIN A

Vitamin A juga dikenali sebagai Retinol. Retinol berfungsi ke atas sel-sel yang sensitif pada cahaya di retina. Bersama protein iaitu Opsim, vitamin A akan bergabung membentuk Rhodopsin, pigmen yang sensitif kepada cahaya. Rhodopsin banyak terdapat pada sel-sel rod pada retina. Kekurangan vitamin A yang ketara boleh menyebabkan ‘rabun malam

bubpallo posted on 28-2-2008 07:57 AM

lagi satu, jgn makan benda pedas..... nnti terpecik kene mata... sakit woorrrrrr.........:mad: :mad: :mad: :$ :$ :$ :$

ianho posted on 28-2-2008 08:10 AM

nak bagi mata cera
jangan lihat yang haram

amazed posted on 28-2-2008 05:50 PM

Reply #3 ianho's post

kalu dah memang rabun - tak lihat pun memang dah rabun.. tapi a sound advise bro!!!

shanew3stgalz posted on 28-2-2008 10:53 PM

klu bwh mata itam & de eye bag cmne lak?

gadiz posted on 29-2-2008 10:17 AM

good info....:D :D
sy start rabun masa tu budak lagi...dalam umo 9 tahun dh sedar yg sy
xnmpak tulisan cikgu tulis kat atas papan hitam..:lol: :lol:
so kene ddk depan..nk brsukan pun macam terbatas je..tapi selambe je main
hoki :lol: :lol: ssh wooo klu rabun :mad: so,jagalah mata anda :D :D

pralines posted on 1-3-2008 12:15 PM

power mata/spek

boleh ke turun kan power mata ek?? camne nak turunkan??

kmkd posted on 1-3-2008 12:36 PM

apa maksud tu? baiki mata kasi hilang rabun ke macam mana?

pralines posted on 1-3-2008 04:02 PM

aah...camne ek?buleh ke? ada org kata buleh, ada yg kata tableh..

juliahanif posted on 2-3-2008 08:21 PM

i dulu mkn ginkgo biloba maintainkan pemakanannyer
power dr 1000 dh jd 600 je skrg
tp jgn skip mkn la..kna disiplin
cz ginkgo + oksigen dlm otak kita

sidewinder posted on 3-3-2008 06:44 AM

buat laser jer.....power mata dah 800++ rabu ni aku buat laser kata HUKM......DR cakap dia akan betulkan ke 0%

mix_chinese posted on 3-3-2008 09:21 AM

aah dgr kata ada rawatan laser. tapi safe ke ek?

mukmin101 posted on 4-3-2008 07:18 AM

Originally posted by sidewinder at 3-3-2008 06:44 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
buat laser jer.....power mata dah 800++ rabu ni aku buat laser kata HUKM......DR cakap dia akan betulkan ke 0%

nanti kasi update yerk ........... teringin plak rasanye nak buat rawatan laser ni :o

amazed posted on 10-3-2008 06:35 AM

Kesan penggunaan VDU pada kesihatan mata
ERA teknologi maklumat telah memberikan satu dimensi baru dalam urusan hidup manusia terutamanya di bandar-bandar. Ia merangkumi kesemua aspek kehidupan manusia dari bidang perindustrian, ekonomi dan sosiol masyarakat.

Teknologi maklumat menjadi bidang industri yang menguntungkan sesebuah negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dunia juga ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat (IT).

Sesuatu yang biasa dalam perkembangan dunia IT adalah penggunaan komputer sebagai media utama untuk mendapat dan menyimpan maklumat. Namun, orang ramai perlu tahu kesan penggunaan komputer ke atas kesihatan mata.

Komputer sebagai satu alat Unit Paparan Visual atau Visual Display Unit (VDU) mempunyai beberapa kesan terhadap kesihatan manusia terutamanya kepada mata.

Terdapat garis panduan yang jelas dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan di bawah Kementerian Sumber Manusia tentang cara penggunaan peralatan VDU yang selamat bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pekerja.
Masalah utama yang diakibatkan dengan penggunaan komputer (VDU) adalah masalah visual dan sistem musculoskeletal (pergerakan menggunakan otot dan tulang).

Antara sebab simptom tersebut adalah:

1. Duduk pada kedudukan yang sama, terlalu lama dan penumpuan pada skrin komputer secara berpanjangan.
2. Kedudukan komputer yang tidak betul.
3. Pencahayaan yang tidak betul termasuk silau dan pembalikan cahaya.
4. Kontras yang kurang baik pada skrin komputer.

* Kesan terhadap kesihatan secara umum

Kesan terhadap kesihatan umum adalah seperti lenguh pada bahagian bahu, lengan, leher dan belakang. Simptom ini biasanya akan hilang selepas berehat atau tidur.

* Kesan penggunaan komputer terhadap mata

Ibu bapa selalu bertanya tentang kesan penggunaan komputer terhadap kesihatan mata anak. Para pekerja pejabat mungkin juga tertanya-tanya apakah kesan jangka panjang penggunaan VDU terhadap mata.

Dalam jangka pendek, kesannya adalah seperti:

1. Pedih mata
* Antara sebab mata terasa begitu adalah kerana mata menjadi kering semasa menggunakan komputer. Ini berlaku kerana pengurangan kadar kelipan mata dengan kadar kelipan normal mata adalah 10 hingga 13 kali seminit sementara kelipan mata semasa membuat kerja menggunakan VDU akan menurun antara lima hingga sembilan kali seminit. Tahap kelembapan persekitaran juga boleh mempengaruhi kadar penyejatan air mata. Kadar penyejatan yang tinggi akan menyebabkan mata terasa kering dan pedih.

2. Mata merah
* Mata juga menjadi merah apabila berlaku kekurangan air mata akibat proses penyejatan dan penurunan kadar kelipan mata. Kekurangan air mata akan menyebabkan bekalan oksigen pada kornea menurun. Ini akan menyebabkan tindak balas pembesaran salur darah pada bahagian sklera bagi membekalkan oksigen pada bahagian periferi (tepi) kornea. Pembesaran salur darah ini menjadi punca mata kelihatan merah.

3. Pening
* Pening semasa menggunakan komputer terjadi kerana berlaku gangguan terhadap hubungan akomodasi (kebolehan mata memfokus objek dekat) dan konvergen (penumpuan kedua-dua mata pada satu titik).
Ini biasanya berlaku terhadap kes kerabunan tahap rendah (

blackmore posted on 10-3-2008 03:03 PM

...there are a few threads yang aku mergedkan into this one thread...please continue your discussion on mata dan kesihatan mata kat thread ini...thank u...:)

terbakar91 posted on 10-3-2008 08:54 PM

ooooooooo...:)

amazed posted on 10-3-2008 09:19 PM

Originally posted by mix_chinese at 3-3-2008 09:21 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
aah dgr kata ada rawatan laser. tapi safe ke ek?


safe buat lasek ni..  kawan aku ada yang buat .. few years ago dalam rm4000 sekarang aku rasa dah murah .. dan memang menolong penglihatan yang rabun tu.. tak yah pakai spek lagi

amazed posted on 10-3-2008 09:23 PM

Originally posted by shanew3stgalz at 28-2-2008 10:53 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
klu bwh mata itam & de eye bag cmne lak?


buat mcm my sister.. dia ni rajin letak  hirisan timun sebelum masuk tido... hiris timun nipis nipis.. pastu letakkan atas mata ko..   biar kat situ dalam 10 to 15 minutes..  buat every nite..  aku tengok mata my sister cerah dan tak ada bengkak or eyebag lagi dah..  tapi ko kena rajin la... jgn la buat seminggu aje.. pastu tak buat lagi... tak lama 10 - 15 min tu..   kalu dah tak ada eyebag tu.. buat aje lagi.. sbb memang bagus utk mata ko.. timun ni bukan sedap utk dimakan aje... bagus utk tolong removekan eyebag gak.. :D

reddots posted on 12-3-2008 11:18 AM

kalau nak cerahkan mata lak camne?? mata aku ni dah kuning.. mcm kena jaundice lak..:'( :'(

ada apa2 cara nak buat mata kita ni lebih berseri:loveliness:
klu boleh nak sangat mcm mata budak2.. bersih dan bersinar..
mata kuning ni buat saya jadi rendah diri nak berdepan org ramai...:(

ojousama posted on 12-3-2008 01:29 PM

@ reddots
kalau tak silap...mata ade kaler kuning mcm kena jaundice tu, means tuannya ada masalah kesihatan dalaman (i.e jantung ke, hati ke, buah pinggang ke), kritikal tak kritikal tu, xtau la....tapi, itu uncle jual ubat herba kat town yg cakap la.. :loveliness:

pastu, kalu nak mata berseri, try ar cam yg cik amazed sarankan tu...alternatif selain timun, fresh tomato or tea bags (basuh ar dulu) pun bleh gak ^^




ok next. nak share these two conditions...sy dimaklumkan conditions ni actually common (abah, makcik, pakcik, sume pun ade), sesape ade mengalami keadaan ni tak?

left:
http://i33.photobucket.com/albums/d98/do9fault/southpaw/eye2.jpg

right:
http://i33.photobucket.com/albums/d98/do9fault/southpaw/eye1.jpg



ade 2 term yang boleh defined problem ni; pinguecula & pterygium.....tapi untuk condition 2 mata di atas, tak berapa pasti which go for which.
so far doktor cakap memang keadaan ni tak memudaratkan pun (bukan penyakit ke tumor ke), just in most case, patient akan rasa down, rendah diri skit sebab 'mende2' ni obvious, sedikit mencacatkan penampilan seseorang...kalau tengok sekali imbas pun, memang nampak, kat mata tu ada 'something' melekat...silap2 ade yang assume nampak macam kataraks ;P



bila tanya kat doc boleh susut ke? boleh hilangkan ke? doktor bilang, susut memang tak akan susut once it starts...boleh dihilangkan melalui pembedahan kecil tapi dia advised, xyah ler kalu tak perlu sangat...kalau setakat malu mata dah tak berapa nak comel tu, pikir balik he said ^^

setuju gak ngan cadangan tu...rationalnya, mende tu nak tumbuh sebenarnya amik masa yang sangat lama...boleh makan masa bulan2, tahun2 pun ye...yang trigger tisu tu tumbuh macam tu pun sebab majorly dari direct exposure kat sinaran matahari....untuk elak tak susah, banyak cara boleh buat.

pendek kata, treatment untuk masalah ni jarang dibuat atau pun memang tak perlu pun untuk sesape yang mengalaminya....lain ar kalau model atau artis tu, mungkin depa nak treat jugak sebab appearance for them sangat penting (doktor cakap)... cuma bagi yang terpaksa buat pun kalau tissue tu dah merayap sampai tutup kornea dan mengganggu penglihatan....tu boleh jadi kalau tak nenek datuk, dan kalau dah hobi tu tadah mata nengok matahari hari-hari :lol:


alamak, terlebih panjang dah nih...ingat nak buat first post ni pendek jer...hehe, sorry sorry

orait, sorry kalau informasi tak betul, tak perlu, or tak penting sangat....just nak sharing-sharing, sebab sebelum ni payah gak search for this eye condition dalam i/net (nama pun pelik)....kalau ader yang tersilap info tu, silalah tegur mana yg patut ye.. para-para doktor, do correct me if i'm wrong ok ^^

have a great day! :)

[ Last edited by  ojousama at 12-3-2008 01:35 PM ]

reddots posted on 15-3-2008 01:56 PM

Reply #23 ojousama's post

tima kasih ek.. mmg aku ada masalah jantung gak. tp tak la serius sgt.dan  dulu pernah gak kena kencing lebih protien.. bererti tu ada gangguan pada ginjal kan...
sbb slalu tahan kencing... skng ni dah tak brani dah...asal ada rasa nak buang,  terus g toilet..tak nak tahan2 lagi dah... seksa ooooo..... kekadang sampai tak leh nak jalan sbb azab dier sakit nya tak terkata..

selain tu,
http://i33.photobucket.com/albums/d98/do9fault/southpaw/eye2.jpg
http://i33.photobucket.com/albums/d98/do9fault/southpaw/eye1.jpg
mmg pun mata aku mcm ni gak keadaannya.. putih mata tu mmg kuning.tp kalau kita selak sikit, keadaan mata putih yg tak terdedah tu nampak putih berseri...
dan  benda yg timbul tu, pernah try nak bawak jumpa dok, tp menurut pesan dari sepupu aku, tak yah bawak..sebb benda tu akan hilang dgn sendirinya.. dia ckp, benda tu timbul kerana mata terlalu letih ngadap komputer... mungkin kot... dah keja aku ngadap komputer jerr.. tp aku prasan la.. klu lama aku tak ngadap komputer, mmg benda tu tak timbul.. tp mmg mengharap sangat la mcmana nak kasi jernih putih mata aku ni.... manala tau kot2 kengkawan / dok kat sini bleh beri tips ker..atau ada cecair2 ubatmcm eyemo,eyeglo ker  atau yg sewaktu dgn nya dpt dipratikan utk kesihatan mata...

amazed posted on 18-3-2008 02:06 PM

An eye on better vision

By : Yam Cher Seng

2008/03/17

http://www.nst.com.my/Tuesday/Features/20080317153853/insidepix1

ANTHOCYANIDINS found in bilberry fruits may be useful for people with vision problems. It is believed that British Royal Air Force pilots flying night missions during World War II ate bilberry jam to improve their vision and relieve tired eyes. The jam was made from ripe bilberries which are deep-blue red in colour.

Anthocyanidin, which belongs to the class of flavonoids, is a pigment commonly found in fruits and vegetables. Bilberry (Vaccinium myrtillus) is one of the richest sources. However, in recent years, hot and dry weather has reduced the harvest of bilberry. This makes the fruits even more precious.

Anthocyanidins help protect the retina, the nerve layer that lines the back of the eye and sends nerve impulses to the visual areas of the brain.

Studies conducted in the 1960s,
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: Masalah Mata Kabur/Rabun & Kesihatan Mata