amazed Publish time 10-3-2008 09:23 PM

Originally posted by shanew3stgalz at 28-2-2008 10:53 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
klu bwh mata itam & de eye bag cmne lak?


buat mcm my sister.. dia ni rajin letakhirisan timun sebelum masuk tido... hiris timun nipis nipis.. pastu letakkan atas mata ko..   biar kat situ dalam 10 to 15 minutes..buat every nite..aku tengok mata my sister cerah dan tak ada bengkak or eyebag lagi dah..tapi ko kena rajin la... jgn la buat seminggu aje.. pastu tak buat lagi... tak lama 10 - 15 min tu..   kalu dah tak ada eyebag tu.. buat aje lagi.. sbb memang bagus utk mata ko.. timun ni bukan sedap utk dimakan aje... bagus utk tolong removekan eyebag gak.. :D

reddots Publish time 12-3-2008 11:18 AM

kalau nak cerahkan mata lak camne?? mata aku ni dah kuning.. mcm kena jaundice lak..:'( :'(

ada apa2 cara nak buat mata kita ni lebih berseri:loveliness:
klu boleh nak sangat mcm mata budak2.. bersih dan bersinar..
mata kuning ni buat saya jadi rendah diri nak berdepan org ramai...:(

ojousama Publish time 12-3-2008 01:29 PM

@ reddots
kalau tak silap...mata ade kaler kuning mcm kena jaundice tu, means tuannya ada masalah kesihatan dalaman (i.e jantung ke, hati ke, buah pinggang ke), kritikal tak kritikal tu, xtau la....tapi, itu uncle jual ubat herba kat town yg cakap la.. :loveliness:

pastu, kalu nak mata berseri, try ar cam yg cik amazed sarankan tu...alternatif selain timun, fresh tomato or tea bags (basuh ar dulu) pun bleh gak ^^




ok next. nak share these two conditions...sy dimaklumkan conditions ni actually common (abah, makcik, pakcik, sume pun ade), sesape ade mengalami keadaan ni tak?

left:
http://i33.photobucket.com/albums/d98/do9fault/southpaw/eye2.jpg

right:
http://i33.photobucket.com/albums/d98/do9fault/southpaw/eye1.jpg



ade 2 term yang boleh defined problem ni; pinguecula & pterygium.....tapi untuk condition 2 mata di atas, tak berapa pasti which go for which.
so far doktor cakap memang keadaan ni tak memudaratkan pun (bukan penyakit ke tumor ke), just in most case, patient akan rasa down, rendah diri skit sebab 'mende2' ni obvious, sedikit mencacatkan penampilan seseorang...kalau tengok sekali imbas pun, memang nampak, kat mata tu ada 'something' melekat...silap2 ade yang assume nampak macam kataraks ;P



bila tanya kat doc boleh susut ke? boleh hilangkan ke? doktor bilang, susut memang tak akan susut once it starts...boleh dihilangkan melalui pembedahan kecil tapi dia advised, xyah ler kalu tak perlu sangat...kalau setakat malu mata dah tak berapa nak comel tu, pikir balik he said ^^

setuju gak ngan cadangan tu...rationalnya, mende tu nak tumbuh sebenarnya amik masa yang sangat lama...boleh makan masa bulan2, tahun2 pun ye...yang trigger tisu tu tumbuh macam tu pun sebab majorly dari direct exposure kat sinaran matahari....untuk elak tak susah, banyak cara boleh buat.

pendek kata, treatment untuk masalah ni jarang dibuat atau pun memang tak perlu pun untuk sesape yang mengalaminya....lain ar kalau model atau artis tu, mungkin depa nak treat jugak sebab appearance for them sangat penting (doktor cakap)... cuma bagi yang terpaksa buat pun kalau tissue tu dah merayap sampai tutup kornea dan mengganggu penglihatan....tu boleh jadi kalau tak nenek datuk, dan kalau dah hobi tu tadah mata nengok matahari hari-hari :lol:


alamak, terlebih panjang dah nih...ingat nak buat first post ni pendek jer...hehe, sorry sorry

orait, sorry kalau informasi tak betul, tak perlu, or tak penting sangat....just nak sharing-sharing, sebab sebelum ni payah gak search for this eye condition dalam i/net (nama pun pelik)....kalau ader yang tersilap info tu, silalah tegur mana yg patut ye.. para-para doktor, do correct me if i'm wrong ok ^^

have a great day! :)

[ Last edited byojousama at 12-3-2008 01:35 PM ]

reddots Publish time 15-3-2008 01:56 PM

Reply #23 ojousama's post

tima kasih ek.. mmg aku ada masalah jantung gak. tp tak la serius sgt.dandulu pernah gak kena kencing lebih protien.. bererti tu ada gangguan pada ginjal kan...
sbb slalu tahan kencing... skng ni dah tak brani dah...asal ada rasa nak buang,terus g toilet..tak nak tahan2 lagi dah... seksa ooooo..... kekadang sampai tak leh nak jalan sbb azab dier sakit nya tak terkata..

selain tu,
http://i33.photobucket.com/albums/d98/do9fault/southpaw/eye2.jpg
http://i33.photobucket.com/albums/d98/do9fault/southpaw/eye1.jpg
mmg pun mata aku mcm ni gak keadaannya.. putih mata tu mmg kuning.tp kalau kita selak sikit, keadaan mata putih yg tak terdedah tu nampak putih berseri...
danbenda yg timbul tu, pernah try nak bawak jumpa dok, tp menurut pesan dari sepupu aku, tak yah bawak..sebb benda tu akan hilang dgn sendirinya.. dia ckp, benda tu timbul kerana mata terlalu letih ngadap komputer... mungkin kot... dah keja aku ngadap komputer jerr.. tp aku prasan la.. klu lama aku tak ngadap komputer, mmg benda tu tak timbul.. tp mmg mengharap sangat la mcmana nak kasi jernih putih mata aku ni.... manala tau kot2 kengkawan / dok kat sini bleh beri tips ker..atau ada cecair2 ubatmcm eyemo,eyeglo keratau yg sewaktu dgn nya dpt dipratikan utk kesihatan mata...

amazed Publish time 18-3-2008 02:06 PM

An eye on better vision

By : Yam Cher Seng

2008/03/17

http://www.nst.com.my/Tuesday/Features/20080317153853/insidepix1

ANTHOCYANIDINS found in bilberry fruits may be useful for people with vision problems. It is believed that British Royal Air Force pilots flying night missions during World War II ate bilberry jam to improve their vision and relieve tired eyes. The jam was made from ripe bilberries which are deep-blue red in colour.

Anthocyanidin, which belongs to the class of flavonoids, is a pigment commonly found in fruits and vegetables. Bilberry (Vaccinium myrtillus) is one of the richest sources. However, in recent years, hot and dry weather has reduced the harvest of bilberry. This makes the fruits even more precious.

Anthocyanidins help protect the retina, the nerve layer that lines the back of the eye and sends nerve impulses to the visual areas of the brain.

Studies conducted in the 1960s,

ika_904 Publish time 18-3-2008 03:59 PM

Petua menjaga kesihatan mata..

Petua ni sesuai diamalkan sesiapa shj. terutama pelajar atau individu yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dsb.

1. Setiap kali mandi atau berwudhu (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.


3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah芒鈧??angan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa hehe dan mata anda juga berisiko utk terkena lontaran objek-objek berbahaya.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dsb.



5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihatterutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda芒鈧??ehe, faham-faham sendirilah ye.

Ok, setakat ni je, lain kali saya bagi petua lagi.

P/S: Petua-petua ni utk org yg belum rabun lagi, tapi yg dah sedia rabun tu tak dapat dipastikan keberkesanannya, bolehlah cuba2 kot

white_orkid Publish time 18-3-2008 04:10 PM

satu lagi petua dr nenek yang da berumur 87 tahun n x rabun lagi... bleh baca quran selamba jer.... bila dengar azan berkumandang, allahuakbar2... sapukan jari tengah kat mata(membentuk bulatan) sambil selawat3x.... insyaallah...

amazed Publish time 24-3-2008 06:21 AM

Mata dan masalah penglihatan

MATA adalah organ deria yang membolehkan manusia melihat dan menikmati keindahan alam. Kebolehan untuk melihat pula merupakan suatu proses yang agak kompleks yang terdiri daripada beberapa peringkat dalam 慞roses Penglihatan

amazed Publish time 31-3-2008 12:11 AM

Pakar Mata: Buta kerana glaukoma


ANTARA masalah mata yang kerap berlaku kepada individu berumur ialah glaukoma. Glaukoma ialah penyakit mata yang menyebabkan tekanan mata meningkat dengan tinggi dan mengakibatkan kerosakan pada saraf mata. Glaukoma yang tidak dirawat akan menyebabkan kebutaan.

Glaukoma dibahagi kepada dua jenis, iaitu glaukoma akut dan kronik.

# Glaukoma akut

exinco Publish time 31-3-2008 12:54 AM

maklumat yg bagus sekali. utk pengetahuan saya ni kira kritikal juga rabun jauh
200 degree.

ada tak yg boleh bagi info mengenai perkara berikut:
01. rabun dekat-jaraknya berapa layak dipanggil rabun dekat
                      -degreenya berapa
02. rabun jauh-"sama"

seingat saya masalah mata ni bermula sejak form six, tp baru saya sedar time diploma. kemudian mula guna spek kat universiti.

selalu belajar ngan lampu yg kurang terang, ni lah akibatnya

pinko Publish time 31-3-2008 10:55 AM

exinco..

i got this superb product for your eyes, insyaAllah u can cure ur eyes..

dida Publish time 1-4-2008 12:36 PM

masalah mata
anak dida bebaru ni masuk sekolah darjah satu. dan kami baru tahu dia tak dapat membaca kat papan hitam dengan jelas. baru tahu dia ada masalah rabun sebelah kanan 550, sebelah kiri 500. Cek ngan doktor, dapat tahu kemungkinan ini lazy eye... boleh sapa terangkan apa maksudnya. sebab kesian la, tebal cermin matanya. kemungkinan tambah lagi power dia tu, sebab bebaru nie ade cek kat kedai spek mata dan terbukti naik lagi power dia.. ade sesapa yang tahu mungkin tak power dia akan turun... dia baru darjah satu.

dida Publish time 1-4-2008 12:37 PM

masalah mata
anak dida bebaru ni masuk sekolah darjah satu. dan kami baru tahu dia tak dapat membaca kat papan hitam dengan jelas. baru tahu dia ada masalah rabun sebelah kanan 550, sebelah kiri 500. Cek ngan doktor, dapat tahu kemungkinan ini lazy eye... boleh sapa terangkan apa maksudnya. sebab kesian la, tebal cermin matanya. kemungkinan tambah lagi power dia tu, sebab bebaru nie ade cek kat kedai spek mata dan terbukti naik lagi power dia.. ade sesapa yang tahu mungkin tak power dia akan turun... dia baru darjah satu.

dida Publish time 1-4-2008 12:38 PM

lazy eye

anak dida bebaru ni masuk sekolah darjah satu. dan kami baru tahu dia tak dapat membaca kat papan hitam dengan jelas. baru tahu dia ada masalah rabun sebelah kanan 550, sebelah kiri 500. Cek ngan doktor, dapat tahu kemungkinan ini lazy eye... boleh sapa terangkan apa maksudnya. sebab kesian la, tebal cermin matanya. kemungkinan tambah lagi power dia tu, sebab bebaru nie ade cek kat kedai spek mata dan terbukti naik lagi power dia.. ade sesapa yang tahu mungkin tak power dia akan turun... dia baru darjah satu.

dida Publish time 1-4-2008 12:38 PM

lazy eye

anak dida bebaru ni masuk sekolah darjah satu. dan kami baru tahu dia tak dapat membaca kat papan hitam dengan jelas. baru tahu dia ada masalah rabun sebelah kanan 550, sebelah kiri 500. Cek ngan doktor, dapat tahu kemungkinan ini lazy eye... boleh sapa terangkan apa maksudnya. sebab kesian la, tebal cermin matanya. kemungkinan tambah lagi power dia tu, sebab bebaru nie ade cek kat kedai spek mata dan terbukti naik lagi power dia.. ade sesapa yang tahu mungkin tak power dia akan turun... dia baru darjah satu.

dida Publish time 1-4-2008 12:48 PM

lazy eye

anak dida baru masuk darjah satu ni, baru kami sedar yg dia rabun jauh sebab dia mengadu dia x dapat baca apa yang cikgu tulis kat papan hitam. terkejut kami, bila bawa jumpa doktor rupa-rupanya mata kanan rabun 550, mata kiri rabun 500. so, doktor kata mungkin ini lazy eye.... nanti ada appointment lagi.So, dida nak tanya, ada tak kemungkinan power mata dia boleh turun atau selama-lamanya sehingga umur meningkat akan naik lagi power mata dia. Bebaru ni, sesaja jumpa kedai spek mata, try cek, naik lagi 600, cemana ye?.Setakat ni, dida kesian tengok dia kena pakai spek mata tu agak tebal jugak cermin dia sebab power tinggi. Tapi kami selalu kata kat dia, bersyukur selalu atas dugaan Allah. Sesapa yang ada info, boleh bagi maklumat sikit.. tq

dida Publish time 1-4-2008 12:52 PM

sorry....

terpost banyak kali!!!!! tolong jawab ye!!!

eyeyoga Publish time 2-4-2008 11:37 AM

www. eyeyogacentre.com

EyeYOGA

Uncle_K Publish time 21-4-2008 11:40 AM

Rawatan Alternatif..Penawar Masalah Mata Di Temui

http://web7.bernama.com/bernama/newspic/re/KL03_060707_QURROTAAINI_MAT.jpg

Oleh Nur Syuhada Shamsuddin

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Laksana seorang doktor mata yangmemberi khidmat nasihat kepada pesakit, Ustaz Fairus Mohamed tenangberbicara ketika orang ramai mengunjungi gerai pamerannya di PameranHalal Antarabangsa Malaysia Keempat (MIHAS) 2007 yang diadakan di ibunegara baru-baru ini.

Walaupun berjiran dengan lebih 500 gerai lain yang di antaranya menjualpelbagai produk kecantikan dan kesihatan, keluaran tempatan danantarabangsa, Ustaz Fairus tetap yakin toner mata yang diusahakannyasejak 10 tahun lepas bakal menarik perhatian ramai.

Apabila gerai pamerannya dihalakan lensa kamera dan wartawan mulamencatat sesuatu pada buku, pengunjung yang kebanyakannya berkaca matamula mengintai produk ciptaan Ustaz Fairus yang dikatakan bolehmenyembuhkan masalah rabun jauh dan dekat yang serius.

"Dengan izin Allah sembuh. Tidak perlu dibedah dan berkaca mata. InsyaAllah," kata Ustaz Fairus kepada Bernama ketika ditemui di MIHASbaru-baru ini.

TIADA PENDIDIKAN FORMAL DALAM BIDANG OPTOMETRI

Ustaz Fairus, 37, mendapat pendidikan dalam bidang pengajian Islam diPasir Tumbuh, Kelantan serta Pattani (Thailand) dan di Mekah. Tanpamengikuti pengajian formal dalam bidang optometri di mana-manauniversiti, beliau hanya berpandukan kitab-kitab lama Arab untukmenghasilkan produknya.

Jelas Ustaz Fairus, toner mata itu dihasilkan daripada perahan pucukdaun kayu yang terpilih, antaranya daun sirih sebagai bahan utama dandaun bakawali, madu lebah dan air zam-zam.

Individu pertama yang mencuba toner mata di bawah label Qurrotaaini ituadalah ibu mentuanya yang rabun sejak kecil. Ketika hampir dibedahakibat penglihatan yang sangat kabur semasa berusia 80 tahun, UstazFairus mengajukan dua botol produknya untuk dicuba.

Belum habis pun sebotol, cermin mata yang sebelum itu tidak lagi bolehdigunakan ibu mentuanya kerana kabur, semakin hari semakin "terang".Berdasarkan testimoni pertama itu, Ustaz Fairus mula menjual toner mataitu di pasar tani dan masjid-masjid.

HADIRI KURSUS DALAM BIDANG MATA

Pada mulanya, perasaan was-was menguasai diri kerana toner matanya yangketika itu tanpa pembungkusan yang sempurna, dijual dengan harga RM6sebotol berbanding satu lagi toner mata berjenama terkenal yang dijualdengan harga RM3.

Namun berkat doa dan keyakinan yang tersemat di jiwa, membuatkan UstazFairus enggan menoleh ke belakang lagi. Ternyata percubaan pertamanyamembuahkan hasil apabila produknya mula mendapat sambutan ramai.

"Apabila melihat sambutan baik itu, pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA),Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Perbadanan KemajuanNegeri Pahang (PKNP) memanggil saya untuk menghadiri kursus dalambidang mata di universiti-universiti tempatan seperti UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM)," katanya.

Antara kursus yang dihadiri adalah 'The Course on Good ManufacturingPractice'(GMP) anjuran UKM dan Kursus 'Chronic Ear, Nose and Throat(ENT) Illnesses' anjuran Jabatan Otorinolaringologi, Kepala dan Leher,Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

"Sedikit sebanyak saya mula tahu terma-terma untuk mata seperti glaukoma, retina," jelasnya yang berasal dari Temerloh, Pahang.

PENGAKUAN PENGGUNA

Pelbagai pengalaman juga dapat dilihat pada buku testimoni pengguna danlaman web Qurotaaini. Antara yang menarik ialah pengakuan daripadaseorang pensyarah universiti tempatan, Profesor Madya Che Siah Che Man.

Menurut Che Siah, beliau telah menggunakan toner mata itu sejak empat tahun lalu.

"Selepas itu ibu saya yang berusia 78 tahun turut menggunakannya.Sebelum menggunakan Qurrotaaini, matanya hampir dibedah. Alhamdulillahselepas itu beliau tidak lagi memakai cermin mata," katanya.

Selain itu testimoni pengguna dari Kuala Terengganu iaitu Syed AhmadIdrus. Beliau menghidap penyakit kencing manis sejak 28 tahun lalusehingga menyebabkan penglihatannya semakin kabur. Namun selepasmenggunakan tiga botol Qurrotaaini, penglihatannya semakin jelas.

IMPIAN MEMASARKAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA

Antara kejayaan manis Ustaz Fairus apabila menerima Anugerah UsahawanPemasar Gemilang peringkat kebangsaan pada tahun 2004 kategori KomoditiHerba yang dianugerahkan FAMA. Ia disampaikan Perdana Menteri DatukSeri Abdullah Ahmad Badawi.

Buat masa ini, toner mata itu dikilangkan di Pulau Pinang. Namunpermintaan daripada pengedar di seluruh negara yang mencecah 20,000hingga 30,000 sebulan, menyebabkan Ustaz Fairus membeli sebuah kilangdi Bandar Indera Mahkota, Kuantan yang masih dalam prosespengubahsuaian.

Tiada penyakit yang tiada penawarnya.

Boleh PM saya utk tahu detail

mjla Publish time 21-4-2008 12:27 PM

Kat mana ada jual mende ni, leh try utk kurangkan rabun mata anak...:)
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: Masalah Mata Kabur/Rabun & Kesihatan Mata


ADVERTISEMENT