dCrook Publish time 18-10-2008 10:41 AM

so sad..sbb kejatuhan pon adalah kesalahan orang islam sendiri..

shahgti Publish time 18-10-2008 11:35 AM

http://i428.photobucket.com/albums/qq7/lizz_7777/mvc03010-0032alhambrasunset-1.jpg


bayangkan berapa byk wang & tenaga dikerahkan oleh raja2 zaman dulu (tak kira raja keturunan mana) utk membina istana2 mrk yg hebat. contohnya Taj Mahal & Great Wall, memang kecantikannya mengasyikkan manusia2 selepas zaman itu........di samping menikmati keindahannya, perlu di kenang juga rakyat yg dikerah menyiapkan pembinaannya.

dCrook Publish time 18-10-2008 02:57 PM

Reply #22 shahgti's post

rakyat yg dikerah tu kebanyakkan berupah melainkan hamba

anakencana Publish time 18-10-2008 11:46 PM

Balas #21 dCrook\ catat

salam,

Sejarah selalu saja berulang - jadi peringatan keras buat saya secara peribadi - peradaban Islam selalu runtuh sbb penguasanya meninggalkan imannya dan menukarnya dengan dunia.

Kita selalu ingat pada Allah ketika merasa kesusahan..keperitan (misalnya ketika sakit, tak hentinya kita berdoa), tapi sering lupa pada Allah ketika kita dalam kegemilangan duniawi...:P (moga2 DIA sentiasa memberi petunjuk..):loveliness:

[ Last edited byanakencana at 18-10-2008 11:48 PM ]

anakencana Publish time 19-10-2008 12:03 AM

Kegemilangan Dan Keruntuhan Andalus - 1

Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/alham-2.jpg

MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.

anakencana Publish time 20-10-2008 03:50 PM

Kegemilangan Dan Keruntuhan Andalus - 2

Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi.
Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/alhambra-26.jpg

Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing.Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/alhambra-25.jpg

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.

anakencana Publish time 20-10-2008 04:19 PM

Kegemilangan Dan Keruntuhan Andalus - 3

Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi.
Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/alhambra-27.jpg

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/alhambra-28.jpg

Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/alhambra-29.jpg

Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.

[ Last edited byanakencana at 20-10-2008 04:21 PM ]

anakencana Publish time 20-10-2008 05:22 PM

Kegemilangan Dan Keruntuhan Andalus - 4

Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi.
Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/alhambra-30.jpg

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: 揂ku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.擺/size]

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/alhambra-31.jpg

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/alhambra-32.jpg

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

anakencana Publish time 20-10-2008 05:37 PM

Kegemilangan Dan Keruntuhan Andalus - 5

Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi.
Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/alhambra-33.jpg

Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani 慖bad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/alhambra-34.jpg

Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar 慾izyah

anakencana Publish time 20-10-2008 06:06 PM

Kegemilangan Dan Keruntuhan Andalus - 6

Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi.
Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/alhambra-37.jpg
...Pasar lama Granada

Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam 憁enghidupkan

lizz_7777 Publish time 20-10-2008 06:35 PM

Anakencana blog Taman Sejarah Ana yang tulis ke????

anakencana Publish time 20-10-2008 06:47 PM

..Cendiakawan Islam Sepanyol~ Ibnu Rushd (1)

Ibnu Rushd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes.

Keturunannya terdiri daripada golongan yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Cordova. Oleh itu, beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/IbnuRushd.jpg

Ibnu Rusyd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.

Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.

Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusy dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Kardova.

Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.

Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Cordova. Kehadirannya di Cordova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.

Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.

Kematiannya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.

[ Last edited byanakencana at 20-10-2008 06:48 PM ]

anakencana Publish time 20-10-2008 06:56 PM

..Cendiakawan Islam Sepanyol~ Ibnu Rushd (2)

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/IbnuRushd01.jpg
Ibn Rushd (Averroes 1126

anakencana Publish time 20-10-2008 07:01 PM

Reply #31 lizz_7777's post

http://taman-tamadun-islam.blogspot.com/

..bukan lerrr..;P

anakencana Publish time 20-10-2008 07:25 PM

..Cendiakawan Islam Sepanyol~ Ibnu Rushd (3)

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/flag.jpg
...A large Muslim flag on display at the Doges Palace in Venice.

The flag was taken at the battle of Lepanto which took place in 1571 when the 'Holy League' (coalition of the Papacy: Pope Pius V, Spain, Venice, Genoa, Duchy of Savoy, and the Knights of Malta) battled and defeated a galley of Ottoman ships. This was the last major naval battle between rowing ships only, in history.

The Muslim forces were led by Ali Pacha and included Uluj Ali (an Italian who accepted Islam who later became the ruler of Algiers and then tried to free Spain from Christian rule by sending a fleet of 40 ships which didn't make it becasue of bad winter weather). Despite orders for Ali Pasha to be captured alive, he was captured, beheaded and his head was mounted on a pike.


Ibnu Rusyd juga telah menulis sebuah buku mengenai muzik yang diberi judul 揇e Anima Aristoteles

lizz_7777 Publish time 20-10-2008 07:35 PM

http://tamansejarah.blogspot.com/ yang ni Lizz maksudkan.

anakencana Publish time 20-10-2008 07:42 PM

Reply #36 lizz_7777's post

lizz,
ahakss... bukan akak ya..tuan tanahnyer penulis lelaki..;P profile pon ader terpampang as M.A.Uswah (Muhammad Abdulloh bin Suradi)..Sandakan, Sabah..harap maklum taww!

[ Last edited byanakencana at 20-10-2008 07:52 PM ]

lizz_7777 Publish time 20-10-2008 08:30 PM

Sorry;P ;P

anakencana Publish time 21-10-2008 11:17 AM

Sinar Islam kembali bercahaya di bumi Andalus.... (1)

TAHUN 2003 menyaksikan sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh umat Islam selatan Sepanyol khususnya dan umat Islam di seluruh dunia amnya apabila dunia menyaksikan pembukaan Masjid Jami

anakencana Publish time 21-10-2008 11:31 AM

Sinar Islam kembali bercahaya di bumi Andalus.... (2)

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/alhambra-40.jpg
Mural of ceramics on the Plaza de Espana, this one celebrating the history of Granada.

Selepas penyerahan tragis ini berlaku, cahaya Islam terus-menerus dipudarkan di Sepanyol dan Eropah. Umat Islam dipaksa menukar agama mereka kepada Kristian, dibunuh, dicaci dan dihalau dengan penuh kehinaan dari bumi Andalus. Peristiwa yang disebut sebagai Inquisition itu berterusan selama 250 tahun semata-semata untuk memastikan Islam dan umatnya tidak akan kembali semula ke bumi bersejarah itu.

Selepas 500 tahun dialog itu berlaku antara Sultan Abu Abdillah dan ibunya, Islam kembali menampakkan cahaya surianya dengan pembukaan Masjid Jami
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Kota Alhambra ~ Cordoba ~ Andalusia... Sepanyol


ADVERTISEMENT