jofizo Publish time 26-3-2009 05:40 PM

PEMANDU WANITA: Pastikan anda selamat

Pada masa kini, terdapat lebih ramai pemandu wanita jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan pemandu wanita sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat. Di sini terdapat lapan langkah mudah yang boleh diikuti:-


1) Sebaik sahaja keluar atau masuk ke dalam kereta, sentiasalah pastikan kereta anda dikunci. Walaupun anda sedang menunggu rakan di kawasan yang anda rasakan selamat, adalah lebih baik mencegah daripada menyesal dikemudian hari.


2) Jangan sesekali tumpangkan orang yang tidak dkenali, walau apa alasan sekalipun. Jangan turunkan tingkap untuk menjawab pertanyaan daripada orang yang tidak dikenali, ia mungkin perangkap untuk mereka masuk terus ke dalam kereta anda. Jika anda perlu untuk berkomunikasi, cuba tuliskan ia di atas sekeping kertas dan pamerkan pada cermin tingkap anda. Ikutlah kata hati, jika anda rasa tidak selesa dengan apa yang berlaku, adalah lebih baik berlalu sahaja.


3) Simpanlah barangan berharga seperti beg tangan, komputer riba dan dompet anda di tempat yang selamat. Banyak kejadian curi berlaku pada waktu siang di mana pencuri menggunakan taktik membaling batu ke tingkap kereta untuk mendapatkan beg yang diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Jadi, simpankan semua barang-barang berharga anda di tempat yang selamat dan tersembunyi.


4) Sentiasa pastikan anda mempunyai minyak yang mencukupi. Anda mungkin tidak tahu keperluan mendadak yang bakal anda lalui. Jangan biarkan sehingga minyak anda hampir habis, mana tahu anda mungkin kehabisan minyak tatkala kesesatan di tempat yang anda tidak pasti di mana.


5) Anda tidak tahu bila anda memerlukannya. Jadi simpankan nombor-nombor telefon penting seperti Polis, MAA, yang tersayang, pusat servis, pengedar kereta dan lain-lain. Jangan lupa juga untuk menyimpan lampu suluh di poket hadapan kereta anda.


6) Ikut kata hati anda, jika anda rasa diekori, cuba nyalakan lampu, bunyikan hon, dan jangan takut untuk meminta bantuan. Tujulah ke pusat membeli-belah yang sesak dengan orang ramai ataupun ke balai polis di mana terdapat ramai saksi. Jangan panik dan pastikan diri anda sentiasa dalam keadaan tenang dan fokus.


7) Sebagai pemandu wanita, adalah penting untuk memastikan di mana anda meletakkan kereta, terutama jika anda hanya akan kembali ke kereta pada waktu malam. Ini adalah kerana keadaan tempat meletak kenderaan akan berubah selepas waktu pejabat. Apabila kembali ke kereta, ingatlah untuk sentiasa memegang kunci kereta. Juga letaklah kereta anda di tempat yang ramai orang. Jangan duduk di dalam kereta terlalu lama setelah masuk semula ke kereta. Terus pandu keluar daripada tempat tersebut.


8) Sentiasa berhati-hati dengan keadaan di sekeliling anda. Jika boleh cuba dapatkan tempat letak kereta di tempat yang terbuka dengan pencahayaan yang terang. Jika berada di tempat yang anda tidak biasa, pastikan anda beritahu orang yang tersayang atau sesiapa yang rapat dengan anda lokasi anda pada ketika itu.

reenz Publish time 26-3-2009 05:48 PM

good info..thanks:$

slug Publish time 26-3-2009 05:58 PM

9) Jangan lupa yang kereta memerlukan petrol untuk bergerak.
10) Menjerit ketika kecemasan tidak akan memberhentikan kereta.
:loveliness:

voizze Publish time 26-3-2009 06:23 PM

penting tau... walau ape pon yang terjadi, jgn panik... rilex.
klu kena langgar atau melanggar ke terus tepon owg yg anda percaya dan boleh sampai pada anda sepantas mungkin...

nana0907 Publish time 26-3-2009 06:49 PM

thanks for the info..
erm, macam2 taktik penjenayah sekarang.
kalau boleh, taknak bawak keta kecuali terpaksa..:L

mofisa Publish time 26-3-2009 07:18 PM

ingatkan awasi pemandu wanita semasa anda memandu...ehehehe
niway...good info.

True-X Publish time 26-3-2009 08:35 PM

dari pengalaman aku sendiri

kl balik sorg2 tengah malam... alert k.. kl berenti kat trafik lite time tengah2 malam... alert...

aku penah kene serang ngan mat rempit 4 org..... pecah cermin while stop at trafik lite...:( ... laptop ke handbag ke.. jgn letak kat sebelah pasengger.. letak lah kat tempat kaki seat belakang

batu_bergolek Publish time 26-3-2009 10:24 PM

Reply #7 True-X's post

mencabar tul hidup ko kat KL sis. bukan ko dulu langgar peragut ker ?

True-X Publish time 27-3-2009 12:23 AM

Reply #8 batu_bergolek's post

tuh laaa.. keta aku tuh panassssssss....:kant:

nenektua Publish time 27-3-2009 08:13 AM

nenek punya lock keta tu rosak.

takleh nak lock pintu di pintu drebar....
uhuksss

jofizo Publish time 27-3-2009 08:19 AM

Balas #3 slug\ catat

time panik nih, mula2 nak tekan brek tapi gabra nyer pasal, lagi rapat pedal minyak ditekan.......... :lol:

jofizo Publish time 27-3-2009 08:23 AM

Balas #4 voizze\ catat

bahaya nih............ penjenayah samun skg nih taktik dia langgar belakang kete, bila berhenti terus dia samun....... semua dia sapu, duit, kete, body......... ;P

jofizo Publish time 27-3-2009 08:27 AM

Balas #8 batu_bergolek\ catat

Reply #7 True-X's post

itu mcm kalu, pastikan kete ada stereng lock utk keselamatan........ selain utk kunci stereng boleh jugak 'convert' jadi kayu besball.............:lol:

rambutan Publish time 27-3-2009 08:35 AM

... dan jgn lupa utk melihat cermin pandang belakang ketika membelok...... bukan setakat pasang signal dan trus masuk:lol:

kaeiri Publish time 27-3-2009 08:52 AM

aku rasa yg lelaki pon leh guna info ni sbg peringatan...ye la kot ye pon lelaki. kalo kene sorang2 di serang beramai2, kena gak disitu...

navy_glory Publish time 27-3-2009 09:08 AM

info yg sgt bagus.. tq

akukah Publish time 27-3-2009 09:10 AM

Originally posted by jofizo at 27-3-2009 08:23 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
bahaya nih............ penjenayah samun skg nih taktik dia langgar belakang kete, bila berhenti terus dia samun....... semua dia sapu, duit, kete, body......... ;P

mcm ni kalo.. kene blajar teknik yg british sas ajar tu.. huhu... reverse kete skuat ati.. smpai tayar blkg kete mlompat ke atas bonet dpn kete musuh..:lol:

akukah Publish time 27-3-2009 09:11 AM

Reply #9 True-X's post

nape?? kete ko dh masuk dlm database mat rempit ke...:o

batu_bergolek Publish time 27-3-2009 10:47 AM

Originally posted by jofizo at 27-3-2009 08:23 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
bahaya nih............ penjenayah samun skg nih taktik dia langgar belakang kete, bila berhenti terus dia samun....... semua dia sapu, duit, kete, body......... ;P

Aku pernah kene, tengah drive malam on the way Terengganu, masa tu still lagi kat area KL around 1215 tgh mlm, tgh stop traffic light tiba2 kene sondol dari belakang (slow jer). Masa tu aku ingat diorang nak samun aku, Tapi aku still turun keluar gak dari keta nak confront dua orang tu,bila dua org tu keluar, rupa nyer2 orang apek tua mabuk :lol::lol::lol: tak tau la berapa banyak diorang minum, tapi belum dekat ngan aku dah bau longkang. yg kelakarnye diorang dok marah sama sendiri pasal eksiden tu,

bila aku check keta aku takde aper2 aku blah terus, masa aku blah tu, still dua orang tengah marah2 sama sendiri kat tengah jalan :lol::lol:

aku kat sini alhamdulillah tak pernah kene kes serious2 (mungkin kat sini org still takut polis) kalo dulu masa kerja kat negara-negara rakyat hitam2 tu, adoi ngeri betul. :L:L

midore Publish time 27-3-2009 10:56 AM

thanks for the good info:loveliness: :loveliness: :loveliness:

yg no. 7 tu masalah skit sbb selalu terlupa letak kete kat mana:D :D :D

nasib baik kat The Curve skrg ada parking khas utk single female parking:)
Pages: [1] 2
View full version: PEMANDU WANITA: Pastikan anda selamat


ADVERTISEMENT