redmoskito Publish time 14-6-2009 02:42 PM

sultan pahang kan pemurah nk kasi pangkat kat semua penyanyi

freekey Publish time 14-6-2009 02:43 PM

Originally posted by hyie at 14-6-2009 14:27 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif



ade ke mcm tu? :L

Datuk - tyt negeri2 selat yg bagi

Dato' - sultan negeri2 selain negeri2 selat yg bagi

gituuu..

siti nurhaliza tu Dato',...
Ermmm....
Soalan 1: Perbezaan antara Dato' dengan Datuk
Maklumat Atas Permintaan Pengunjung Blog

Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja manakala...

Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, atau Bahagian Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan.

Saudara boleh juga merujuk definisi Dato' dan Datuk dalam Kamus Dewan edisi keempat. Buku Protokol di Malaysia Tradisi dan Amalan, terbitan DBP juga ada memberikan maklumat tentang Darjah-darjah Kebesaran yang dianugerahkan khususnya, oleh Kerajaan Persekutuan.

Dipetik daripada klik DBP, keluaran ke-15, 15 Ogos 2005 - http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klik2ogos5.pdf
sumber: http://cikgutancl.blogspot.com/2009/02/soalan-1-perbezaan-antara-dato-dengan.html

Ntahlah... Actually yang macam iss cakap tu pun aku pernah terbaca gak mcmtu.. :(

http://forum.cari.com.my/images/common/sigline.gif
http://img30.picoodle.com/img/img30/2/6/10/aimy/f_siggy200906m_92546da.gif

ezal Publish time 14-6-2009 02:53 PM

Perbezaan antara Dato' & Datuk....


Dato' - Anugerah kebesaran yg d'kurniakn oleh Raja @ Sultan....

Datuk - Anugerah kebesaran yg d'kurniakn oleh Tuan Yang T'Utama
             Negeri2 yg x'beraja & x b'sultan...


*** So, Pingat kebesaran DIMP kurnian Sultan Pahang kpd Hajjah Siti Nurhaliza m'bw gelaran Hajjah Dato Siti
       Nurhaliza... Bersesuaian dengan pangkat suami beliau, yg bergelar Dato' Seri , tempias gelaran tersebut telah meletakkan
       beliau dgn gelaran Hajjah Dato Siti Nurhaliza kepada Datin Seri Hajjah Siti Nurhaliza...:loveliness::$:loveliness::$

[ Last edited byezal at 14-6-2009 15:09 ]

kj83 Publish time 14-6-2009 03:00 PM

sekarang ni mcm dah xder nilai plak gelaran dato' tak macam dulu org pandang hormat pada
dato' ... skang gelaran dato pun blh beli...

man_blues87 Publish time 14-6-2009 03:01 PM

x nilai dah datuk nie:lol: :lol: :lol:

ezal Publish time 14-6-2009 03:04 PM

Originally posted by kj83 at 14-6-2009 15:00 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
sekarang ni mcm dah xder nilai plak gelaran dato' tak macam dulu org pandang hormat pada
dato' ... skang gelaran dato pun blh beli...

setuju...
tp, segelintir jerk....

zaarania Publish time 14-6-2009 03:05 PM

dato a rahman hassan n dato jeffry ding tuh ape jase nye ekkk:o

Pygmalion Publish time 14-6-2009 03:13 PM

Originally posted by zaarania at 14-6-2009 15:05 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
dato a rahman hassan n dato jeffry ding tuh ape jase nye ekkk:o

Jasa dalam kegiatan seni la nyah hoiiiii. biasala tu, dah menyanyi 30-40 tahun, mungkin itu jasa dia org dalam bidang seni..tak payah la nak tanya apa jasa meraka pada negara kerana tiap tiap individu yang dianugerahkan pangkat, mesti dia org berjasa untuk negara, regardless yang beli...

by the way, untuk Terengganu, kita tak de Datin ye, yang ada Toh Puan (tak pasti ejaan, kadang2 tengok mcm eja To' Puan)

eddysheddy Publish time 14-6-2009 03:22 PM

ooooo.. so, siti nurhaliza tu dato' dan shahrukh kan tu datuk :loveliness:

makhluk Publish time 14-6-2009 03:22 PM

Originally posted by isskandar at 14-6-2009 14:20 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Dato` katanyehh gelaran kepada sesiapa je yang menjawat jawatan dalam kerajaan pusat, negeri, bla bla bla

contohnya~
sekiranya Kimex, menjawat jawatan sebagai adun atau sbgnya.. dia akan dibe ...

SALAH LAH!:@:@:@

ZabedAmin Publish time 14-6-2009 03:23 PM

Originally posted by makhluk at 14-6-2009 15:22 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


SALAH LAH!:@:@:@
setuju.....:lol::lol::lol::lol::lol:

jgn lupa Suhaimi Baba dpt title "Datin Paduka"

makhluk Publish time 14-6-2009 03:23 PM

Originally posted by hyie at 14-6-2009 14:27 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif



ade ke mcm tu? :L

Datuk - tyt negeri2 selat yg bagi

Dato' - sultan negeri2 selain negeri2 selat yg bagi

gituuu..

siti nurhaliza tu Dato',...

PUN SALAH!:@:@:@

eddysheddy Publish time 14-6-2009 03:24 PM

Originally posted by freekey at 14-6-2009 14:05 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Paling aku takleh nak terima..

Bila last week DAVID ARUMUGAM muncul sbg juri jemputan dalam MENTOR..

Tetiba Ally panggil dia Dato'/Datuk? :funk: :L

Apa eh sumbangan diorang ni sebenarn ...
mmg banyak dato'/datuk dalam dunia seni ni..

tapi satu jer yg deserve bg aku.. siti nurhaliza :$:$
bukan setakat sumbangan dalam dunia muzik semata2 mcm byk yg artis2 datuk/dato' lain buat tapi juga
sumbangan terhadap mempopularkan malaysia
ada org yg jadi kenal Malaysia sebab kenal siti nurhaliza :loveliness::loveliness:

[ Last edited byeddysheddy at 14-6-2009 15:28 ]

makhluk Publish time 14-6-2009 03:25 PM


DARJAH-DARJAH KEBESARAN BINTANG-BINTANG DAN PINGAT MALAYSIA

DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.) Darjahkebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan ahli-ahlinyaterhad seramai sepuluh orang. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepadasetiap Baginda Raja yang telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.

DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.) Darjah kebesaran inijuga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar,Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.


DARJAH-DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGARA

SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.) Merupakan Darjah Yang MuliaPangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah kebesaran ini terhad kepada 25orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagaianugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran 'Tun' danisteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.

PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.) Merupakan Darjah Yang MuliaPangkuan Negara Pangkat Kedua. Darjah kebesaran ini membawa gelaran'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalamDarjah ini terhad kepada 75 orang, tidak termasuk warganegara asingyang menerimanya sebagai anugerah kehormat.

JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.) Merupakan Darjah Yang MuliaPangkuan Negara Pangkat Ketiga. Jumlah penyandang terhad kepada 1,000orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagaianugerah kehormat.

KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Jumlah penyandang tidak terhad

AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kelima. Jumlah penyandang tidak terhad.

PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.) Ia merupakan pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Jumlah penyandang tidak terhad.


DARJAH-DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA

SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.) Merupakan Darjah Yang Mulia SetiaMahkota Malaysia Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Tun'dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'. Keanggotaan dalam Darjah initerhad kepada 25 orang, tidak termasuk warganegara asing yangdikurniakan sebagai anugerah kehormat.

PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.) Merupakan Darjah Yang MuliaSetia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Anugerah ini membawa gelaran 'TanSri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalamDarjah ini terhad kepada 450 orang, tidak termasuk anugerah kehormatyang dikurniakan kepada warganegara asing.

JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.) Merupakan Darjah Yang Mulia SetiaMahkota Malaysia Pangkat Ketiga. Jumlah anugerah ini terhad kepada1,200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagaianugerah kehormat.


DARJAH YANG MULIA JASA NEGARA

PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia JasaNegara Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteripenyandang bergelar 'Datin'. Keanggotaan dalam darjah ini terhad kepada300 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagaianugerah kehormat.


DARJAH-DARJAH YANG AMAT DIHORMATI SETIA DIRAJA

PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D.) Merupakan Darjah Yang AmatDihormati Setia Diraja Pangkat Pertama. Jumlah anugerah ini terhadkepada 200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakansebagai anugerah kehormat. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' danisteri penyandang bergelar 'Datin'.

JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja pangkat Kedua.

KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Ketiga.

BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Keempat.


DARJAH BAKTI

DARJAH BAKTI (D.B.) "Berbakti Untuk Negara". Ianya dikurniakankepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya di Malaysia dan jugadi kalangan antarabangsa serta telah memberi sumbangan cemerlang dalamkemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini adalah dihadkankepada 10 orang sahaja.


DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA

SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P) Ini merupakan anugerah yangtertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerahPersekutuan. Bintang Kehormat ini dikurniakan kepada sesiapa sahajayang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukansesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.

PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.B.) Dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh.

JASA PERKASA PERSEKUTUAN (J.P.P.) Juga dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan.

PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.) Dikurniakan kepada anggotaAngkatan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana keperwiraan atau taatsetia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalammasa operasi ataupun tidak.

KEPUJIAN PERUNTUKAN KEBERANIAN (K.P.K.) Dikurniakan kepadaanggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan ataumelakukan sesuatu yang dianggap gagah berani tetapi tindakan itutidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereka dikurniakan pingat.


BINTANG DAN PINGAT BAGI PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI

PINGAT KEBAKTIAN (P.K.) Dikurniakan untuk mengiktiraf danmenghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota-anggota pasukanTentera Sukarela dan Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.) Dikurniakan kerana khidmat-khidmat am anggota-anggota Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform

PINGAT PERKHIDMATAN AM (P.P.A.) Dikurniakan untuk mengiktirafdan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap AngkatanTentera Persekutuan dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (P.P.S.) Dikurniakan untuk menghargaikhidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera dansemua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.


PINGAT-PINGAT PERINGATAN

PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.) Dibuat dalam tiga peringkat,iaitu emas, perak dan gangsa. Pingat ini khusus untuk mereka yang telahbanyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha menubuhkan persekutuanMalaysia hingga 31 Ogos 1965.



SUMBER: Buku Cenderamata, Istiadat Mengadap Dan Istiadat PengurniaanDarjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Dan Pingat-Pingat MalaysiaPada 3 Jun 2000, ISTANA NEGARA, Kuala Lumpur

SUSUNAN KEUTAMAAN BAGI ANUGERAH-ANUGERAH PERSEKUTUAN
1 SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA S.P.
2 DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA D.K.M.
3 DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA D.M.N.
4 SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA S.M.N.
5 SERI SETIA MAHKOTA MALAYSIA S.S.M.
6 DARJAH BAKTI D.B.
7 PANGLIMA MANGKU NEGARA P.M.N
8 PANGLIMA SETIA MAHKOTA P.S.M.
9 PANGLIMA JASA NEGARA P.J.N.
10 PANGLIMA SETIA DIRAJA P.S.D.
11 JOHAN MANGKU NEGARA J.M.N.
12 JOHAN SETIA MAHKOTA J.S.M.
13 JOHAN SETIA DIRAJA J.S.D.
14 KESATRIA MANGKU NEGARA K.M.N.
15 KESATRIA SETIA DIRAJA K.S.D.
16 AHLI MANGKU NEGARA A.M.N.
17 PINGAT PANGKUAN NEGARA P.P.N.
18 BENTARA SETIA DIRAJA B.S.D.
19 PANGLIMA GAGAH BERANI P.G.B.
20 JASA PERKASA PERSEKUTUAN J.P.P.
21 PINGAT TENTERA UDARA P.T.U.
22 PINGAT KEBAKTIAN P.K.
23 PINGAT KHIDMAT BERBAKTI P.K.B.
24 PINGAT PERKHIDMATAN AM P.P.A.
25 KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN K.P.K.
26 PINGAT PERKHIDMATAN SETIA P.P.S.
27 PINGAT PERINGATAN MALAYSIA P.P.M.
28 PINGAT-PINGAT PERTABALAN -
Infromasi tambahan
(1) Suami dapat panggilan 'Datuk', secara automatik orang rumahnyadipanggil 'Datin' (bertuah pompuan ni ya). Kalau orang rumah dapatanugerah 'Datuk', secara automatiknya si suami tadi MASIH bergelarENCIK sahaja..... hehehhehheh...
(2) Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran DatukPaduka terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia yang banyaksumbangan dan jasa kepada kerajaan (terutamanya kepada negeri tanahkelahirannya - kerajaan negeri). Darjah Kebesaran Bintang atau Pingatyang membawa gelaran Datuk Paduka boleh dikatakan hanya terbuka kepadaorang awam macam kita sahaja dan tidak kepada anak-anak mahupun waristerdekat para Sultan-Sultan kerana Darjah Kebesaran Bintang atau Pingatyang membawa gelaran Datuk Paduka ini lebih dianggap sebagai DarjahKebesaran Bintang atau Pingat Kelas Dua (ada Kelas Satu juga).
(3) Anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan biasanyadianugerah dengan DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.). Darjahkebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinyaterhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak RajaNegara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

eddysheddy Publish time 14-6-2009 03:26 PM

Originally posted by makhluk at 14-6-2009 15:23 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


PUN SALAH!:@:@:@
so, apa yg betulnyer? :o:'(:'(

ZabedAmin Publish time 14-6-2009 03:27 PM

http://kerajaanrakyat.com/wp-content/uploads/rosmah-najib.jpg

nie 1st lady kite lg dpt bnyk pingat....

Datin Paduka Seri hokkay.......:$ :$ :$ :$ :$

makhluk Publish time 14-6-2009 03:28 PM

Originally posted by Pygmalion at 14-6-2009 15:13 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


Jasa dalam kegiatan seni la nyah hoiiiii. biasala tu, dah menyanyi 30-40 tahun, mungkin itu jasa dia org dalam bidang seni..tak payah la nak tanya apa jasa meraka pada negara kerana tiap tiap ...

KAT TERENGGANU, memang pakai DATIN la. apa plak kena Toh Puan.

rasanya keturunan TENGKU, ENGKU saja dapt. mcm

cth:

ENGKU EMRAN x dpt pangkat datuk kat depan.

dia dapat

YM ENGKU DATO' EMRAN

and EF otomatik jadi

YM TOH PUAN FAZIRA WAN CHEQUE:loveliness:

ekselen Publish time 14-6-2009 03:29 PM

sbb dah byk sgt diberi tanpa penilaian sewajarnye menybbkan title to dah xde value.. i mean sapa2 yg bergelar dato'/datuk tu tak sehebat dan punya nilai spt gelaran Tan Sri atau Tun atau Seniman Agung atau kat luar gelaran spt "Sir" yg diberikan pada yg bener2 layak shj...

[ Last edited byekselen at 14-6-2009 15:31 ]

ZabedAmin Publish time 14-6-2009 03:31 PM

http://www.impresscreative.com/uploaded_images/Kat+David-768473.jpg

Dato' Khatijah n Dato' David...
both received DIMP
source: http://www.impresscreative.com/2008/09/news.html

makhluk Publish time 14-6-2009 03:32 PM

Originally posted by ekselen at 14-6-2009 15:29 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
sbb dah byk sgt diberi tanpa penilaian sewajarnye menybbkan title to dah xde value.. i mean sapa2 yg bergelar dato'/datuk tu tak sehebat dan punya nilai spt gelaran Tan Sri atau Seniman Agung ata ...

ADA BERAPA org je yg dpt gelaran SIR kat malaysia ni...salah seorangnya sultan selangor kan?:o
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: Kenapa Ramai Sangat ARTIS dapat DATO'/DATUK??


ADVERTISEMENT