kegimaru Publish time 23-12-2009 05:11 PM

sembahyang pejam mata

maafkan aku yg cetek ilmu agama ini..bole ke kita smyg sambil pejam mata..tlg beri tunjuk ajar wahai sahabat2 ku

me_on_u Publish time 23-12-2009 05:13 PM

Hukumnya juga terdapat perbezaan ijtihad para ulama, setengahnya mengharuskan dan mengatakannya ia lebih memungkinkan hadirnya khusyu', manakala Imam Ahmad mengatakannya makruh. Beberapa ulama Syafie juga mengatakannya makruh kerana ia menyerupai Yahudi, Bagaimanapun hadith yang dijadikan dalil makruh pejam mata ketika solat adalah dho'if menurut Imam al-Bayhaqi. Imam At-Tohawi al-Hanafi juga menyatakannya sebagai makruh. Demikian juga ditegaskan oleh Imam Al-Kasani al-Hanafi (Al-Majmu' , An-Nawawi, 3/260 ; Bada'i As-Sonai, 1/216)

Selain itu, amalan memejam mata semasa solat juga dilihat sebagai bercanggah dengan beberapa dalil hadith Nabi seperti :-

عن أبي هريرة قال أمر رسول الله بقتل الأسودين في الصلاة الحية والعقرب

Ertinya : "Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking" ( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )

Hadith ini memberi indikasi kepada kita bahawa perlu membuka mata jika ingin melaksanakan erti hadith ini. Walaupun dalam konteks zaman sekarang yang amat jarang ditemui ular dan kala di dalam tempat solat. Hadith ini memberi faham kepada kita akan perlunya membuka mata bagi menjaga keselamatan diri semasa solat.

Imam Ibn Qoyyim berkata : "Jika membuka mata tidak mengganggu kekhusyu'kan solat maka ia lebih elok dari pejam. Dan pandangan yang mengatakan elok pejam adalah lebih bertepatan dengan prinsip dan tujuan solat berbanding pandangan yang me"makruh"kannya.". Imam Izz Bin Abd Salam juga berpandangan demikian.

Saya menyokong pandangan mengharuskan pejam mata hanya dalam keadaan yang benar-benar diyakini dapat menambah kekhusu'kan serta mengelakkan gangguan pandangan dari perkara yang pasti menganggu khusyuk, justeru hukumnya adalah berbeza menurut keadaan seseorang. Selain itu, membuka mata semasa solat adalah lebih utama. Pandangan rajih menurut Imam An-nawawi pula sebagai berikut :-

والمختار أنه لا يكره إذا لم يخف ضررا لأنه يجمع الخشوع وحضور القلب ويمنع من إرسال النظر وتفريق الذهن

Ertinya : "Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata ketika solat) adalah tidak makruh sekiranya dibimbangi sebarang bahaya, kerana dengan memejam itu dapat mengabungkan khusyu', hadir hati dan menahan dari liarnya (lepasnya) pandangan (ke sana sini) dan berkecamuknya minda" ( Al-Majmu', 3/261 )

Perlu diingatkan bahawa saya tidak ketemui dalil khusus yang menunjukkan Nabi SAW pernah menutup mata tatkala menunaikan solatnya, bagaimanapun intipati kekhusyu'kan Nabi SAW adakalanya lebih perlu diikuti berbanding pergerakkan luaran tanpa ruh. Wallahu 'alam.


credit to;http://kuinsiber.informe.com/forum/hukum-solat-sambil-memejamkan-mata-dt38.html

stfunewbiez Publish time 23-12-2009 05:16 PM

sesetengah orng semayang tutup mata utk kusyuk..

kegimaru Publish time 23-12-2009 05:19 PM

aku selesa dgn pejam mata..rasa mcm hampir2 nk ke arah kekhusyukan tu..tp pernah ada org tegur aku xleh tutup mata...

perempuanayu Publish time 23-12-2009 05:37 PM

aku selalu solat tutup mata sebab dgn cara tu aku boleh kusyuk dgn bacaan2 ayat suci

ska_n_dal Publish time 23-12-2009 05:49 PM

aku pon....lebih khusyuk lau pejam mata....

Nape?Tak caye? Publish time 23-12-2009 06:08 PM

kalo dalam hati kita memohon doa macam-macam dnganNya ketika kita solat. tp mata tak tutup. Mulut kita baca apa yang sepatutnya tapi hati kita memohon sesuatu denganNya boleh ka?
seolah olah kita bercakap denganNya

akoknorma Publish time 23-12-2009 06:29 PM

pejam mata masa smayang nak cari khusyuk kira o.k la tu..cuma..aku takut..last2 pejam lena jer...:lol:

sunsuria3 Publish time 23-12-2009 06:48 PM

Baru ni tazkirah kat masjid Ada sentuh bab ni. Katanya kalau blh mengujudkn khusyuk solat blh pejam mata.

bintang Publish time 23-12-2009 10:11 PM

Beberapa qaul dalam mazhab Syafie menghukumkan mahkruf memejam mata dalam solat kerana menyerupai Yahudi. Bahkan juga dikhuatiri dilintasi binatang berbisa atau najis ditempat sujud.

Tidak ditemukan juga dalil khusus Nabi saw memejam mata ketika solat.

mslovex Publish time 24-12-2009 11:38 AM

jap, seingat akula tak digalakkan pejam mata masa solat.
sebab sunat kot pandang bawah msa solat.

freekey Publish time 26-12-2009 07:24 AM

Yep.. pernah juga dengar dalam ceramah dulu2.. Tak digalakkan pejam mata ni..

Aku pun musykil juga..


http://img215.imageshack.us/img215/1007/sigline.jpg
http://img130.imageshack.us/img130/174/siggy20091223.gif

asher Publish time 26-12-2009 12:01 PM

yg aku dgr plak makruh kalo sepanjang solat kita tutup mata, maknanye kalo masa nak ruku' atau masa nak sujud bleh la kita bukak mata..w'alam..

mekma Publish time 28-12-2009 11:23 AM

mek pun bila solat kat surau pej lebih suka tutup mata..sbb mata ni tak terpandang mana2..khusyuk

obelisk Publish time 28-12-2009 11:52 AM

Post Last Edit by obelisk at 28-12-2009 11:54

aku kenkadang pejam mata jugak...nak khusyuk dengan apa yg aku baca...lagipun lebih mudah untuk fokus dalam solat...

yarid Publish time 29-12-2009 08:04 AM

yup....sy rasa lebih khusyuk klau pejam mata ketika solat.....dulu ustazah skolah sy prnah ckp, memang makruh klau tutup mata ketika solat. tp bila hanya itu sj cara utk khusyuk ketika solat, ianya diharuskan.....Wallahu 'alam.....

assufi Publish time 5-1-2010 07:10 PM

Salam...

Khusyuk tu wajib...... pejam mata lak makruh.....
kita ambik la yg wajib dlu lg elok rasanya kan...????

Wassalam.....
Pages: [1]
View full version: sembahyang pejam mata


ADVERTISEMENT