svetlana Publish time 26-4-2010 10:30 AM

Misteri Bujang Senang

Post Last Edit by medangmru at 28-4-2010 13:41

Jom bincang pasal boya ni..

http://i210.photobucket.com/albums/bb59/bokjae/BujangSenang.jpg

Gambar korok dia http://travel.webshots.com/photo/2793684510091731827TaDAIp

ctzeed Publish time 26-4-2010 10:33 AM

Panjangnya, dekat mana ni?

pu3_fiona Publish time 26-4-2010 10:40 AM

Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun.

Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941. Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.

Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Muzium Sarawak di Kuching, Sarawak.

pu3_fiona Publish time 26-4-2010 10:44 AM

Mitos

http://2.bp.blogspot.com/_zW4Xn3C8EgM/S53mFX4Bv5I/AAAAAAAABD4/whBlAysO15w/s320/bujang+senang.jpg

Bujang Senang dikatakan adalah binatang jelmaan, kononya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun.dia dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yg membunuh dia...

http://2.bp.blogspot.com/_9GUj1LmQfdk/SFvhxsvGFHI/AAAAAAAAAF4/4YhhKNDn7NA/s320/2793684510091731827TaDAIp_ph.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_rYbbvqfC-Kg/SADKyXiUqrI/AAAAAAAABeE/fFzNB12Z1f0/s400/croc1.jpg

http://www.sixthseal.com/archive/February2006/bujang_senang_shrine.jpg

http://2.bp.blogspot.com/_9GUj1LmQfdk/SFvjbU1XU9I/AAAAAAAAAGI/aYGD8iQ-vu4/s320/1995_buaya3.jpg

-gambar sumber tenet-

ea208964 Publish time 26-4-2010 10:48 AM

Lagenda Bujang Senang

Lungu ialah seorang pahlawan Iban yang terkenal di sekitar Sungai Skrang, Sarawak. Kehebatan beliau sewaktu ekspedisi mengayau (potong kepala) musuhnya digeruni dan bukan sedikit yang terkorban ditangannya. Kehebatan beliau bukan sekadar di Sungai Skrang tetapi juga sampai ke Batang Lupar (batang=sungai besar dalam bahasa Iban) di Bahagian Sri Aman hari ini.

Musuh-musuh beliau percaya Lungu punya ilmu kebal yang tidak lut parang, lalu menculik isterinya agar rahsia kekebalan Lungu dapat diketahui. Dilema antara kebanggaan suku dan kasih sayang, Lungu datang ke Batang Lupar dengan harapan membebaskan isterinya dan membunuh penculiknya. Namun, isteri Lungu ditombak mati sebaik dibebaskan, manakala Lungu bertarung bermati-matian dengan musuhnya sehinggalah ke tepi sungai Batang Lupar. Musuhnya telah mengetahui kelemahan Lungu iaitu kekebalannya musnah tatkala beliau berada di perairan sungai itu. Lungu ditombak, dipanah dan disula terbalik oleh musuhnya di sungai itu. Mayatnya dan isterinya dibiarkan sehingga tenggelam dek air pasang.

panjang lagi ceritanya ...

link blog ...http://rizaliskandar.blogspot.com/2008/08/legenda-bujang-senang.html


Klu ikut lagenda buaya nimmg berdendam dgn keturunan yg menyebabkn kematian mereka laki bini ...

nak bunuh pon kena baca mentera ..

tobasco Publish time 26-4-2010 10:52 AM

menarik citer pasai boya nih
aku pon baru lepas abis pasai sekor croc kat africa, org panggil dia "Gustave"
panjang 7 meter, umor 60 thn, dah bunuh estimate 300+org, yg pelik kebanyakan dia lemaskan tapi tak makan
sorry off topik sket :)

gitarpurple Publish time 26-4-2010 10:54 AM

kalo dier da mati kena bunuh, cemana dier bley menjelma jadi buaya? {:2_65:}

ea208964 Publish time 26-4-2010 11:03 AM

menarik citer pasai boya nih
aku pon baru lepas abis pasai sekor croc kat africa, org panggil dia " ...
tobasco Post at 26-4-2010 10:52 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
pernah terbaca ...tapi tak ingat kat mana...biasanya buaya akan lemaskanmangsa dia ...sbb kononnya nak bagitau bukan dia yg bunuh manusia tu tapi air yg buat mangsa tu lemas...bila dah mati lemas ..barulah dia jadikan habuan ..maksudnya si buaya ni tak bunuh ..cuma ambik kesempatan dah jadibangkaitak nak membazir dia makan lah....



* baca semula mcm lawak laknya..mcm sembang2 kosng kat kedai kopi nya teori...:laugh3:

pu3_fiona Publish time 26-4-2010 11:03 AM

kenapa dia kene bunuh yer.....

ea208964 Publish time 26-4-2010 11:06 AM

kalo dier da mati kena bunuh, cemana dier bley menjelma jadi buaya?
gitarpurple Post at 26-4-2010 10:54 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif


kena sambung baca kat blog...tapi ni excerpt from that blog


http://rizaliskandar.blogspot.com/2008/08/legenda-bujang-senang.html

continued...

Mujur para dewata yang memberi kesaktian pada Lungu sekali lagi menumpahkan magis ke atas mayatnya dan isterinya, lalu setibanya air pasang Lungu dan isterinya bertukar menjadi buaya besar yang memiliki belang putih dibelakangnya untuk menghantui keturunan pembunuhnya di sekitar Batang Lupar. Maka lahirlah Bujang Senang, seperti yang diketahui. Nama Bujang Senang sendiri dinamakan bersempena Sungai Senang, salah satu cawangan Batang Lupar dimana buaya itu sering kali dijumpai.

sepaileman Publish time 26-4-2010 11:24 AM

err gustave tu ada org buat filem kan?


tapi dengar kisah pulak yg dia org tangkap masa 1992 tu bukan bujang senang tapi bini dia

ea208964 Publish time 26-4-2010 11:29 AM

tsunade90 Says:
November 23rd, 2008 at 7:55 am

ellow..sya mok share cta tok sbb tertarik laa…cite bujang senang??hmm.. the story begin…..ku pun xtau la cite tOk benar ke sik..sbb cite tOk ku dgr dari orang tua2 jak..asal sebenar cite bujang senang tOk dari kaum org iban cuz byk org padah bujang senang tOk asalnya mmg org iban dan dia seorang lelaki la melalui satu kisah hidupnya sebelum nya mjadi jelmaan buaya…kisah bujang senang begin…..bujang senang tOk sorang pahlawan termahsyur kaum org iban laa..
zaman hdupnya adalah zaman peperangan dan suatu hari bujang senang ni smasa kuar pergi peperangan berlaku lah serang hendap kat kpg dia..org yg serang hendap kpg halaman dia 2 adalah ketua musuh dia…habis lah semua kaum kerabat termasuk ahli keluarga serta isteri dan anaknya bujang senang ni mati dan satu pun yg tak tinggal..sekembalinya bujang senang dri peperangan terkejut melihat kpg halamannya serta kaum kerabat nya mati.

masa 2 la perasaan dendam nya mula menguasai dirinya..dgn cara balas dendamlah dia dapat balas tuk kaum kerabatnya..slpas kejadian 2 bujang senang pergi betapa di suatu tmpat la..tp xtau kat mana..berbulan2 bertapa..lpas bertapa,masa 2 lah dia tlah digelar jelmaan buaya..dan masa 2 dia bukanlah bujang senang yg dikenali tp sbagai buaya jelmaan yang penuh dgn dendam..tu je lah crita yg dapat sy kongsi…

dulu ada la aku dengar kisah ni yang bujang senang ni naik bas..masa 2 dia berkeadaan manusia biasa naik bas..tp peliknya dia turun di tengah2 jambatan sg lupar di seri aman dan peliknya tempat ddk dia 2 penuh dgn pasir2..sbb 2 ada yg sangka kelibat seorg llki 2 adalah bujang senang…..
kadang2 bujang senang ni akan bertukar jd manusia bila org mencarinya… sbb 2 sampai skrg orang ssh menjejakinya….k..ni je lah crita yg dapat aku kongsi…tp xtau kebenaranya tahap mana……..peace!!

http://read-it-feel-it.blog.frie ... enda-bujang-senang/

mungkinkah betul ..yg ditangkap bini dia..bukan bujang senang ....?


* jgn komplem style penulisan ..sbb rasanya dia guna loghat Swak..cuma kopipes shj

sundaechoclate Publish time 26-4-2010 11:42 AM

Buaya makan orang....
seramnyer... :funk:

JodoKast Publish time 26-4-2010 12:22 PM

bujang senang adalah jantan yg rakus (membaham manusia)...

nazurah Publish time 26-4-2010 12:53 PM

yang aku baca dulu katanya si bujang senang ni nak balas dendam dan bersumpah akan bunuh semua orang yang rogol adik dia... lain pulak dengan versi ni...

pastu katanya lagi dalam majalah tu...variasari ke apa namanya aku x ingat, kepala si bujang ni aje besar bas... panjangnya pulak (aku lupa...hehe)

gila ko... kepala beso bas... lintang kedak aku lari kalo jumpa boye ni kat sungai

Freer Publish time 26-4-2010 01:13 PM

lahhh....banyak versi lah pasal bujang senang ni...logik lah..buaya boleh hidup sampai puluhan tahun..tak heran besar cam tu. makan org???sebab buaya tak kenal orng atau kambing..asal die dapat makan cukup...so hati2 lah kan..

kroit92 Publish time 26-4-2010 01:29 PM

hanya forumer pawangbuaya sahaje tau.. :lol:

ajis_kg Publish time 26-4-2010 01:41 PM

itew bkn dyg bunting ker?
bini bjg senang..
kalu itew ler bjg senang.. kecik ajer ler dr yg diwar-warkan..:o

kroit92 Publish time 26-4-2010 01:53 PM

oh, dayang bunting nama bini dia eh..

nazurah Publish time 26-4-2010 02:18 PM

bini dia takde kena mengena dgn pulau n tasik dayang bunting kat langkawi tu ekk...
Pages: [1] 2 3
View full version: Misteri Bujang Senang


ADVERTISEMENT