mattzzx Publish time 18-1-2022 11:20 AM

Monyet ketagih air manis bikin kecoh

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/lopburimonkk1_1642460446.jpg
MONYET berkeliaran di bandar Lopburi. FOTO AFP

Bangkok: Ribuan monyet yang ketagihan minuman manis bandar Lopburi di Thailand menyebabkan ketakutan kepada pelancong.

Haiwan itu dikatakan memenuhi kawasan tumpuan dan laluan utama pelancong di Lopburi.

Bandar itu terletak 193 kilometer di utara Bangkok itu terkenal dengan populasi monyet yang tinggi dan turut menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

Sejak Thailand membuka sempadan untuk pelancongan pada November lalu, ribuan monyet memenuhi kawasan tumpuan pelancong di bandar itu.

Haiwan itu bertindak liar dengan berpaut pada tubuh pelancong, selain melarikan kaca mata dan memanjat kenderaan.

Keadaan itu semakin serius apabila ada kumpulan monyet kini ketagihan minuman manis yang diberikan penduduk setempat.

Penduduk memberikan haiwan itu minuman bergula kerana percaya ia akan membawa tuah kepada kawasan itu kelak.

Walaupun kurang mendapatkan snek daripada pelancong, namun monyet di bandar berkenaan kini dihidangkan pisang serta minuman manis setiap hari.

penutupbotol Publish time 28-10-2023 04:27 PM

kau dh kenapa nyet? adehh :lol:
Pages: [1]
View full version: Monyet ketagih air manis bikin kecoh


ADVERTISEMENT