Raline Publish time 20-7-2022 09:11 PM

Pakaian inspirasi pelukis

Pakaian inspirasi pelukis

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/dea182b0-5af9-4be6-8e8f-0a75e5315a5f_1657924220.jpg
KOLEKSI pakaian sukan wanita terbaharu yang diinspirasikan daripada pelukis terkenal, Frida Kahlo.


Nama Frida Kahlo, sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni lukisan.

Pelukis yang berasal dari Mexico itu cukup dikenali dengan lukisan potretnya sendiri. Meskipun sudah lebih enam dekad kematiannnya, pandangan feminis serta cita rasa Frida terhadap fesyen masih memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia.

Karya seni dan budaya yang dibawa Frida sedikit sebanyak menggambarkan kisah pemerkasaan dan kemerdekaan wanita.

Justeru, bagi menghargai pelukis itu, jenama terkenal, PUMA bekerjasama dengan Frida Kahlo Corporation dan OEG Latino untuk menghasilkan koleksi fesyen sukan terbaharu untuk wanita.

Antara rekaan yang mencuri perhatian adalah jaket boleh balik yang berinspirasikan Lukisan The Two Fridas iaitu potret menarik yang memaparkan ilustrasi pelukis itu dalam dua personaliti.

Satu bahagian jaket itu mempunyai rekaan warna menarik dengan perincian mahkota dan bunga kecil di bahagian hud manakala sebelah lagi mempunyai grafik yang lebih berani.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/246164e0-3969-473e-8d4b-4a015c7d71c4_1657924227.jpg
KASUT larian istimewa untuk wanita, Run XX NITRO FRIDA KAHLO.


Namun, walau sebelah mana pun yang menjadi pilihan, jaket itu dapat melengkapkan lagi gaya dan menonjolkan sisi feminin pemakai.

Selain itu, terdapat seluar sukan ketat yang diinspirasikan daripada lukisan bunga-bungaan juga menarik untuk dimiliki.

Ia diperbuat daripada fabrik cepat kering, ellaVATE premium yang memberi keselesaan kepada pemakai.

Untuk memberi keselesaan kepada wanita ketika bersukan, jenama berkenaan turut memperkenalkan rekaan baju dalam baharu.

Penggunaan fabrik ellaVate premium jelas dapat memberi sokongan yang diperlukan dan pada masa sama, ia juga cepat kering.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/cbdfd6d7-d333-4a0b-b084-0361a9afc564_1657924224.jpg
REKAAN jaket sukan menarik yang boleh dipakai di kedua-dua belah.


Teknologi baharu itu membantu menjadikan pemakai lebih selesa ketika bersenam meskipun dalam keadaan cuaca panas.

Bagi melengkapkan lagi koleksi, kasut larian istimewa yang memberi keselesaan kepada kaki wanita turut ditampilkan.

Berbanding kasut larian biasa, ia direka dengan keadaan tumit lebih sempit dan pelapik kaki berukir yang lebih selesa, khusus untuk kaki wanita.

Ia juga menggabungkan tapak tengah busa teknologi NITRO yang memberi keseimbangan sempurna dengan penggunaan kusyen tahan lasak dan ringan.

Selain itu, sokongan rim RUNGUIDE juga dapat menggalakkan penjajaran larian dan meningkatkan kestabilan untuk jarak yang lebih jauh.

Lebih menarik, penggunaan kompaun getah juga daripada jenis yang tahan lasak dan dapat memberikan daya tarikan berbilang permukaan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/2022/07/861967/pakaian-inspirasi-pelukis

Pages: [1]
View full version: Pakaian inspirasi pelukis


ADVERTISEMENT