Raline Publish time 17-5-2023 08:46 AM

Setiap Kali Muncul Mesti Sakit, Ini Punca Sebenar Jerawat Dalam Telinga

Setiap Kali Muncul Mesti Sakit, Ini Punca Sebenar Jerawat Dalam Telinga

https://media.siraplimau.com/2023/05/Collage-Maker-16-May-2023-03-32-PM-9282.jpg
Jerawat adalah isu yang sering dialami oleh remaja. Kebiasaannya jerawat timbul di bahagian muka atau bahagian berminyak. Jarang sekali dengar jerawat dalam telinga tapi sekali ia timbul, memang rasa menyakitkan.

Ramai tertanya punca jerawat timbul di telinga kerana kesakitannya yang melampau di bahagian itu. Jerawat itu pula muncul pada waktu yang tak dijangkakan, menyebabkan ramai yang tidak bersedia dengannya. Jadi, jom ikuti perkongsian penulis mengenai punca jerawat dalam telinga!



PUNCA JERAWAT DALAM TELINGA


1. Jangkitan Akibat Menindik Telinga

https://media.siraplimau.com/2023/05/ear-piercing-768x768.jpg
Iritasi disebabkan oleh tindikan boleh menyebabkan pembentukan benjolan kecil atau bengkak pada cuping telinga atau dalam salurang telinga, di sebelah kawasan tindikan. Komponen utama jangkitan adalah kotoran, wax dan minyak. Seterusnya, benjolan yang telah terbentuk boleh berkembang menjadi jerawat atau bisul dan menyakitkan seseorang.

2. Tidak Menjaga Kebersihan

https://media.siraplimau.com/2023/05/earphone-768x432.jpg
Untuk pengetahuan anda, salur telinga adalah bahagian sensitif dan tidak boleh dicucuk menggunakan pin, pencungkil gigi atau sebarang objek yang tajam. Ini kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan.

Bukan itu sahaja, kalau nak tahu tangan serta rambut yang tidak dicuci dan fon telinga kotor boleh membawa bakteria berbahaya masuk ke dalam telinga. Oleh itu, ia akan tumbuh dan menyebabkan jerawat. Malah, iritasi daripada bahan fon telinga juga mampu menyebabkan benjolan di telinga seseorang.

3. Benjolan Keloid

Benjolan tisu berserabut terjadi di kawasan kecederaan dan kelihatan seperti parut. Ia dipanggil keloid dan biasanya nampak berhampiran tindikan telinga. Jadi, jika nak menyingkirkannya, anda perlu dapatkan nasihat perubatan.

4. Otitis Externa

https://media.siraplimau.com/2023/05/download-258x180.jpg
Kebiasaannya dikenali sebagai telinga perenang. Penyakit ini terjadi akibat berenang di dalam air yang tidak bersih. Justeru itu, bakteria yang terdapat dalam airakan menyebabkan jangkitan pada telinga luar dan dalam saluran telinga.

Selain itu, sebab lain untuk penyakit ini adalah menggaru telinga menggunakan objek yang tidak bersih atau ada objek kecil tersepit di dalam telinga.

5. Perubahan Hormon

Untuk pengetahuan anda, perubahan hormon dalam badan juga boleh menyebabkan pembentukan zits, terutamanya dalam kalangan wanita.

6. Punca-punca Lain

Tahukah anda masalah kesihatan kronik seperti kanser juga boleh menyebabkan jerawat dan benjolan di telinga. Ini kerana sel-sel kanser boleh menjadi malignanti atau benigni.

Sila dapatkan rawatan daripada pakar dermatologi jika benjolan di telinga tidak sembuh dalam masa seminggu atau lebih dan yang pastinya kelihatan berbeza daripada jerawat biasa.

Jadi dah tahu kan punca jerawat dalam telinga? Jaga setiap bahagian tubuh yang telah dikurniakanagar jerawat tidak timbul di bahagian yang tidak sepatutnya. Semoga Bermanfaat!



Sumber: Stylecraze
https://siraplimau.com/jerawat-dalam-telinga/



takayama Publish time 15-6-2023 10:56 AM

pernah kena jerawat dok tumbuh dlm telinga mmg rs pelik sbb kt muka hardly dia nk keluar, bkn x ada, ada tu ada tp dlm setahun biasanya jerawat keluar kt muka tu dlm Dua atau tiga kali aje. Tiba2 blh plk tumbuh dlm telinga, kaka buat x reti, jaga tgn jgn usik, dlm 3 hr camtu jerawat tu kecut then brlah kaka bersihlan dgn cotton bud dan juga towel kecik yg dah distimkan

ipes2 Publish time 23-7-2023 09:36 AM

takayama replied at 15-6-2023 10:56 AM
pernah kena jerawat dok tumbuh dlm telinga mmg rs pelik sbb kt muka hardly dia nk keluar, bkn x ada, ...

Jerawat ada juga kadang2 muncul dalam telinga. Namun dalam penggunaan "jerawat" ini lebih luas dan kadang2 untuk acne vulgaris jua; acne vulgaris ini lah sebenarnya the correct term untuk jerawat. Blackheads, pelbagai cyst, sebaceous cyst folliculitis etc etc sepatutnya tidak disebut "jerawat".
Apa2 pun, bila keluar dlm telinga, elok tidak diusik sgt kerana boleh dpt byk problems bila dah mula got infected etc

takayama Publish time 24-7-2023 12:19 PM

ipes2 replied at 23-7-2023 09:36 AM
Jerawat ada juga kadang2 muncul dalam telinga. Namun dalam penggunaan "jerawat" ini lebih luas dan ...

tp kan Dr apa punca jerawat tu leh tumbuh dlm telinga ek
lately ni cam selangbulan dia timbul, takat ni kaka msh lg ada disiplin diri utk x sentuh tp kekdg tu tgn ni gatal gak nk sentuh tp takat sentuh sekali lalu ajelah xde lg nk pegang tekan atau apa
sbb utama kita x nmpk jerawat tu just rs ada bonjol dan sungguh merimaskan yea

ipes2 Publish time 25-7-2023 01:25 AM

takayama replied at 24-7-2023 12:19 PM
tp kan Dr apa punca jerawat tu leh tumbuh dlm telinga ek
lately ni cam selangbulan dia timbul, t ...

ya kak taka, sgt digalakkan untuk tidak sentuh
dalam telingan ni, kulit dia nipis je dan bawah kulit tu terus ada cartilage.. itu sebab telinga kita maintain je bentuknya
namun, tetap ada sebaceous glands dalam tu (ie glands yang produce sebum ie oil supaya ada minyak sikit kat kulit)
jika lubang sebaceous glands ini tersumbat, maka sebum pon membonjol lh dalam gland itu.. kadang2 sebum ie oil itu gets infected especially kalau kita picit etc, maka dapat lah acne vulgaris
so elok pantau je kak
Pages: [1]
View full version: Setiap Kali Muncul Mesti Sakit, Ini Punca Sebenar Jerawat Dalam Telinga


ADVERTISEMENT