Raline Publish time 31-8-2023 11:04 PM

Pesakit dibedah pakar bedah wanita didapati lebih sihat

Pesakit dibedah pakar bedah wanita didapati lebih sihat
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/08/pakar-bedah-wanita.jpg
Pakar bedah wanita cenderung untuk menjalankan pembedahan dengan lebih perlahan. – Getty Images



TORONTO, KANADA – Dua kajian berasingan mendapati pesakit yang dibedah doktor pakar wanita kurang mengalami komplikasi berbanding pesakit yang dibedah oleh pakar bedah lelaki, lapor akhbar The Guardian semalam.

Pasukan doktor di Kanada dan Sweden menelitirekod lebih sejuta pesakit daripada dua daftar perubatan berasingan dan mendapati, pesakit yang dirawat doktor wanita mencatatkan hasil pembedahan lebih baik berbanding pakar lelaki.

Dalam penyelidikan tersebut, mereka mendapati pakar bedah wanita cenderung untuk menjalankan pembedahan dengan lebih perlahan dan teliti.

Ini mungkin menjadi punca pembedahan mencapai keputusan lebih baik, malah doktor wanita juga meluangkan lebih masa di dewan bedah.

Kajian itu diketuai oleh Dr. Christopher Wallis dandijalankan di Hospital Sinai di Toronto. Pasukan penyelidik menelitimaklumat komplikasi, kemasukan semula ke hospital dan kadar kematian selepas pembedahan dalam kalangan hampir 1.2 juta pesakit antara 2007 hingga 2019.

Rekod itu termasuk 24 prosedur pembedahan berbeza ke atas jantung, otak, tulang, organ dan saluran darah.

Analisis yang dilaporkan dalam jurnal Jama Surgery itu menunjukkan bahawa 90 hari selepas pembedahan, 13.9 peratus pesakit yang dirawat oleh pakar bedah lelaki mengalami ‘keadaan buruk selepas pembedahan’ berbanding 12.5 peratus pesakit yang dirawat doktor wanita. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08/31/pesakit-dibedah-pakar-bedah-wanita-didapati-lebih-sihat/

ipes2 Publish time 1-9-2023 03:57 AM

adeh betulkah
mungkin kes kes nya berbeza
adalah lebih ramai surgeons yg lelaki, maka lebih ramai surgeons lelaki yang buat oncall dan operate malam2
jadi tentulah banyak yg ''tidak sihat''
rata2 mereka yg perlu dibedah malam hari, adalah yang sudah teruk keadaan mereka

adila39 Publish time 20-9-2023 11:24 AM

ipes2 replied at 1-9-2023 03:57 AM
adeh betulkah
mungkin kes kes nya berbeza
adalah lebih ramai surgeons yg lelaki, maka lebih ramai su ...

hahahah...kan, so maknanya doktor pompuan lagi teror..atau mcm u mentioned, those patient refer to male surgeon tu semua yang dah xde harapan. mungkin jugakla...alahai kesian jd dr lelaki ya:lol:

ipes2 Publish time 21-9-2023 01:14 PM

adila39 replied at 20-9-2023 11:24 AM
hahahah...kan, so maknanya doktor pompuan lagi teror..atau mcm u mentioned, those patient refer to ...

Byk factors yg boleh contribute pada observational bias ini
Pages: [1]
View full version: Pesakit dibedah pakar bedah wanita didapati lebih sihat


ADVERTISEMENT