tatod Publish time 25-10-2023 06:52 AM

Jisoo Blackpink, Ahn Bo Hyun Sah Putus Cinta, Sibuk Kerja Punca Tak Kekal Lama

Hubungan cinta antara penyanyi Jisoo dari kumpulan Blackpink bersama pelakon Ahn Bo Hyun dilaporkan sudah berakhir.


Memetik laporan portal hiburan Korea Selatan, kedua-duanya sepakat membawa haluan masing-masing kerana kesibukan kerja dan mahu memberikan fokus kepada karier seni.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/25/065205cgt0qotabk4tdgdy.jpg



Mereka bagaimanapun dikatakan masih kekal bersahabat.


"Disebabkan jadual kerja yang padat, mereka mula berjauhan dan membuat keputusan untuk menamatkan hubungan cinta," jelas kenyataan berkenaan.


Sementara itu pihak YG Entertainment yang mewakili Jisoo turut mengesahkan hal tersebut dalam satu keyataan ringkas.


"Benar Jisoo dan Ahn Bo Hyun sudah berpisah," ujar pihak mereka.


Ogos lalu Jisoo dan Ahn Bo Hyun secara terbuka mendedahkan mereka mula bercinta selepas beberapa bulan mereka rapat.


Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Jisoo bakal memulakan penggambaran filem pertama lakonannya pada Disember ini.




Sumber: mStar

JahLupa Publish time 26-10-2023 06:41 PM

Omo omo omo.. sekejap bethol ni

delia3003 Publish time 26-10-2023 10:19 PM

JahLupa replied at 26-10-2023 06:41 PM
Omo omo omo.. sekejap bethol ni

Baru je start media dah leak. Biasa macam tu lah bila dah leak. Suka lah peminat Jisoo, diorang tak suka sangat pun Jisoo dgn Bohyun

penutupbotol Publish time 27-10-2023 03:30 PM

kenapa break off?
dua2 chomel

iolss Publish time 27-10-2023 06:16 PM

lahhhh sekejapan...

JahLupa Publish time 27-10-2023 06:17 PM

delia3003 replied at 26-10-2023 10:19 PM
Baru je start media dah leak. Biasa macam tu lah bila dah leak. Suka lah peminat Jisoo, diorang ta ...

Sbb bohyun x brp nak ensem ke camne..

Madel Publish time 28-10-2023 08:52 AM

Dah boleh agak pun:doh3:
Lepas ni si Jenny n V tu pun kompom putus juga
Lisa tu pun sama
Depa ni bukan dlm fasa betul2 nak berumahtangga pun.
Masih muda, masih nak terus mendunia.

Page88 Publish time 29-10-2023 02:06 AM

Workloads does affect relationships.

Yoonggi Publish time 1-11-2023 01:50 PM

Kjp ngat. Rasanya fans pressure (yg x suka dia dgn ABH) ni pun menyumbang

sue_liah Publish time 3-11-2023 12:15 PM

elok la jisso boleh dapat yang lagi hensem

bambimbom Publish time 4-11-2023 08:41 AM

hero cite yumi's cell tu ke? mmg tak hensem mane pun..
comel lg jisoo dgn Jung Hae-in

ayra.e Publish time 13-11-2023 10:01 PM

Ala sian

anaktoyol Publish time 26-11-2023 11:39 PM

ahn bo young ni muka tipikal korea... dari segi rupa xda x factor... jisoo mmg power klu boleh dgn song kang,chang wook xpun sung jae...

anaktoyol Publish time 26-11-2023 11:42 PM

si v tu pun aku rasa x kemana... jennie kan suka "membekas dia kan" semua yg idol yg helok... gd, kai,v.. semua dah ada cop " tested by jennie".... hahaha

lasagna Publish time 27-11-2023 09:03 AM

Madel replied at 28-10-2023 08:52 AM
Dah boleh agak pun
Lepas ni si Jenny n V tu pun kompom putus juga
Lisa tu pun sama


Jenny dgn V tu tau.. tp si Lisa dgn sapo ek?
ketinggalan btul part lisa ni.

stres Publish time 28-11-2023 03:37 PM

lasagna replied at 27-11-2023 01:03 AM
Jenny dgn V tu tau.. tp si Lisa dgn sapo ek?
ketinggalan btul part lisa ni.

lisa dengan ceo tag heuer chuolls:lol:

lasagna Publish time 30-11-2023 10:17 AM

stres replied at 28-11-2023 03:37 PM
lisa dengan ceo tag heuer chuolls

lerrrrr.. dr jd model ambassador trus trsangkut yaa..
kaya ooooooo mamat tu.

stres Publish time 1-12-2023 09:15 AM

lasagna replied at 30-11-2023 02:17 AM
lerrrrr.. dr jd model ambassador trus trsangkut yaa..
kaya ooooooo mamat tu.

kayo tu memang kayo giler tapi visual tu sedih betol:'(:'(

lasagna Publish time 1-12-2023 09:47 AM

stres replied at 1-12-2023 09:15 AM
kayo tu memang kayo giler tapi visual tu sedih betol

hahahaa harap tak kekal laa.. nti baka lain plak rupa mereka.

stres Publish time 1-12-2023 09:51 AM

lasagna replied at 1-12-2023 01:47 AM
hahahaa harap tak kekal laa.. nti baka lain plak rupa mereka.

iolls fans lisa taknak la lisa frust wlpn taknak dorang kekal sebab macam tak boleh berpisah je dorang tu. tak mamat tu datang asia, lisa pulak travel ke europe :curse:
Pages: [1] 2
View full version: Jisoo Blackpink, Ahn Bo Hyun Sah Putus Cinta, Sibuk Kerja Punca Tak Kekal Lama


ADVERTISEMENT