maklukpenggoda Publish time 4-11-2023 02:50 AM

"Mengada-ngada cakap nak berjuang di tanah Palestin. Dengar kena panggil PLKN pun dah cuak"

Edited by maklukpenggoda at 4-11-2023 03:17 AM



KEMUNCULAN Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan dilaksanakan semula tidak lama lagi nyata menjadi bualan ramai pihak.
Mana tidaknya, pelbagai reaksi disuarakan orang ramai sebaik sahaja diumumkan kerajaan berhubung perkara itu.
Mungkin ada sebilangan rakyat Malaysia yang teruja dan tidak sabar melihat perubahan PLKN kali ini dijalankan setelah ia dimansuhkan pada 2018.
Namun, ada juga yang menzahirkan kebimbangan lebih-lebih lagi apabila mengetahui sasaran kali PLKN kali ini adalah belia berusia 16 sehingga 35 tahun.
Menjengah di aplikasi X, isu PLKN hangat menjadi ‘trending’ dengan ribuan hantaran dikongsi warga net berhubung pelaksanaan program berkenaan.
Rata-rata warga net kurang setuju dengan cadangan usia yang dibuka sehingga 35 tahun.
“Apa benda ni nak panggil pergi PLKN for people over 20?? Hello?? Dah start kerja kot. Govt nak bayar our salary ke? Nak bayar our commitments ke? Nak tolong jaga our kids ke? Siapa mangkuk kat govt yang pergi suggest this stupid thing? Otak tu ada tapi tak guna, baik buang je,” luah netizen.
“Betul gak. Yg umur 30 keatas ni nak sembang apa malam2 sebelum tido dengan budak2 umur 16 kalau kat kem PLKN tu? Tak blend woi. ‘Bro, pass kan ubat cholesterol tu jap’. Gitu ke?” tulis seorang lagi pengguna X.
“Pastu suami jatuh cinta dengan awek PLKN ah sudah,” luah netizen.
Dalam pada itu, ada juga yang menzahirkan kebimbangan sekiranya nama mereka terpilih dalam senarai menyertai PLKN 3.0.
“Aku ni macam nak tengah redha ja kalau kena pergi PLKN tu. Sebab cabutan bertuah memang aku takkan pernah ada luck nak dapat, tapi jenis cabutan sial macam ni selalunya nama aku selalu terselit. Soo…hmmmm,” ungkap warga maya.
“Dah boleh start doa banyak banyak supaya tak terpilih pergi PLKN,” tulis netizen.
Sumber

msdummy.2018 Publish time 4-11-2023 07:00 AM

Aku stuju dgn tajuk benang nih..hahhahaha....

Belibis Publish time 4-11-2023 07:25 AM

Kenapa pulak pikir nak lawan jionis?? Jangan la tanamkan minda teroris kat anak2 kata menteri bijak pandai..

iman_kasih Publish time 4-11-2023 08:29 AM

Haha...tergelak iols dgn tajuk tt ni. Betul sangat.sejujurnya iols sokong je range umur asal tu. Tapi dah kata 2007 ke atas je kan. Moga silibus dikaji betul2 supaya benar2 bermanfaat utk semua.

Thunderclouds Publish time 4-11-2023 09:29 AM

Biasa laa..
Nutizen mmg champion sembang kari kt medsos.
Wadduyu ekspek?

blue_blur Publish time 4-11-2023 09:38 AM

tapi apa relevan plkn ni? apa hasil dari yang lepas2? (selain memberi kekayaan kepada company2/kroni2)

kenapa tak terus bagi ATM uruskan? semua nya dorang lengkap, cuma bagi fund aje...
boleh pilih 3 servis, lagi menarik, lagi thrill, lagi kena dengan objektif..

ATM kan ada pasukan simpanan, guna kan je la cabang tu..

wirazam Publish time 4-11-2023 09:41 AM

Kannn .setuju dgn Tajuk TT....Masih teringat ingat lagak acik acik gomen beria ria beraksi laksana Rambo..siap dgn riak muka bengis lagi..
{:gif_haha:}

wirazam Publish time 4-11-2023 09:43 AM

blue_blur replied at 4-11-2023 09:38 AM
tapi apa relevan plkn ni? apa hasil dari yang lepas2? (selain memberi kekayaan kepada company2/kroni ...

Patutnya suh acik acik nih masuk wataniah je...takyah buat plkn..buat wataniah..wataniah kursus hujung minggu je..

Firenzza Publish time 4-11-2023 09:43 AM

Tajuk ni tt reka2 sendiri ke hapa?......patut bagi setepek kt muntri dapig yg protes minggu solidariti kt sek, baru pakai mafla dh mtngtlabah

AbukRokok Publish time 4-11-2023 10:05 AM

terpaling palestin
dgr mcm konfirm musnah israel ...netijin gebang mggu lepas
minggu ni...menteri sewel la org dah tua nak masuk plkn... bg budak2 je la... gaji aku 10k sebulan masuk plkn siapa nak bayo.... fuhhh {:1_563:}

Suchi Publish time 4-11-2023 10:16 AM

Pastu kata menteri twist padahal sapa yg mula2 salah bg maklumat tu?

Decaffeinated Publish time 4-11-2023 10:40 AM

Aku dah kata mat hasan ni sengaja nak test siapa yang paling kuat sembang, siapa yang terlebih dulu gelabah tetek skrg dah nampak kan?

kitaserupaaa Publish time 4-11-2023 10:45 AM

Edited by kitaserupaaa at 4-11-2023 10:47 AM

Kem2 plkn ni masih terjaga elok ke? Aku setuju better galakkan masuk wataniah. Dapat gak elaun. Selain kawad, boleh belajar buka pasang senapang & menembak tgh panas terik

Kuin-Kepam Publish time 4-11-2023 11:09 AM

Kan!

{:8_651:}

asamfish Publish time 4-11-2023 11:16 AM

hahaha....seronok aku tgk tajuk thread nih....hambek nkau!kemain ke hulu ke hilir nak berjihad bagai, suruh boikot sana sini...baru sebut plkn terbuka hingga umur 35 dah cuak nyahhhhh.....siap tanya sape nak bayo gaji tuuuuuu.....hahahaha.......panglima kentang sangatttttt....

ctaz Publish time 4-11-2023 12:07 PM

buat apa la plkn ni...dari plkn baik la masuk wataniah....
buat mcm thailand tu ha....servis 2 atau 5 thn....
kat malaysia buat la 1 thn atau 2 thn berkhidmat dlam askar simpanan...

ke saja nak 'mahsyuk'...
tu yg buat plkn balik tu...boleh la tibai mana2 projek utk plkn ni....


khannnnnnn

lolipopmanish Publish time 4-11-2023 12:10 PM

Bakalan dapat sambutan tak benang ni :lol:

alesandra Publish time 4-11-2023 12:18 PM

kat X aku pasanyg gelabah teteks nama naik kena panggil tu ponen2 belaka.

alesandra Publish time 4-11-2023 12:19 PM

kitaserupaaa replied at 4-11-2023 10:45 AM
Kem2 plkn ni masih terjaga elok ke? Aku setuju better galakkan masuk wataniah. Dapat gak elaun. Sela ...

tak buatkat kem dulu kan?buat kat kem askar

alesandra Publish time 4-11-2023 12:25 PM

Suchi replied at 4-11-2023 10:16 AM
Pastu kata menteri twist padahal sapa yg mula2 salah bg maklumat tu?

aku pasan bila yg xnakkena panggil tu gelabah tetekmaki2 menteri .gelabah pasal anak bini laa,pasal gaji sapa nak bayar laaa...blabla.yg kertu2 neh tgk sambil mkn popcorn.jadi yg kecoh2 tu puncanya dari geng2 gelabah teteks bawah 35 thn
Pages: [1] 2 3
View full version: "Mengada-ngada cakap nak berjuang di tanah Palestin. Dengar kena panggil PLKN pun dah cuak"


ADVERTISEMENT