chacon Publish time 8-11-2023 10:32 AM

Bangsa Hinn Sebelum Nabi Adam?

Bila kita bercakap berkenaan makhluk yang wujud sebelum Nabi Adam, ia tak tertakluk hanya pada penemuan arkeologi sahaja. Malah syair Arab sebelum Islam juga pernah membangkitkan perihal mengenai makhluk sebelum Adam.



Antara makhluk itu ialah Hinn, Binn, Timm, Rimm, Jann dan Jin terlebih dahulu berkeliaran di bumi. Hinn adalah makhluk 5 dimensi yang lebih halus dari bangsa jin.

Mereka mendiami bumi ini jutaan tahun yang lalu. Hinn digambarkan sangat mirip manusia, hanya saja mereka sangat tinggi dan bersayap. Hinn tinggal di bumi jauh sebelum manusia diciptakan, iaitu kira-kira 750 juta tahun yang lalu.

Menurut Ibn Kathir, Hinn berperang dengan jin dan menumpahkan darah di bumi sebelum manusia, menyebabkan malaikat mempersoalkan perintah Allah untuk meletakkan Adam sebagai khalifah. Dalam karyanya Al-Bidayah wan-Nihayah, beliau menceritakan bahawa Hinn dan Binn telah dimusnahkan oleh Jin supaya mereka boleh tinggal di bumi.

Seperti bangsa jin, mereka juga mempunyai dunia mereka sendiri iaitu langit ke-3. Walaubagaimanapun, mereka juga boleh turun ke bumi ini sepertimana bangsa jin. Hinn menguasai hampir seluruh Bumi. Namun untuk itu mereka harus melakukan banyak sekali peperangan.



Walaupun banyak sumber menggambarkan Hinn dan Binn sebagai makhluk purba raksasa yang berkuasa, Al-Jahiz pernah menyebut yang mereka ni hanyalah antara makhluk "yang lemah" dalam Kitāb al-Ḥayawān karyanya.

Menurut beberapa riwayat, Hinn menyokong para malaikat yang dipimpin oleh Iblis semasa pertempuran melawan jin tanah yang membawa bencana ke atas dunia.



Tabari menjelaskan Hinn dicipta daripada api seperti jin.Tetapi Hinn yang tergolong dalam kumpulan Iblis diciptakan daripada api samum iaitu api beracun manakala jin biasa dicipta daripada lidah api.


Oleh: Azizul Farhan

Pages: [1]
View full version: Bangsa Hinn Sebelum Nabi Adam?


ADVERTISEMENT