Raline Publish time 10-11-2023 09:38 PM

AS luluskan vaksin chikungunya pertama di dunia

AS luluskan vaksin chikungunya pertama di dunia

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/11/photo_6228780006562183249_y.jpg
WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan vaksin pertama di dunia untuk virus chikungunya yang kini dilihat sebagai ancaman kesihatan global terbaharu.

Menurut FDA, vaksin yang diberi nama Ixchiq diluluskan untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan berisiko tinggi dijangkiti penyakit itu.

Vaksin itu dibangunkan oleh syarikat bioteknologi Valneva dari Eropah dan kelulusan yang diberikan FDA dijangka mempercepat pelaksanaan pemberian imunisasi berkenaan di negara berisiko tinggi.

Penyakit bawaan nyamuk itu menyebabkan gejala demam, sakit kepala, ruam, sakit sendi serta sakit otot, malah boleh membawa maut terutama kepada bayi baru lahir.

Sakit sendi yang diakibatkan virus itu boleh berlarutan selama berbulan-bulan atau dalam sesetengah kes berpanjangan hingga bertahun-tahun.

Kira-kira 440,000 kes chikungunya termasuk 350 kematian dilaporkan setakat September lalu.

Ketika ini tiada ubat khusus untuk merawat chikungunya dengan negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Asia Selatan mencatatkan jumlah kes tertinggi tahun ini.

Data daripada Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah menunjukkan bahawa Brazil mencatat jumlah tertinggi sebanyak 218,613 kes sepanjang tahun ini.

Lebih daripada 93,000 kes turut dilaporkan di India, di mana ibu kota New Delhi menyaksikan wabak besar menular pada 2016.-AGENSI

Sumber:https://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/11/as-luluskan-vaksin-chikungunya-pertama-di-dunia/

ipes2 Publish time 17-12-2023 01:51 AM

ini a really terrible infection ni
mmg patut dah lama ada vx nya
Pages: [1]
View full version: AS luluskan vaksin chikungunya pertama di dunia


ADVERTISEMENT