Anonymous Publish time 20-11-2023 12:14 PM

Saudara mara jadi makin tak rapat macam dulu



aku malas nak cerita pjg2..dipendekkan masa kitorang kecil dulu saudara mara sgt rapat. tapi bila dah dewasa ada keluarga masing2 hubungan jadi renggang sebab duduk jauh dan jumpa jarang2 biasanya time raya je. bila jmpa jadi macam stranger pulak..especially dgn cousin. korang ada tak alami benda sama padahal tak gaduh pun? susah nak cakap camne ntah

tapi rasa tak rapat macam dulu dah tak tau kenapa.kadang tu terfikir gak dimana silapnya :(






bynroslan Publish time 20-11-2023 02:28 PM

Anon takde ke no telepon diorg? Meols pun dari kecik rapat dengan sepupu semua, bila dah berfamily memang jarang jumpa berbanding dulu tapi group whatsapp tu sentiasa je ceria pagi petang siang malam. Siap ada 3 group, 1 group cousins + pakcik makcik, 1 group dengan cousins lelaki + perempuan, 1 group lagi cousin girls sahaja. Kalau ada no telepon cuba invite masuk group, kot la boleh jadi rapat balik.

ifanonline Publish time 20-11-2023 05:20 PM

masing2 dah ada keluarga masing apabila meningkat dewasa...hakikat ni kita kena terima sebab tanggungjawab dah jadi besar...dulu masa kecik2 takde tanggungjawab...

Anonymous Publish time 20-11-2023 05:51 PM

bynroslan replied at 20-11-2023 02:28 PM
Anon takde ke no telepon diorg? Meols pun dari kecik rapat dengan sepupu semua, bila dah berfamily m ...



ada je tapi masing2 diam.cuma kalau time buat kenduri ke ada la ajak..itu je la time jumpa selain raya

Anonymous Publish time 20-11-2023 05:52 PM

ifanonline replied at 20-11-2023 05:20 PM
masing2 dah ada keluarga masing apabila meningkat dewasa...hakikat ni kita kena terima sebab tanggun ...



yep tu la tapi rasa sedih pula masa kecil rapat sangat tidur sekali sepupu2 semua kat umah atok :(

fortiori13 Publish time 20-11-2023 09:55 PM

Biasa la, memasing pun dah berkeluarga beranak pinak, jadi ada komitmen utk family. Time kenduri, raya or apa2 event baru dapat jumpa. Walaupun jarang jumpa, yg penting hubungan keluarga tetap terjalin. So tak ada isu pun sebenarnya jarang jumpa.

IRZeeBuk Publish time 21-11-2023 08:48 AM

ok ku faham

Korang kena buat perjumpaan macam 'family day"
Create aktiviti supaya semua terlibat
automatik akan ade gelak tawa, kerjasama, komunikasi..

itu adalah cara untuk mengeratkan kembali silaturahim

bynroslan Publish time 21-11-2023 09:42 AM

Anonymous replied at 20-11-2023 09:51 AM
ada je tapi masing2 diam.cuma kalau time buat kenduri ke ada la ajak..itu je la time jumpa selai ...

Ohh faham. Pasal duduk pun jauh kan. Betul kata sorang forumer tu, cuba buat aktiviti selain kenduri kendara, buat family day atau buat ukhwah day haa gitu untuk merapatkan kembali ukhwah antara keluarga. Mana tau mngkin diorg pun rasa yang sama, cuma tak terluah je.

Oroi8887 Publish time 21-11-2023 12:04 PM

Samala tt. Kekadang sedih jugak. Faktor jarang jumpa, masing2 ada fmily sndiri dan duduk jauh2 kot.

nuralisa Publish time 21-11-2023 12:21 PM

biasalah tu...
tapi percaya la.. bila dah umur masuk 40an... nak carik balik sepupu sepapat tu.

3chanceno Publish time 22-11-2023 07:05 AM

Faham apa yg TT nak sampaikan.

Kadang kerana faktor semua busy atau tak kuasa nak rapat pasal takut tersalah cakap akan jadi pergaduhan atau kecil hati etc. Manusia kan, jadi kita tak tahu mungkin ada yg simpan iri hati dan sebaliknya. Kalau TT nak cari sedara mara, boleh jugak tapi janganlah harap semua nak join in & bual rancak.

Pada meols memang awal2 dah inform kazen, jgn masukkan dalam grp whatsapps. Tak koser nak tahu apa jadi pasal sedara meols tak semenggah. Ramai yg kacang lupakan kulit & tak kenang jasa sapa yg bantu depa bila susah. Kalau ada kenduri kawin, depa jemput, pergilah. Ada kematian pergi tapi selain dari tu, tidaklah meols nak berkeep in touch pasal ramai yg pengdengki & take advantage of others:doh3:

johan-adx Publish time 22-11-2023 07:57 AM

kena bt family day gitu..tp bermalam
create full aktiviti

Tulipss Publish time 23-11-2023 06:21 AM

Perkara biasa tue..sy sdr group wasap pn ada kalau ape2 masalah eksiden ke ape xdenyer inform dlm group.Sesama diorg je tahu..jd jgn sedih bwlah haluan msg2.

semahsally Publish time 24-11-2023 12:03 PM

betul kadang2 group wasap tu boleh jadi tempat punca bergaduh / salah sangka sbb miscommunication. belum lagi yg ttbe jadi penasihat /alim ulama yg asikla nak judge cara org..

meowed Publish time 25-12-2023 10:49 PM

tu realiti hidup, bukan dengan cousin je kawan-kawan pun macam tu, masing-masing fokus dengan diri masing-masing
Pages: [1]
View full version: Saudara mara jadi makin tak rapat macam dulu


ADVERTISEMENT