Anonymous Publish time 21-11-2023 11:16 AM

Buat jambatan sendiri atas tanah rezab kerajaan



Assalamualaikum sahabat sekalian


Saya ada tanah pusaka seluas 3 ekar di seberang sungai bersebelahan sebuah kebun. Saya ingin membuat rumah di tanah tersebut dan saya perlu melalui jambatan yg dibuat oleh pemilik kebun itu utk memasukkan lori ke tanah saya untuk tujuan pembinaan rumah.


Jambatan tu dibuat oleh pemilik kebun tersebut dan dibuat atas tanah rezab kerajaan dan bukan tanah miliknya.Masalah timbul apabila saya tidak dibenarkan untuk melalui jambatan tersebut kerana tuan kebun tidak membenarkan saya menggunakan jambatan itu. Dan tuan kebun itu sudah berniat lama untuk membeli tanah saya dan menawarkan harga yang murah. Saya sudah cadangkan untuk membeli jambatan itu atau membayar separuh2 untuk kegunaan bersama. Tetapi tuan kebun itu menolak tawaran dan dia sememangnya hendak membeli tanah saya dan tidak membenarkan saya melalui melalui jambatan tersebut.Apakah patut saya lakukan?


Saya sememangnya memerlukan tanah tersebut untuk kegunaan keluarga. SOALAN UTAMAAdakah tuan kebun tersebut berhak untuk menghalang saya daripada menggunakan jambatan itu walaupun ia dibina atas TANAH REZAB KERAJAAN ?


SOLUSI


Jika tuan kebun masih tidak membenarkan saya menggunakan jambatan beliau, bolehkah saya membuat jambatan atas tanah rezab kerajaan?
Apakah syarat2 yang perlu saya patuhi untuk membina jambatan itu.


Terima kasih sahabat2 semua.




Gambar sekadar hiasan


nuralisa Publish time 21-11-2023 12:24 PM

soalan2 camni x tau nak jawab...pi la pbt tanya:lol:

annehuda Publish time 21-11-2023 01:18 PM

report la kt pejabat tanah. cakap ada org ceroboh tanah kerajaan. kalau pejbt tanah taknak respon, ko report masuk SISPAA atau biro pengaduan awam

3chanceno Publish time 22-11-2023 09:25 AM

Wassalam,

Chek dgn pejabat tanah dulu. Hire lawyer & mintak nasihat guaman cara yg terbaik untuk selesaikan masalah ini. Jangan jual tanah TT dengan harga yang rendah. Kalau tanah rezab kerajaan, bolehlah report pada pejabat yang berkenaan.

Semuga dipermudahkan urusan.

lo_la Publish time 22-11-2023 10:53 AM

Gilalah. I kenal orang mcm ni.
Main psychology. Lebih kurang MO.
Dia pegi bercucuk tanam buat gazebo atas tanah sebelah, with consent.
Dalam hati mengharapkan nanti dia dapat beli tanah tu one day. Bila tuan tanah jual kat orang lain yg offer lagi tinggi, nak guilt trip pula. Tuan tanah bagi you tumpang sebab you beria cakap ‘nak cucuk tanam je’. Bukan utk you dapat first right of refusal bila dia nak jual. Feeling entitled pula {:1_567:}

chinta89 Publish time 22-11-2023 11:35 AM

annehuda replied at 21-11-2023 01:18 PM
report la kt pejabat tanah. cakap ada org ceroboh tanah kerajaan. kalau pejbt tanah taknak respon, k ...

setuju gaiss.
sebab ni isu yg berkaitan dgn harta kerajaan, tanah kerajaan so kena tanya kerajaan. kami ni bukan yg pakar mengenainya.

annehuda Publish time 22-11-2023 11:40 AM

Lagi satu TT yg bleh ko buat, permohonan lalu lalang
https://www.studocu.com/my/document/universiti-malaya/land-law-i/risalah-hak-lalu-lalang/45888297

Kirenye ko dptkan arahan pentadbir tanah utk lalu tanah dia. Boleh tapi ongkos dia ko keluar skit la. Lagi satu ko mintakla mana2 konsultan utk dptkan penilaian tanah ko berapa sbnrnye.

CardiGans85 Publish time 22-11-2023 12:50 PM

Pergi pejabat tanah.

chacon Publish time 22-11-2023 03:47 PM

eh boleh ya buat jambatan atas rizab kerajaan tapi tak bagi orang lain lalu

airmineral Publish time 12-12-2023 04:22 PM

Pandai² je buat binaan atas tanah gomen
Ada kebenaran ke tu?
Tanah² ni bukan patut ada akses road ke?
P tny pej tanah dulu dan jkr daerah

libra_gurlz Publish time 13-12-2023 09:19 AM

pegi pbt buat permohonan untuk cadangan binaan struktur kekal atas tanah rizab kerajaan. Ada dlm akta tanah tapi aku tak ingat akta berapa.

sleepandream Publish time 6-2-2024 04:29 AM

kiranya tanah TT lapisan kedua lepas tanah dia ke?
masalah laluan ni macam dah common takkan pejabat tanah takde undang2 khas untuk rezab laluan ye? kesian dekat org yg takde duit nak hire lawyer....

cranell Publish time 27-3-2024 11:50 AM

kalau kau report kau naya la, buat tak tau je. Rilek la orang lain buat kebun, buat rumah atas tanah kerajaan berpuluh tahun pun xde masalah. Diam diam sudah.

Nak lagi best, cuba tengok bawah pencawang TNB diaorang buat apa? padahal situ terang terang haram untuk bercucuk tanam.
Pages: [1]
View full version: Buat jambatan sendiri atas tanah rezab kerajaan


ADVERTISEMENT