Anonymous Publish time 4-12-2023 10:29 PM

Tersuka suami orang. Apa perlu aku buat



malas nak cerita panjang.. kisahnya iols dah terjatuh hati kat seorang laki ni. mula2 lgsg tak ada perasaan tp lepas selalu borak iols rasa dia sangat gentleman dan matang sgt. iols dah catch feeling habis ngan dia tp mmg tak pernah luah la sebab tahu dia punya status.

tapi kan...salah ke kalau iols luah sbb dia pun selalu cerita rumahtangga dia mcm bermasalah jek. iols bukan nak sondol k. cuma cakap pasal perasan iols je.dulu i anti gila orang yg suka suami orang now baru iols rasa sendiri duduk tempat tu... giler dan seksa pun ada. seronok pun ada perasaan ni tapi iols waras lg lah tak ada lah nak sondol hak orang cuma suka je kat dia. dah lah encem lak tu :dizzy:

adiksha Publish time 6-12-2023 10:55 AM

mencarik nahas namanye ni

3chanceno Publish time 6-12-2023 12:27 PM

Edited by 3chanceno at 6-12-2023 12:29 PM

Bibit2 nak jadi penyondol tu bermula dari rasa suka, kita rasa dia ada sikap2 yg disenangi seperti gentleman, matang & good listener. Menambahkan perisa suka nie rupa hensem. Percayalah semua hubungan perkahwinan atau gelpren/boypren pun ada masalah tak kiralah dah 6 atau 50 tahun bersama. Tapi cara kapel tu cari solution untuk huraikan masalah mereka tu penting.

Kalau uols dah beritahu rasa suka nie dgn dia, tapi tak berbalas, camna? Kalau dia mula2 tak de rasa suka yg special, tapi kerna uols dah kasik tahu, mungkin bibit2 nak beralih arah tu ada.

Nak extendkan masjid atau robohkan masjid orang tak lah sesukar. Tetapi menghormati boundary pergaulan& persahabatan di tempat kerja kadang lebih sukar untuk ditangani.

Cuba elakkan berbual, msg & keluar lunch bersama2 unless in group. Perasaan kadang sukar dikawal.

Semuga TT kuat menghadapi cabaran & perasaan yg baru dirasai.

xtravaganza Publish time 6-12-2023 12:57 PM

3chanceno replied at 6-12-2023 12:27 PM
Bibit2 nak jadi penyondol tu bermula dari rasa suka, kita rasa dia ada sikap2 yg disenangi seperti g ...

“Cuba elakkan berbual, msg & keluar lunch bersama2 unless in group. Perasaan kadang sukar dikawal. ”

Key point ni penting. Iols klu somi org ws mula ke arah personal lebih2, iols blue tick kan aje..kdg2 baca pon x.

bynroslan Publish time 6-12-2023 01:16 PM

Mana ada penyondol mengaku depa nak menyondol "i cuma nak rasa bahagia macam orang lain je". So please, stop. Kita takkan suka kalau ada orang lain buat camtu kat bapak, abang, adik, suami kita sendiri so jangan la buat kat orang pulak.

syamzana Publish time 6-12-2023 02:46 PM

dah kata taknak sondol so nak luahkan perasaan tu utk apa?simpan je la perasaan uols tu kalau taknak benda jd complicated. kalau dia menerima perasaan tu apakah tindakan chuols selanjutnya?
entah ye ke tidak marriage dia probs, iols fitnah saje nak attention u je tu sambil2 jadi bahan utk perbualan.

midori888 Publish time 6-12-2023 04:39 PM

Lelaki gentleman takkan citer masalah rumahtangga dia kat ppuan lain. Fullstop. Kalu ada, dia bukan lelaki gentleman tapi gatal man.

minahgempal Publish time 6-12-2023 04:46 PM

Laki yang paling dayus dan durjana adalah lelaki yang suka buruk2kan wife sendiri..

Sume dalam rumahtangga mmg akan ada pasang dan surut..tak ada 24jam 7 hari bahagia..

Dia saje cerita segala masalah dgn u .so dia boleh tebuk u!!senang dpt ppuan free tnpa komitmen..last2 dia tak tinggal pun wife dia..hujung2 dia bg alasan masih sayang wife dia lgi..sayang rumahtangga..u pun terngaga jek nti..

Stop dengar masalah rumahtangga orang!!

Laki orang mmg la gentlemen dan matang sbb dia dah ada pengalaman..dia tau mcm mna nak handle ppuan yg lemah mcm kau!!

Jangan jadi penyondol!!

U cuba test dia, ckp apa "kata u cerai dengan bini u?mcm bnyk sgt masalah dgn wife u..apa kata u cerai jek"..u tgk apa dia ckp..

sphinx Publish time 6-12-2023 05:15 PM

"tapi kan...salah ke kalau iols luah sbb dia pun selalu cerita rumahtangga dia mcm bermasalah jek. iols bukan nak sondol k. cuma cakap pasal perasan iols je."


ye, salah. salah sebab dia suami orang.
pastu, u nk luah psl perasaan u kat dia tue utk apa sebenarnya? utk apa u nk bgtau kat laki orang tue yg u sukakan dia, melainkan sedikit sebanyak, u berharap yg perasaan u tue dibalas balik.. sb jaranglahh ada org saja2 nk confess tanpa expect anything back. sb kalau tak harapkan apa2, better berdiam diri je, tak gitu?


kalau bukan nk sondol then buat apa nk luah? u nak dia hargai perasaan u tu ke or u just nak dia take note? supaya dia balik rumah terkenang2 kat u ke..


xpun kalau TT nk luah kan juga, apa kata TT ikut cara Peah Barakbah.. Peah tersuka kat Alif, suami Bella.. so Peah msg and confess kat Bella.. jadi TT bleh la try confess kat wife laki tue, kata lar nk berkawan sb dh terberkenan kat laki dia, tgk penerimaan sheols camne :lol:


Dysania@72 Publish time 6-12-2023 05:17 PM

tepuk dada tanya selera, acik porem dah standby nak bersorak tunggu pelakor di keroyok. kekekkeke

BlousePutih Publish time 7-12-2023 02:20 PM

Semoga anda berjodohan. Semoga anda menerima nasib seperti catatan anda di atas hihiii.. mesti rasa best bila ada perempuan lain syok kat suami anda & kata rumahtangga anda sgt bermasalah;P

juruterra Publish time 7-12-2023 03:38 PM

jgn ikut hati Dik...laki org mmg suka pompuan bg attention kat dia. and 1st bibit is burukkan isteri, nanti u termakan umpan mmg dah susah nk get away from the feelings. implications-u jd skandal forever(sbb dia xnk ceraikan isteri), or jd no 2 (tak best sbb kena share laki & he will not with u always) belum citer bab kena maki dgn 1st wife & netizen. silap2dia ajak u kawin kt siam lg menambah masalah...even kalau dia ceraikan isteri 1st u hidup x berapa aman sbb kena kecam & dia ada excess baggage dari 1st marriage(anak yg forever his).

So sila cari lelaki bujang

LadyCarefree Publish time 8-12-2023 03:31 AM

Kalau xkisah jadi binik no 2 silakan kalau dia ajak kahwin.

putehh Publish time 8-12-2023 08:20 AM

kenapa die nk ceritakan masalah rumah tangga die kt perempuan lain? u mesti gedik2 melayan feeling laki tu..

ada kt FB kelab poligami...mmg tak ramai penyondol yg bahagia....last2 mkn hati...walaupn laki tu ckp ada masalah ngn first wife...ke first wife juga die kembali...

matseh Publish time 8-12-2023 09:20 AM

Edited by matseh at 8-12-2023 09:22 AM

Hot commodity. Husben! Penulis pun taste tinggi.

Bila dah kawin jadi Husband perempuan sll kata "Saya terima seadanya"mcm beli Axia, tapi expect Honda Civic type R bila kawin.

KAlau dua2 tak gatai. X jadi juga. NAk ambik laki org boleh bagi mcm2 excuse. Laki nak kena ambik x bagi pulak.

rokarina Publish time 8-12-2023 09:25 AM

ramai lagi sis lelaki bujang. suami orang juge dikejarnya

CardiGans85 Publish time 8-12-2023 12:35 PM

Kalau kau ada suami, ada orang suka suami kau,apa yg kau rasa.

Kau boleh jawab.

Poligami memang halal tapi buka untuk semua orang.

sadlife100 Publish time 10-12-2023 01:54 AM

babee, RAMAI LAGI LAKI BUJANG KENAPA NAKLAKI ORANG JUGAK? tahu la skrg musim musim ni. please jangan jadi one of them. duhh:mad:

zehra2 Publish time 10-12-2023 09:46 AM

saja nak flirting je kan?
kalo lebih dari itu.. ayo.. ko mmg cari psl.. kalo dpt kawin dgn dia pun.. bini & anak2 dia mmg akan jd keluarga ko.. suka ke tak suka ke.. tu laincerita:I

chinta89 Publish time 10-12-2023 12:33 PM

kalau tiba2 bapak awak nk bagi madu kat mak awak, awak suka takkkkkkkkkkkk
Pages: [1] 2
View full version: Tersuka suami orang. Apa perlu aku buat


ADVERTISEMENT