dexa Publish time 6-12-2023 10:13 PM

Asal usul nama Damansara --



Asal Usul Nama Damansara

MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa bandar Damansara yang kita kenal hari ini, asalnya bukanlah di kenali dengan nama itu.

Ia sebetulnya hasil kesilapan ejaan yang berlaku lebih 200 tahun yang dulu.

Nama asal Damansara sebetulnya ialah Damarsara – damar asal perkataan Melayu yang bermaksud resin/bendalir dari pokok, sementara sara berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud berharga atau bernilai.

Damansara itu sendiri tidak membawa sebarang makna.

Kesilapan ini berlaku bila pemerintah British melaksanakan peraturan pendaftaran dan geran tanah pada tahun 1891 dimana Sg Damarsara disalah eja kepada Sg Damansara dalam peta yang dikeluarkan setelah peraturan itu dikuatkuasakan.

Sungai ini kemudian membentuk mukim yang kita kenali sebagai Damansara hari ini.

Perkataan Damarsara pula masih boleh dilihat dalam peta lama sebelum peraturan di atas dikuatkuasakan.


Semogabermanfaat --
Insya'allah -

Yoonggi Publish time 22-12-2023 10:42 AM

Just a matter of one alphabet mistaken

imanda Publish time 3-1-2024 01:35 PM

dah tu knp tak nak betulkan balik? kan ada bukti dlm peta

dexa Publish time 3-1-2024 10:14 PM

imanda replied at 3-1-2024 01:35 PM
dah tu knp tak nak betulkan balik? kan ada bukti dlm peta

bukti dalam peta -- tak semestinya kena letak nama tu semula
tu sebagai sejarah -- nama lama saja -
Pages: [1]
View full version: Asal usul nama Damansara --


ADVERTISEMENT