Raline Publish time 16-12-2023 08:47 PM

Kanabis dalam perubatan, keputusan Menteri Kesihatan untuk teruskan atau tidak - Khairy.

Kanabis dalam perubatan, keputusan Menteri Kesihatan untuk teruskan atau tidak - Khairy.


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/z1011reform02_1702724332.jpg

KHAIRY, gambar fail. FOTO NSTP


Iskandar Puteri: Keputusan untuk meneruskan penggunaan kanabis dalam bidang perubatan negara atau sebaliknya, terpulang kepada Menteri Kesihatan yang baru dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ada banyak kajian bagi tujuan itu sudah dijalankan pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.

Katanya, rujukan kajian boleh dibuat Dr Zulkefly sebelum memutuskan pelaksanaannya.

"Saya berasa sudah banyak kajian dibuat pada zaman saya (ketika menjadi Menteri Kesihatan), jadi Dr Dzulkefly boleh sahaja rujuk kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk KKM.

"Dan seterusnya buat keputusan sama ada perkara itu (kanabis dalam perubatan) hendak diteruskan atau tidak," katanya ketika ditanya pandangan pelaksanaan penggunaan ganja dalam bidang perubatan negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Dewan Muda Johor sesi 2023 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Pada 25 Ogos tahun lalu, ketika menjawat jawatan Menteri Kesihatan pada lawatan kerja di Bangkok Thailand, Khairy memaklumkan kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun lalu dan dasarnya akan dilaksana tahun ini.

Namun, langkah itu seolah 'senyap' selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Pada 9 Jun tahun lalu, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1041415/kanabis-dalam-perubatan-keputusan-menteri-kesihatan-untuk-teruskan-atau

ipes2 Publish time 17-12-2023 02:03 AM

tidak boleh
nnt org itu jadi malas, lemah semangat, tidak boleh focus
dia akan hanya mahu cannabis dia tu sahaja
dia tidak akan bekerja
jika kerja pon, akan terganggu

adila39 Publish time 18-12-2023 12:05 PM

ipes2 replied at 17-12-2023 02:03 AM
tidak boleh
nnt org itu jadi malas, lemah semangat, tidak boleh focus
dia akan hanya mahu cannabis d ...

ada certain group yg sangat suka akan cannabis ni di jadikan komersial , topical steroid ni juga guna cannabis ke?

ipes2 Publish time 19-12-2023 05:58 AM

adila39 replied at 18-12-2023 12:05 PM
ada certain group yg sangat suka akan cannabis ni di jadikan komersial , topical steroid ni juga g ...

rugi bangsa ygpenuh dgn isu dadah tetiba bertambah lagi dadahnya
ada sebabnya ngapa cannabis di kira dadah
topical steroids adalah steroids lah
Pages: [1]
View full version: Kanabis dalam perubatan, keputusan Menteri Kesihatan untuk teruskan atau tidak - Khairy.


ADVERTISEMENT