Raline Publish time 20-12-2023 11:33 PM

Tradisi unik menarik kepala angsa hingga putus

Tradisi unik menarik kepala angsa hingga putus

https://utusantv.com/wp-content/uploads/2023/10/cover-696x462.png
Terdapat pelbagai tradisi unik dan aneh di seluruh belahan dunia ini. Salah satunya ada di Belanda. Namun, bagi pencinta haiwan mungkin tidak sanggup untuk melakukannya.

Bagi masyarakat di perkampungan Grevenbicht di Belanda, mereka mempunyai perayaan di mana menarik kepala angsa (goose) hingga putus merupakan tradisi wajib yang menjadi salah satu warisan budaya mereka sejak sekian lama.

Ia hanya dilakukan pada hari-hari tertentu sebagai sebahagian daripada meraikan Shrove Tuesday. Beberapa hari sebelum menjelangnya perayaan itu, segala persiapan akan dilakukan lebih awal bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Dalam menyiapkan kelengkapan acara, perkara utama yang dilakukan ialah membina satu struktur berupa tiang gol atau lebih kurang seperti tiang buaian. Struktur tiang ini biasanya dibina daripada kayu dan besi dengan ketinggian melebihi tiga meter, sebelum dipasakkan di sebuah lokasi yang agak terbuka seperti padang dan jalan raya.

Setelah binaan itu siap, seekor angsa digantung di tengah-tengah tiang dengan posisi kepala di bawah dan kedua-dua kaki terikat di atas tali pada tiang tersebut. Peserta lelaki yang mengambil bahagian kemudian akan menunggang kuda bermula daripada garisan permulaan, sebelum memecut laju dan menarik sekuat hati kepala angsa yang tergantung di tiang.

https://utusantv.com/wp-content/uploads/2023/10/goose-pulling-310.jpg
Angsa akan diikat pada tali dalam keadaan tergantung begini.

https://utusantv.com/wp-content/uploads/2023/10/0988f4993ac3b335e2337e2c9029d404.jpg
Sambil berkuda, perserta akan cuba mencabut kepala angsa itu dengan sekali sentap.
Ada syarat iaitu kuda yang ditunggang tidak boleh berhenti di bawah tiang tempat di mana angsa tergantung. Peserta diwajibkan mencabut kepala haiwan itu sambil lalu dengan hanya sekali sentapan. Peserta yang berjaya menanggalkan kepala angsa dan membawanya ke garisan penamat akan dikira pemenang.

Setiap juara akan dinobatkan sebagai ‘raja’ selama setahun berserta mahkota. Selepas tamat tempoh setahun penganugerahan itu, raja-raja yang pernah dinobatkan sebelum ini akan bersaing pula antara satu sama lain dalam acara yang sama untuk merebut gelaran ‘maharaja’.

Nampak mudah, namun menurut mereka yang pernah bertanding, bukan mudah untuk memutuskan kepala angsa itu walaupun cuba ditarik sekuat hati. Peserta biasanya akan mengalami kesukaran untuk mengekalkan cengkaman pada kepala atau leher angsa, lebih-lebih lagi dalam pergerakan laju ketika menunggang kuda.

Reaksi kuda terkejut juga sering kali terjadi dan ini menambahkan lagi kesukaran untuk melakukan amalan ekstrem itu. Hal sedemikian menyebabkan ramai penunggang terlepas peluang sama sekali. Melainkan, mereka yang benar-benar mahir dan berpengalaman dalam menunggang kuda sahaja selalunya akan berjaya dalam sukan tersebut.

https://utusantv.com/wp-content/uploads/2023/10/goose-pulling-22.jpg


https://utusantv.com/wp-content/uploads/2023/10/goose-pulling-66.jpg

Dalam merebut gelaran raja, amalan ini ialah pentas untuk pesaing membuktikan bahawa mereka adalah antara orang yang memiliki fizikal kuat, berani, berdaya saing dan bersedia mengambil risiko. Selebihnya, penglibatan mereka dalam sukan tradisi ini sekadar untuk berseronok sahaja.

Meskipun ia dianggap sebagai satu amalan luar normal manusia, namun tradisi pelik sedemikian rupanya telah dimainkan di kebanyakan negara. Bukan hanya di Belanda, di beberapa bahagian di Belgium, England, Jerman dan Amerika Utara juga mengamalkan tradisi ini sejak abad ke-17 .

Di awal permulaan budaya ini, kebanyakan angsa yang digunakan masih lagi bernyawa atau hidup. Penggunaan haiwan hidup dalam amalan tersebut telah diteruskan dalam tempoh beberapa abad lamanya.

https://utusantv.com/wp-content/uploads/2023/10/aa.jpg
Bagaimanapun pada tahun 1656, satu ordinan dikeluarkan bagi membantah sekeras-kerasnya penggunaan haiwan hidup dalam tradisi begini. Ini kerana, ia disifatkan sebagai perbuatan biadab dan tidak menguntungkan. Pihak yang membantah menyifatkan mencabut kepala angsa hidup-hidup bukanlah perkara membanggakan. Tapi ia dianggap perbuatan biadab dan kejam.

Akibat daripada bantahan itu, satu peraturan mengharamkan penggunaan angsa hidup dalam apa juga acara telah dikuatkuasakan bermula pada tahun 1920-an. Pada tahun 2008, Parti Haiwan Belanda turut mencadangkan bahawa sukan tradisi itu seharusnya diharamkan terus kerana melanggar etika normal hidup manusia.

Pihak penganjur bagaimanapun menolak cadangan itu. Dengan tegas mereka memberi alasan bahawa persoalan kekejaman sebenarnya tidak timbul. Ini kerana angsa yang diguna pakai dalam amalan itu sebetulnya telah mati dan bukannya lagi haiwan hidup.

Sumber:https://utusantv.com/2023/10/15/tradisi-unik-menarik-kepala-angsa-hingga-putus/

Yoonggi Publish time 22-12-2023 10:31 AM

walaupun dah tukar dgn angsa mati, tp masih savage apa perbuatan sentap leher dia smpai putus ni.

ezacbee Publish time 5-2-2024 02:29 PM

Cabut kepala manusia la baru rare..

{:gif_borja:}

AraBellaJuan87 Publish time 10-2-2024 01:23 PM

Ya Allah yang aneh2 je ek. Kesiannya angsa2 tu.. Sedih baca. Xkiralah masih hidup atau dah mati, kejam kot perilaku tu. Sama gak dengan adat kat tanah toraja. Kerbau dibiar berlari2, pastu ditebas supaya darah merecik2 yiiiiih ntah pape!

supernaturalee Publish time 2-4-2024 04:11 PM

eropah yg kononnya so called modern, pejuang hak asasi
yihhhh
Pages: [1]
View full version: Tradisi unik menarik kepala angsa hingga putus


ADVERTISEMENT