Raline Publish time 25-12-2023 10:23 PM

Ahli Sihir Pertama Yang Dibakar Salem Witch-hunt

Ahli Sihir Pertama Yang Dibakar Salem Witch-hunt

https://thepatriots.asia/wp-content/uploads/386092610_631306012524287_1546536637247086180_n-1200x800.jpg
Setelah kematian suami keduanya, seorang perempuan dituduh mengamalkan sihir! Ini bukan cerita Cik Siti Jalang di Kota Tinggi, tetapi tentang seorang perempuan bernama Bridget Bishop di Salem, Massachusetts, Amerika.

Sihir merupakan ketakutan orang barat terutamanya Sepanyol dan Perancis. Apabila imigran dari Eropah berhijrah ke benua Amerika, mereka membawa bersama kepercayaan lama dari gereja Katolik. Kitab Malleus Maleficarum yang ditulis pada 1486 dijadikan rujukan untuk mengenal pasti ahli sihir yang berdosa.

Apa yang buatkan orang takut dengan Bridget Bishop?

Kononnya, dua suami sebelumnya iaitu Samuel Wasselbe dan Thomas Oliver mati kerana disihir. Bahasa mudah, kena santau. Kalau dapat kat orang melayu, mungkin siap tuduh buat nasi kangkang.

Sebelum tu lagi, pada 1680 dia dah kena tuduh. Ada orang kata jembalang Bridget Bishop buat kacau. Jembalang tu curi telur dan takutkan kuda. Dah macam hantu raya kan. Sampai 10 orang berjiran mengadu kata Bridget Bishop ini penyihir.

Lelaki yang pernah bekerja di rumahnya pada 1685 pun tambah perisa, kononnya jumpa patung yang dicucuk jarum kat rumah perempuan itu. Ada juga pasangan suami isteri yang menyalahkan Bridget Bishop menjadi penyebab kepada kematian anak mereka. John Louder yang pernah mengintip ke ladangnya mengaku nampak babi hitam dan jembalang hitam kat situ.

Bridget Bishop dihukum bersalah dan mati digantung pada 1692. Meskipun nyawanya sudah terpisah daripada jadad, ketakutan orang barat kepada ahli sihir masih tak berakhir. Tak lama kemudian, 18 orang perempuan lagi turut diheret ke tali gantung atas dakwaan yang sama.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Sumber:https://thepatriots.asia/ahli-sihir-pertama-yang-dibakar-salem-witch-hunt/

Tinot7 Publish time 30-12-2023 12:04 AM

Nasib baik nama dia bkn Bridget Jones..

Yoonggi Publish time 29-1-2024 01:49 PM

dia x mengaku kan? tp ada baca somewhere dia cara berpakaian dia agak exotic dan dia suka pakai kaler yg bright, kira x conform to the norm pd zmn tu la
Pages: [1]
View full version: Ahli Sihir Pertama Yang Dibakar Salem Witch-hunt


ADVERTISEMENT