CARI-HBZ Publish time 11-1-2024 08:47 AM

‘Bunga’ RM1,000 Sehari! Gadis Merana Pinjam 16 Ah Long Nak Bayar Deposit Rumah

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202401/11/084544k9gcrbtt9rpx9kp6.png





HIDUP tak tenang kerana hutang!


Seorang gadis hidup dalam ketakutan akibat diburu ceti haram atau ah long selepas gagal melunaskan pinjaman wang yang dibuat pada Mac tahun lalu.


Menurut gadis itu, dia membuat pinjaman bagi membayar deposit rumah sewa, namun tidak menyangka akan terjerat dengan hutang sehingga lebih RM30,000.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202401/11/084616ym2wwq561ryzg1rg.pngKertas ugutan yang diletakkan di hadapan rumah mangsa.




"Mula bulan Mac tahun lepas sebab nak pindah rumah, perlukan deposit, sebab tu saya pinjam. Ada yang saya chat sendiri, ada juga daripada Facebook, saya mohon kat sana.


"Sebab saya ingat mereka ada lesen. Lepas tu saya tak boleh nak bayar sebab kena bayar mingguan, bukan bulanan.


"So saya pinjam dengan ah long lain untuk cover yang sebelum itu. Pinjam ini cover itu, sampai saya pinjam 16 orang ah long sampai RM32,000," dedahnya.


Saya tak boleh nak bayar sebab kena bayar mingguan, bukan bulanan. MANGSA


Gadis berusia 24 tahun yang tidak mendedahkan identitinya itu berkongsi kisah berkenaan menerusi video di TikTok Satria PPIM.


Menurut gadis itu, dia menyesal membuat pinjaman berkenaan dan berasa teraniaya kerana dikenakan bunga yang tinggi setiap kali terlewat membuat pembayaran.


"Dia (ah long) datang rumah fotostat MyKad, dia print dan tulis situ peminjam tak bayar. Dia letak nombor fon dia dan campak depan rumah.


"Dia punya interest apabila lambat bayar sehari naik sampai RM1,000. So saya rasa macam mereka melampau. Memang menyesal sangat sebab buat keputusan macam ni


"Fikir tak nak susahkan famili, actually kita tengah susahkan famili," ujar gadis itu lagi.


Satria PPIM turut berkongsi video pendek ketika mangsa menangis sambil meminta tolong daripada ibunya selepas dia terjerat dengan hutang ah long.


"Tak nak ummi, tak nak. Ummi tolong. Tolonglah orang ummi," ujar gadis itu sambil menangis di hadapan ibunya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202401/11/084709mnff9st8kfjsgzy5.png





Mangsa akui terbeban apabila hutang ah long perlu dibayar secara mingguan, bukannya bulanan.


Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati, namun ada yang turut berpandangan sinis terhadap tindakan gadis itu kerana membuat pinjaman wang dengan ah long.


"Nak komen tapi takut kecil hati pula. So doa baik-baik je la.


"Gilalah pinjam sampai 16 ah long. Kenapalah buat sesuatu tanpa bincang? Tak adanya berlesen bagai.


"Berapa ribu sewa rumah dia ni? Semoga dipermudah segala urusan.


"Mungkin bukan sewa rumah je kot, mungkin ada benda lain dia guna duit tu," tulis beberapa netizen.






Sumber : mStar

dua_chzy Publish time 11-1-2024 08:56 AM

Cerita tak telus. Tak percaya aku tatau tu along n pinjam duit sebab nak bayar deposit pindah ja.

Btw cash la sebab pi meminjam along. Macam sisc daerah aku yg jual nama aku, nombor IC segala kasik jadik penjamin dia (bukan aku sorang kena. Ada beberapa ketua panitia, kena. Sebab weols kena isi borang biodata guru tiap tahun bagi kat sisc tu apa motif ntah. Ropanya maklumat sulit digunakan untuk tujuan peribadi). Gred 52, buat perangai hanat sampai kena buang pi sekolah jadik cikgu biasa. Double cash.

KamikuP Publish time 11-1-2024 10:05 AM

yA ampon ko ni lembam ke apa sampai pinjam 16 ahlong? Citer mcm tak trasparent ke guna duit tu buat benda lain - ujarku ber prasangka jahat.. ekekeke

_kelly Publish time 11-1-2024 10:14 AM

mustahil la kau pinjam 16 along semata nak cover hutang deposit rumah

mamajawie Publish time 11-1-2024 10:16 AM

kenapa dikk???rumah ko sewa tu dalam bangunan klcc ke sampai banyak nau pinjam 16 ahlong ni??

prettyuglybabe Publish time 11-1-2024 10:17 AM

dengan rambut ombre macam tu, takdenya la deposit rumah..
entah dok sara rempit mana..

Madel Publish time 11-1-2024 10:25 AM

Edited by Madel at 11-1-2024 02:26 AM

Kes sepupu aku pulak.
Dia terpedaya dgn kerja partime on9 kat ig .
Yg jadi PS kat Shoppe tu.
Konon nak bantu parents dia, sekali kena scam smpai pinjam ahlong rm5k.
Niat dah baik nak bantu parents tapi sayang tersalah langkah.
Ujung2 bapak aku yg tolong..gi bayar Ahlong tu rm8800.
pinjam rm5k..bayar balik rm8800
Gila bnyk depa amik bunga sesaja.
Naseb baik baru lat1hari, jadi bunga nya tak besar sgt.
Amik sekali card ATM dia pastu gi tukar password apa semua kat bank.
Kecoh siot.:({:1_558:}

emera Publish time 11-1-2024 10:26 AM

Minah ni selera besar tp xde duit. Aku musykil bila tgk org karatkan rambut..

afie_m Publish time 11-1-2024 10:42 AM

harap dipermudahkan lah..pikir baik

gigahertz Publish time 11-1-2024 11:47 AM

prettyuglybabe: dengan rambut ombre macam tu, takdenya la deposit rumah..entah dok sara rempit mana..
i takut hujung hujung dia jadi P****r je.
sebab i pernah tengok filem hongkong jalan cerita
sebijik macam ni. tapi watak perempuan dalam filem tu bawak
watak tahi judi. sekali dah berhutang pinjam ahlong...

laksmanabentan Publish time 11-1-2024 12:32 PM

iya la tu pinjam buat deposit rumah...
hahahhahaha...

hujung2 minta NGO selesaikan...
huntong laaa hidup camtu....

syamzana Publish time 11-1-2024 12:42 PM

jenis sewa rumah lumpsum bayar setahun terus ke caner sampai pinjam along?
takde duit, sewa bilik sudah la. ke ko buat benda lain dgn duit tu?

anggeriklatifah Publish time 11-1-2024 12:50 PM

cam cite kawan aku
tapi bukan sebb nak byr rumah
tapi sebb bg pinjam kat jantan

memang bahlol dan bodoh

dah la keje kerani taraf spm
duit simpan ada sebb dok rumah ak ayah
kete pon takde sebb naik public transport
duit simpan byk la..tapi dok bg semua kat jantan
sampai kontang
semata2 nak dikahwini

pastu dtg jantan lain mintak duit
duit dia dah abis sanggup meminjam dgn kawan2 tak berjaya
pastu dia dok meminjam kat eon kredit dah ahlong berlesen

sekrng gaji dok byr hutang memnjang

jantan2 yg dia bagi duit smeua lari dah
pastu dok meroyan kat whatsup dok kata dia susah takde sape tolong

yg jantan2 banggang hanat dia bg pinjam tu takde lak nak mrh

dia pernah nak pinjam duit kat iols
memg idok ler iols nak bg pinjamm..iols kata tarak ada duit...takdok takdok...abisss

pastu iols upload g merata cafe yg ada kat shah alam
dgn upload g jalan2 kat oversea,langkawi ,sabah

hahahaha

pastu dia nak memerli iols
dia dok up quoto

''kalau ada duit,jgn kata tak da,nnt betul2 takdo''

hahahahaha..ade aku kisaahhh

dasar apam cepat meleleh tgok jantan terdesak nak berlaki


Thunderclouds Publish time 11-1-2024 01:21 PM

Gebang kuat nohhh..
Dh 16org along ko p pinjam harap org lain setel ko punya utang.
Hapo.
Ko sewa rumah apa sampai nk meminjam ribu² ngn along?
Siyes lar.

anggeriklatifah Publish time 11-1-2024 01:25 PM

Thunderclouds replied at 11-1-2024 01:21 PM
Gebang kuat nohhh..
Dh 16org along ko p pinjam harap org lain setel ko punya utang.
Hapo.


Ntah2 bagi jantan pinjam duit
Tapi malu nak camap

Kitty_catz Publish time 11-1-2024 01:27 PM

anggeriklatifah replied at 11-1-2024 12:50 PM
cam cite kawan aku
tapi bukan sebb nak byr rumah
tapi sebb bg pinjam kat jantan


kepam gundu ka kawan ang tu?

desperate nau

syafarah_2k Publish time 11-1-2024 01:28 PM

Ada kenalan iols pinjam 15 ahlong..katanya nk beli susu anak..anak baru sorang..tv kt umah 60 inci..laki bini keje biasa2 tp gaya hidup nk mewah.
Hujung2 bapak kena tolong bayar 20K lebih sb ahlong dah hari2 wassap family member mitak bayaran
Dia pinjam rm250..rm300 je kat setiap ahlong tu..tp ye lah dah interest mingguan..interest ikut jam pun ada {:8_665:}

Kitty_catz Publish time 11-1-2024 01:28 PM

ni mesti kes iphone 15 + jenjalan obersea + beli beg lv ;P

tak pun beli ysuku huntok borpen bewak

cash le dhekk... takkan la tak kenai ahlong tu sapooo ;P

plywood Publish time 11-1-2024 01:51 PM

dia tak tau kah pinjam along memang mcm tu.

.... kalau dapat bayar on time tak ada masalahlah selain dari bayar bunga tinggi. tetapi kalau tak dapat bayar on time memang mati kena sembelihlah... interest akan naik berganda-ganda

monreyes Publish time 11-1-2024 02:14 PM

depo istana ke dek
Pages: [1] 2
View full version: ‘Bunga’ RM1,000 Sehari! Gadis Merana Pinjam 16 Ah Long Nak Bayar Deposit Rumah


ADVERTISEMENT