pengecattaik Publish time 12-1-2024 10:29 PM

"Cikgu Bawang" disaman RM5 juta

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengemukakan notis tuntutan terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, supaya memohon maaf tanpa syarat berhubung hantaran berunsur fitnah di Facebook yang mendakwa beliau (Shamsul Iskandar), melakukan penyelewengan dana awam.
Tetuan SN Nair & Partners yang mewakili Shamsul Iskandar, menghantar notis tuntutan itu hari ini.
Menurut peguam Datuk SN Nair, anak guamnya menuntut Badrul Hisham menarik balik hantaran di Facebook itu dengan serta-merta dan memadamkan komen yang menyinggung perasaan dan bersifat memfitnah.
Beliau berkata anak guamnya juga menuntut aku janji bertulis daripada Badrul Hisham, untuk tidak mengulangi mana-mana dakwaan dan komen seperti dalam hantaran Facebook tersebut.
"Sekiranya anak guam saya tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh lima hari daripada tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memohon suatu perintah injunksi dan meneruskan tindakan perundangan terhadap Badrul Hisham.
"Anak guam kami juga mengarahkan kami untuk menuntut ganti rugi atau pampasan RM5 juta daripada Badrul Hisham atas kecederaan teruk dilakukan ke atas reputasi anak guam," kata peguam itu.
Notis tuntutan itu mendakwa pada 5 Januari lalu, Badrul Hisham telah menerbitkan atau menyebabkan penerbitan suatu hantaran melalui akaun Facebooknya di bawah nama 'Che GuBard' yang telah menerima 803 reaksi, 146 komen dan 274 perkongsian setakat tarikh surat ini.
Nair berkata hantaran itu merupakan kenyataan-kenyataan fitnah yang membawa maksud, antaranya Shamsul Iskandar telah menyalahgunakan kuasa sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, melakukan penyelewengan dana awam, seorang yang tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.
"Selain itu, kenyataan tersebut membawa maksud anak guam kami (Shamsul Iskandar) seorang yang korup dan telah melakukan jenayah, seorang yang licik dan menggunakan taktik kotor, seorang yang memanipulasikan orang lain serta tamak," kata Nair.
Menurut Nair, kenyataan fitnah itu tidak benar, berniat jahat serta penyelewengan fakta yang menunjukkan ketidakwajaran moral dan undang-undang di pihak anak guamnya dan pada dasarnya telah dilakukan dalam usaha untuk mencari publisiti murahan untuk meraih manfaat dan tujuan politik. – BERNAMA

manop Publish time 13-1-2024 12:05 AM

{:8_669:}

Erotika Publish time 13-1-2024 12:15 AM

langau2 politik!!

plywood Publish time 25-1-2024 12:54 PM

kalau kena tinggal ni jerlah ada..

https://down-my.img.susercontent.com/file/45561b002d78ecf7e3580422bedb9e63

makita Publish time 25-1-2024 06:09 PM

Mamat ni mmg kaki bawang sejak sekolah. Masa darjah 5 menang pertandingan bercerita. Bakat tu bwak sampai skrg.

Decaffeinated Publish time 27-1-2024 02:23 PM

Bagus kita mengembang mekarkan budaya saman menyaman ni baru masing2 pakai otak bila nak buka mulut.

syamzana Publish time 27-1-2024 02:28 PM

makita replied at 25-1-2024 06:09 PM
Mamat ni mmg kaki bawang sejak sekolah. Masa darjah 5 menang pertandingan bercerita. Bakat tu bwak s ...

kwn chuols ke? tak sangka ya bakat membawang tu pun ada yg semulajadi:lol::lol:

makita Publish time 27-1-2024 02:38 PM

syamzana replied at 27-1-2024 02:28 PM
kwn chuols ke? tak sangka ya bakat membawang tu pun ada yg semulajadi

Kwn masa sekolah merangkap 1 perumahan. Tapi mmg dia ni kaki bwg. Mmg kepoh2 kaki report kt abg meols kalau ada sesuatu libatkan meols dlm kelas. Gila bawang mamat ni. Bdk2 lelaki pon tamo kwn dgn dia psal kepoh gila. Benda gosip2 dia suka lah.

Masa pilihan raya ujung 90an dia dah join kempen2 ni. Lepas spm mcm tak ketahuan sambung belajar. Alih2 org pgil dia cikgu..

supernaturalee Publish time 15-5-2024 05:08 PM

plywood replied at 25-1-2024 12:54 PM
kalau kena tinggal ni jerlah ada..

wow...merahnya mak ngah


{:8_643:}

cmf_jeangrey Publish time 15-5-2024 05:23 PM

makita replied at 27-1-2024 02:38 PM
Kwn masa sekolah merangkap 1 perumahan. Tapi mmg dia ni kaki bwg. Mmg kepoh2 kaki report kt abg me ...

Ingatkan rekaan je gelaran bawang tu rupanya betul :lol:

Ada juga ye jantan kaki kepoh kalah si joyah merewang kat tepi tingkap rumah org di pagi hari




ketipongtipah Publish time 15-5-2024 08:49 PM

plywood replied at 25-1-2024 12:54 PM
kalau kena tinggal ni jerlah ada..

{:gif_haha:}
Pages: [1]
View full version: "Cikgu Bawang" disaman RM5 juta


ADVERTISEMENT