rizalra75 Publish time 2-2-2024 10:26 AM

PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR

Edited by rizalra75 at 2-2-2024 10:39 AM

Assalamualaikum semua,

Pada tahun 1999, popular dan viral berkenaan pendaratan UFO di kampung Bemban HIlir yang mana kisah ini benar-benar berlaku dan telah dilaporkan dalam majalah Mustika, Variasari dan sebagainya pada tahun 1999.

Berikut saya lampirkan kisah tersebut yang di ambil dari majalah Variasari terbitan bulan September 1999.

Sila beri pandangan dan ulasan anda??

Siapa ada kisah kemunculan dan penampakan UFO di Sungai Manik di Teluk Intan dalam majalah Mustika? Saya ada beli dulu tapi majalah dah hilang. Saya fikir kemunculan UFO ni ada kaitan dengan apa yg saya nampak dulu.

keypochino Publish time 29-2-2024 09:41 AM

apa yg awk pernah nampak dulu?

rizalra75 Publish time 20-3-2024 01:59 PM

Edited by rizalra75 at 21-3-2024 01:39 PM

keypochino replied at 29-2-2024 09:41 AM
apa yg awk pernah nampak dulu?
Sebuah UFO yg dibawahnya ada lampu berwarna biru, merah dll. Berkelip-kelip camtu. Lebih kurang tinggi 9 ke 10 tingkat..langsung x mengeluarkan bunyi

Berlaku pada waktu malam lebih kurang pukul 9.30 malam sekitar 2006 ke 2007 ke 2009 dah x ingat

keypochino Publish time 31-3-2024 04:23 PM

rizalra75 replied at 20-3-2024 01:59 PM
Sebuah UFO yg dibawahnya ada lampu berwarna biru, merah dll. Berkelip-kelip camtu. Lebih kurang tin ...

wow.. masa tu awk berada berapa jauh dari situ? tggu sampai UFO tu hilang atau awk lari?

rizalra75 Publish time 15-5-2024 03:49 PM

keypochino replied at 31-3-2024 04:23 PM
wow.. masa tu awk berada berapa jauh dari situ? tggu sampai UFO tu hilang atau awk lari?

Masa tu tengah naik motor balik kerja dari Bandar Seri Iskandar ke Langkap, Perak.

Betul betul atas kepala ternampak. memang ada lampu-lampu dibawahnya.
Memang seingat saya xde bunyi langsung sebab saya x dengar apa2. Mungkin tgh naik moto x dengar kot.

Bila saya nampak tu memang terkejut giler dan saya yakin itu bukan helikopter, atau pesawat komersil sebab ia terbang rendah.

Saya memang pecut laju2 sebab takut berlaku sesuatu kat saya.

Selepas saya pecut saya lihat objek tersebut dibelakang sbelah kiri macam2 berlegar2 dan memerhati saya...selepas tu dah x nampak apa2 dah
Pages: [1]
View full version: PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR


ADVERTISEMENT