pengecattaik Publish time 19-2-2024 03:45 AM

Seperti gila talak, PAS masih menaruh harapan…

Edited by pengecattaik at 1-3-2024 11:54 PM

PETALING JAYA: PAS yakin akan memimpin Selangor pada PRU16 sekali gus menjadikan negeri itu lebih berdaya saing.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad, berkata perkara itu adalah ikrar dinyatakan pihaknya pada permukiman selama tiga hari buat kali pertama bagi pesuruhjaya PAS negeri yang baharu, Ab Halim Tamuri.

“PAS berikrar akan menjadikan Selangor sebagai negeri lebih berdaya saing dalam sektor ekonomi, bersih daripada pemimpin politik yang korup, penggunaan sumber yang berkesan, infrastruktur berkualiti dan tadbir urus cekap untuk semua kaum dan agama selepas PRU16,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, PAS yakin Selangor hanya akan lebih makmur dan mampu menyediakan peluang pekerjaan lebih tinggi apabila negeri itu dibangunkan bersama secara adil oleh tokoh masyarakat kaum Melayu, Cina, India dan kaum lain.

Zurk berkata, pihaknya akan melancarkan projek khas dengan slogan “PAS for All” bagi mencapai resolusi bertindak yang melibatkan tokoh pemikir pelbagai kaum dan agama sebagai titik mula kepada usaha menawan Selangor.

Pada PRN Selangor sebelum ini Pakatan Harapan (PH) kekal memerintah selepas menang 34 daripada 56 kerusi DUN.

Manakala PAS yang bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) menang di 22 DUN.

-FMT


Publish time 19-2-2024 05:33 AM

PAS FOR ALL masa TGNA masih hidup.sekarang PAS dah jadi ultra konservatif

stingergrumpy Publish time 19-2-2024 06:18 AM

Tidak ada negeri yg lebih berdaya saing seperti mana kelantan yg diterajui pas


Sure.....

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

akies Publish time 19-2-2024 07:30 AM

Cukuplah terengganu dgn kelantan :shutup:

snowflakes Publish time 19-2-2024 07:42 AM

Tak salah pun bercita2 tinggi... yang penting ph kena perform tu je

mojarean_X Publish time 19-2-2024 10:37 AM

Iols suspect PRU16 jajaran politik baru akan terbentuk. Iols yakin PMX akan bersatu ngan PAS.

honam Publish time 19-2-2024 10:41 AM

aku rasa ramai melayu akan sokong pas next pru

Perwira2022 Publish time 19-2-2024 01:50 PM

Tak mustahil pun sebab tinggal 2% Melayu saja yg sokong PH... Ni spesis Melayu liberal & pluralism agama, pro liwat & LGBT, boleh tolerate penyakau hoi ya hoi dan akal tak berapa cerdik.

haruslah Publish time 19-2-2024 11:01 PM

Jadi pembangkang stand alone atau + PN nampak kurang berkesan
Sbb tu gomen sesuka hati je

Rogue98 Publish time 19-2-2024 11:32 PM

Terpancut2 walaun baca tajuk ni...;P

B40tastePosh Publish time 20-2-2024 12:36 AM

PAS for All tu slogan zaman Tok Kaduk.

Tulisan pun dah pudar, punya purba nye slogan tu.

{:8_651:}

Suchi Publish time 20-2-2024 01:10 AM

Mcm nk ckp selangor selama ni mundur ke?
Btw iols baru pestime sampai JB minggu lepas, tiber rasa mcm kat KL/Selangor
Patutla disebut2 antara bandar yg maju haa mmg berbeza tul berbanding ibu negeri kat negeri2 lain.

Suchi Publish time 20-2-2024 01:12 AM

mojarean_X replied at 19-2-2024 10:37 AM
Iols suspect PRU16 jajaran politik baru akan terbentuk. Iols yakin PMX akan bersatu ngan PAS.

Kira rujuk balik ke apa?
Padahal dorang ni dh lama nk tunggu kejatuhan umno tup2 umno dah jatuh tp dikala depa dah bercerai berai

5 thn tempoh masa yg lama
Mcm2 boleh jd dlm waktu tersebut

laqoyah Publish time 20-2-2024 05:33 AM

Gila isin....

Apoo Publish time 20-2-2024 09:26 PM

mojarean_X replied at 19-2-2024 10:37 AM
Iols suspect PRU16 jajaran politik baru akan terbentuk. Iols yakin PMX akan bersatu ngan PAS.

In case hj hadi meninggal, maybe possible. Selagi mamat tu hidup, mcm susah je. Dia mmg jaki dgn PMX dari dulu lagi. Semua pimpinan PAS start allahyarham Ustaz Fadhil Noor & Nik Aziz pandang tinggi kat PMX.

FOTHER-MUCKER Publish time 20-2-2024 09:30 PM

Mungkinlah apabila semua orang Trengganu kelantan kedah semua pindah ke selangor

Rogue98 Publish time 20-2-2024 09:43 PM

Tak ingin aku Selangor jadi mcm Kelantan...maju kan Kelantan dulu sebelum berangan nak selangor.

Erotika Publish time 1-3-2024 10:55 PM

{:8_651:}{:8_651:}

mamarilia Publish time 2-3-2024 04:02 AM

mojarean_X replied at 19-2-2024 10:37 AM
Iols suspect PRU16 jajaran politik baru akan terbentuk. Iols yakin PMX akan bersatu ngan PAS.

kebarangkalian tinggi tapi tanpa TGHH.. dia ni mcm ada personal problem dgn DSAI

stingerkentot Publish time 2-3-2024 11:09 PM

Jgn berharap..nanti termalu sendiri...bukan x pernah terjadi
Pages: [1] 2
View full version: Seperti gila talak, PAS masih menaruh harapan…


ADVERTISEMENT