mattzzx Publish time 26-3-2024 10:05 AM

Alonso dalam radar Red Bull?

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/alonso22_1711417914.jpg
ALONSO dikaitkan dengan perpindahan ke Red Bull. FOTO AP

London: Fernando Alonso muncul sebagai pesaing utama untuk menyertai Red Bull jika Max Verstappen meninggalkan Mercedes, menurut Ralf Schumacher.

Kontrak Verstappen dengan Red Bull tamat pada penghujung 2028, bagaimanapun disebabkan pergeseran dalaman yang berterusan berkaitan prinsipal pasukan, Christian Horner, dia mungkin akan meninggalkan pasukan lebih cepat.

Red Bull juga perlu membuat keputusan mengenai masa depan Sergio Perez, yang kontraknya akan tamat pada akhir tahun ini.

Mereka mungkin mahu bertindak balas terhadap keputusan Ferrari yang menandatangani Lewis Hamilton untuk bergandingan bersama Charles Leclerc pada tahun depan.


Red Bull mungkin akan menawarkan perkara sama kepada Alonso selain Carlos Sainz yang menerima pujian Horner selepas meraih kemenangan di Australia.

Schumacher mendedahkan khabar angin terbaru perpindahan Alonso ke Red Bull adalah kemungkinan serius.

"Bukan sahaja Max, tetapi juga pasukan sedang memikirkan alternatif, dan kini terdapat khabar angin yang benar-benar baru," kata Schumacher kepada Sky Germany.

"Christian Horner sentiasa menjadi peminat tegar Fernando Alonso. Nampaknya terdapat minat untuk membawa Alonso ke Red Bull jika Max Verstappen meninggalkan pasukan," katanya lagi.

Pada usia 42 tahun, Alonso yang berada di tahun-tahun terakhir kariernya, mengintai untuk meraih satu lagi kejuaraan dunia.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/03/1074004/alonso-dalam-radar-red-bull

Supersirap Publish time 26-3-2024 12:30 PM

salah satu pelumba yang legend
Pages: [1]
View full version: Alonso dalam radar Red Bull?


ADVERTISEMENT