mattzzx Publish time 2-4-2024 10:42 AM

Pemilik F1 kuasai MotoGP

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gp_1712023337.jpg
PELUMBA MotoGP melayan selekoh di Litar Portimao. FOTO AFP

Paris: Pemilik Formula Satu (F1) Liberty Media bersetuju untuk membeli MotoGP dengan nilai perjanjian sekitar AS$4.5 bilion (RM21.26 bilion), umum syarikat dari Amerika Syarikat itu semalam.

MotoGP dalam kenyataannya berkata, Liberty Media akan memiliki sekurang-kurangnya 86 peratus saham syarikat Dorna yang berpangkalan di Sepanyol dengan nilai anggaran AS$4.5 bilion (RM21.26 bilion).

Pengambil alihan dijangka selesai pada penghujung 2024 bergantung kepada kelulusan dan pelepasan daripada pihak berkuasa pelaburan perundangan asing.

Liberty bukan satu-satunya syarikat pertama memiliki F1 dan MotoGP. Firma ekuiti swasta CVC Capital Partners memiliki kedua-dua F1 dan MotoGP tetapi terpaksa menjual siri perlumbaan motosikal itu untuk membeli F1 selepas mendapat bantahan daripada jawatankuasa pertandingan EU.


"Liberty Media Corporation mengumumkan persetujuan memiliki MotoGP. MotoGP adalah kemuncak perlumbaan dua roda," menurut kenyataan dikeluarkan MotoGP.

"Liberty Media akan memiliki anggaran 86 peratus kepentingan Dorna dengan pengurusan Dorna mengekalkan 14 peratus ekuiti mereka dalam perniagaan."
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/04/1076400/pemilik-f1-kuasai-motogp
Pages: [1]
View full version: Pemilik F1 kuasai MotoGP


ADVERTISEMENT