Abahmung Publish time 3-4-2024 12:18 PM

Pengerusi SPANCO didakwa tipu kontrak kerajaan RM3.9 bilion

Pengerusi SPANCO didakwa tipu kontrak kerajaan RM3.9 bilion
Oleh Faris Fuad - April 3, 2024 @ 9:58am
faris.fuad@bh.com.my


https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh3tan_1712114725.jpg
Tan Sri Robert Tan Hua Choon (tengah) hadir ke mahkamah atas dakwaan rasuah perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Farhan Razak


KUALA LUMPUR: Pengerusi Spanco Sdn Bhd (SPANCO), Tan Sri Robert Tan Hua Choon, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menipu hingga mendorong Kementerian Kewangan (MOF) menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9 bilion, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, pengerusi syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan berusia 83 tahun itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di depan Hakim, Suzana Hussin.

"Faham (pertuduhan), saya tidak bersalah. Saya sudah tolong negara banyak lama," katanya.

Mengikut pertuduhan, Hua Choon didakwa menipu MOF dengan memperdayakan Jawatankuasa Pembuka Peti Tender bagi tender bertajuk 'Request for Proposal for Supply, Repair, Maintenance and Management of Government of Malaysia Vehicle Fleet' Unit Kerjasama Awam Swasta MOF bahawa terdapat pemilikan saham sekurang-kurangnya 30 peratus oleh Bumiputera di syarikat SPANCO.


Ia melalui dokumen bertajuk 'Appendix IV (Annex i) Bidder's Profile' dan dengan itu tertuduh secara tidak jujur mendorong MOF untuk menganugerahkan kontrak 'Supply, Repair, Maintenance and Management of Govemment of Malaysia Vehicle Fleet' bernilai RM3,966,386,628 kepada syarikat SPANCO yang mana MOF tidak akan berbuat begitu sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Kesalahan didakwa dilakukan di Bilik Tender Unit Kerjasama Awam Swasta, MOF, Aras 10, Blok Menara, Menara Usahawan, Presint 2, Persiaran Perdana, Putrajaya, pada 27 serta 28 Februari 2019 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, mencadangkan jaminan RM2 juta dengan seorang penjamin terhadap tertuduh yang sudah dipersetujui pembelaan tokoh korporat berkenaan.

"Syarat jaminan lain dikehendaki serahkan pasport hingga kes selesai dibicarakan dan memohon tertuduh melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada minggu pertama setiap bulan.

"Ketiga, tertuduh tidak dibenarkan mengacau ganggu atau berhubung saksi pendakwaan secara terus atau menerusi pihak ketiga hingga kes selesai," katanya.

Bagaimanapun, peguam bela Hua Choon, Datuk Wan Azmir Wan Majid, mengesahkan tidak membantah cadangan jaminan RM2 juta walaupun ia dilihat sebagai jumlah yang tinggi.

"Anak guam ada 'hypertension' (darah tinggi), sakit lutut dan belakang, selain sentiasa memerlukan bantuan perubatan. Pergerakan anak guam bergantung kepada tongkat dan sentiasa dibantu individu lain untuk urusan harian.

"Dalam kes ini, penjamin adalah anak tertuduh. Seterusnya, permintaan untuk menyerahkan pasport menyekat perjalanan dan pergerakan anak guam.

"Dengan demikian, syarat melapor setiap bulan adalah tidak perlu memandangkan ada syarat sedemikian. Secara alternatif, saya memohon untuk mempermudahkan anak guam untuk melapor diri setiap tiga bulan kerana tiada risiko melarikan diri," katanya.

Sementara itu, peguam pemerhati mewakili SPANCO, Razlan Hadri, khuatir tertuduh sebagai pengarah eksekutif syarikat yang masih aktif dalam perniagaan tidak sengaja berhubung dengan saksi pendakwaan.

"Boleh kami dapatkan senarai saksi? Apakah maksud kacau ganggu? Saya tahu tak boleh kacau ganggu dalam kes ini tetapi sekiranya tertuduh tak berhubung langsung dengan mana-mana pegawai SPANCO mungkin agak sukar.

"Boleh dapatkan penjelasan daripada pendakwaan," katanya.

Mahadi kemudian berkata, pertembungan antara saksi yang masih bekerja di syarikat itu dan tertuduh tidak dapat dielakkan.

"Bagaimanapun, bila kita katakan berkenaan dengan kacau ganggu saksi apabila mendapat laporan ada cubaan berbincang dengan saksi berkenaan dengan perkara di mahkamah atau sebarang usaha mempengaruhi saksi untuk memberi keterangan.

"Itu maksud kami. Bukan maksud tidak boleh bertembung langsung atau saksi perlu meletak jawatan di syarikat itu," katanya.

Hakim membenarkan jumlah jaminan dengan seorang penjamin seperti dipersetujui pendakwaan dan pembelaan dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah, tertuduh tidak boleh mengganggu saksi secara terus atau melalui pihak ketiga serta melaporkan diri di pejabat SPRM setiap dua bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun ini.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

SPRM turut menyerbu empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan, selain memanggil lebih 20 individu dan sudah membekukan kira-kira 80 akaun syarikat serta individu berkaitan dalam kes itu.

Selain itu, SPRM turut merakam percakapan bekas Menteri Kewangan berkait kontrak perolehan membabitkan syarikat berkenaan.


embed/rvltHX0YoJQ?autoplay=1



ifanonline Publish time 3-4-2024 12:43 PM

betul2 muka apek mainland China si Tan Sri ni

tripleid Publish time 3-4-2024 01:27 PM

Jgn main2 dgn kjaan Madani..ko dato ka, tan sri ka..sakau kalu dalam masukk..:D



https://sabahkini2.org/public/data/files/FAIL_2024/JANUARI_2024/taikun_spanc_diserbu_sprm.jpg
https://thesun.my/binrepository/ptj16-24032020-pm-6394542_1042056_20200324190817.jpg



shamsadis Publish time 3-4-2024 01:55 PM

Pada 1993, Spanco diberi perjanjian konsesi selama 25 tahun dengan kerajaan Malaysia bermula 1994, yang membenarkan syarikat itu menyediakan dan memajak kereta dengan perkhidmatan penyelenggaraan penuh untuk kerajaan.




s@s@ Publish time 3-4-2024 02:11 PM

menipu mof tahun 2019?

Skuau Publish time 3-4-2024 03:30 PM

'kita talak tipu maaa....kita pandai meniaga'.

kasibiman Publish time 3-4-2024 04:23 PM

Cash.

Better late than never.

Elated.

Yipeee

sharlenetexas Publish time 3-4-2024 04:34 PM

Tan vs tan


ifanonline Publish time 3-4-2024 04:37 PM

melayu,cina dan keling semua sama shj bersengkokol dlm rasuah

cmf_premierleag Publish time 3-4-2024 05:23 PM

sharlenetexas replied at 3-4-2024 04:34 PM
Tan vs tan

Tan tan tut keladi wewe
Sapa terkentut dia ketawe
:loveliness:

saden Publish time 4-4-2024 08:50 AM

cmf_premierleag replied at 3-4-2024 05:23 PM
Tan tan tut keladi wewe
Sapa terkentut dia ketawe

Hahahaha macam Seoul!

Dah 50 tahun tak dengar lagu ni. Tapi aku rasa ni macam kat Johor je yang ada.

Nurdianah Publish time 20-4-2024 01:55 PM

Mmmmmm…

Kurex Publish time 20-4-2024 06:06 PM

cmf_premierleag replied at 3-4-2024 05:23 PM
Tan tan tut keladi wewe
Sapa terkentut dia ketawe

Terkentut takpe, tak sengaja.. dimaafkan disisi syarak.. selagi ada “ter” memang tak apa
- @kakikuDibibirmu

otai_g Publish time 20-4-2024 06:38 PM

Bkn kerajaan je, aku pun tertipu. Ingtkan spanco tu cmpny melayu. Rupa2nya..

Tp as usual, mesti dpt sokongan drp dato2 Dan tan Sri melayu jgk ni. Mkn % upah tumpang nama. Bnyk je kan cmpny yg mcm tu.

VespaSilbe Publish time 21-4-2024 12:58 AM

Oh dia tifu dia bumiputera ke.. sapa award tender.. kejadah purak2 tak check
Pages: [1]
View full version: Pengerusi SPANCO didakwa tipu kontrak kerajaan RM3.9 bilion


ADVERTISEMENT