maklukpenggoda Publish time 13-4-2024 09:17 PM

Takut kahwin, anda mungkin penghidap 'gamophobia'

Edited by maklukpenggoda at 14-4-2024 09:57 AM

PETALING JAYA – Penghidap ‘gamophobia’ sukar untuk berhadapan dengan soalan berkaitan kehidupan peribadi masing-masing.
Menurut hantaran Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook, golongan ini juga fobia untuk berkahwin atau berpasangan kerana takut memberikan komitmen.
“Individu yang menghidap gamophobia selalunya akan rasa cemas apabila melihat pasangan lain bahagia.
“Mereka juga akan alami kerisauan yang melampau ketika menjalinkan hubungan,” katanya.
Selain itu, mereka juga sentiasa bimbang hubungan mereka akan berakhir secara tiba-tiba dan mungkin bertindak memutuskan hubungan dengan insan yang mereka cintai tanpa berfikir panjang.
Menurut PHM, ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menghidap gamophobia, antaranya adalah trauma masa lampau serta rasa sakit kerana pernah dikecewakan sebelum ini.
“Antara penyebab utama fobia ini adalah individu tersebut mungkin pernah melalui pengalaman ibu bapa bercerai atau pernah dikecewakan dalam percintaan.
“Mereka juga mungkin pernah gagal dalam hubungan dalam perkahwinan sebelum ini atau bersikap terlalu tegas dalam memilih pasangan,” katanya.
Bagaimanapun, penghidap fobia ini boleh menyukai seseorang, tetapi perasaannya akan bertukar menjadi takut setelah diajak menjalinkan hubungan yang lebih serius.
Menurut PHM, sekiranya masalah ini berterusan, penghidap gamophobia perlu mendapatkan bantuan dan rawatan daripada pakar. – KOSMO! ONLINE

Kurex Publish time 13-4-2024 09:25 PM

Sepanjang raya ni asyik ditanya aku bila nak kawen

gigahertz Publish time 13-4-2024 09:43 PM

i punya pantang larang :
a) jodoh dari pantai timur atau borneo.
b) jodoh dari adik beradik ramai lebih 3 orang
c) jodoh dari anak sulung atau anak pertama

dan akibatnya sampai sekarang i tak kahwin2

Tinot7 Publish time 13-4-2024 10:38 PM

Kurex replied at 13-4-2024 09:25 PM
Sepanjang raya ni asyik ditanya aku bila nak kawen

Kluaq lemari je la..

Tinot7 Publish time 13-4-2024 10:38 PM

gigahertz replied at 13-4-2024 09:43 PM
i punya pantang larang :
a) jodoh dari pantai timur atau borneo.
b) jodoh dari adik beradik ramai l ...

Hang memilih sgt..

Thunderclouds Publish time 14-4-2024 07:12 AM

gigahertz replied at 13-4-2024 09:43 PM
i punya pantang larang :
a) jodoh dari pantai timur atau borneo.
b) jodoh dari adik beradik ramai l ...

Aku mmg anti org pantai timur.
Dgr dorg mnyembang sesama pn meluat.
Siyes.
XSUKA kehh.
Kapel ngn org kedah/penang je zmn bujang.
Ujung² bjodohan ngn org pantai timur jua;P:lol:
Yg kita meluat xsuka tu ler auloh bg.

zehra2 Publish time 14-4-2024 07:34 AM

tkde fobia apa² laa.. cuma tk mikir jd tkde la dlm radar. ada byk lg impian yg aku nk buat.. kawin tu satu tgjwb. aku ni kdg urusan peribadi pun kelam kabut. kesian anak org.

adm7 Publish time 14-4-2024 09:18 AM

Kat Malaysia ni ko jangan tak kahwin je. Nanti kena kutuk/cerca dengan geng-geng bingai tak takut dosa. Kalau ko bermasalah lepas kahwin ke, dapat pasangan zalim/tak bertanggungjawabke pandai-pandai la terlungkup sorang-sorang. Takda sapa yang kesah

Zeatyisaac Publish time 14-4-2024 12:15 PM

I nak kahwin tapi takut sebab I kaya. Pencen pun mahal. I takut kena bunuh sebab husband nak harta. So, baik I guna harta I untuk melancong ke serata dunia, tak perlu minta izin sesiapa. Tapi kalau tertakdir I kahwin, I kena pastikan dia pun kaya.

ninja boy Publish time 14-4-2024 03:33 PM

Edited by ninja boy at 14-4-2024 03:34 PM

Ai setujuk 1) jgn panta timur dan Borneo 2) sibling terlalu ramai, 3) bukan biawak nasis panas baran mental taik dadah mulut jahat kaki bomoh gay lesbian kaki curang

green~tea Publish time 14-4-2024 03:36 PM

Ikut dia lahhhhhhh nak kawen ke tidak .. perlu ke ejek decision hidup orang..

Ada dia mintak duit kau ke sbb tanak kawen?? Takde kan.?? Rengsa dah kenapa...

green~tea Publish time 14-4-2024 03:39 PM

Thunderclouds replied at 14-4-2024 07:12 AM
Aku mmg anti org pantai timur.
Dgr dorg mnyembang sesama pn meluat.
Siyes.


Aku dulu kerja melaka so benci sangat dgn org melaka sbb mulut & bahasa kasar...


Skali berjodohan dgn orang melaka soft spoken sekali mak pak cakap lembut... siap pakej diorang nak ikut i balik beraya ke terengganu :lol:

nikaido Publish time 14-4-2024 03:56 PM

gigahertz replied at 13-4-2024 09:43 PM
i punya pantang larang :
a) jodoh dari pantai timur atau borneo.
b) jodoh dari adik beradik ramai l ...

Pantai timur bolehla asalkan bukan sskjp tadak air kaki buang sampah merata

TomyamPuteh Publish time 14-4-2024 06:08 PM

Bestnyer kawin. Dpt pulak mentua dari syurga. Rezeki sgt tauuuu.

zuuu Publish time 14-4-2024 06:59 PM

Zeatyisaac replied at 14-4-2024 12:15 PM
I nak kahwin tapi takut sebab I kaya. Pencen pun mahal. I takut kena bunuh sebab husband nak harta....

Semoga jumpa jodoh yg sekufu ngan ko

Jitu Publish time 14-4-2024 11:49 PM

belum bertemu jodoh lg tu la yg sebenarnya
cuma risau jugak kan bila umur da lewat ni

Jitu Publish time 14-4-2024 11:50 PM

gigahertz replied at 13-4-2024 09:43 PM
i punya pantang larang :
a) jodoh dari pantai timur atau borneo.
b) jodoh dari adik beradik ramai l ...

pantai timur ada 3 ko kena jelas
yg 2 negeri okay cuma yg 1 lg tu la.... ;P

hokeypokey Publish time 15-4-2024 12:03 AM

kalau penyakit takut bercerai kita panggil apa plak???

gigahertz Publish time 15-4-2024 12:31 AM

Tinot7 replied at 13-4-2024 02:38 PM
Hang memilih sgt..

Cuba u tgk berapa banyak masa terbuang
Setiiap kali musim raya

Tinot7 Publish time 15-4-2024 09:50 AM

hokeypokey replied at 15-4-2024 12:03 AM
kalau penyakit takut bercerai kita panggil apa plak???

Penyakit asalkan berlaki..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Takut kahwin, anda mungkin penghidap 'gamophobia'


ADVERTISEMENT