maklukpenggoda Publish time 13-4-2024 09:27 PM

Berminat nak jadi cikgu, masuk le

Edited by maklukpenggoda at 13-4-2024 10:22 PM

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperluas pengambilan calon guru tajaan KPM bagi mengikuti latihan pra perkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Inisiatif itu terbuka kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Program Matrikulasi.
Inisiatif tersebut bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohonkemasukan ke program PISMP.
“Calon yang terpilih akan dilatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk tempoh kursus selama empat tahun.” katanya dalam satu kenyataan.
Langkah ini juga dilihat sebagai komitmen berterusan pihak kementerian dalam menangani isu kekurangan guru selain memastikan kualiti calon guru terbaik yang dapat menyumbang kepada agenda reformasi pendidikan negara.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memberi maklumat lanjut mengenai cara permohonan dan tempoh permohonan dibuka. – UTUSAN

Ahriman Publish time 13-4-2024 09:46 PM

Iols tk paham.bukan sama ke dngn sebelum ni.?
Ni perjalann Adik iols nk jdi cikgu SPM-STAM-masok U(course pendidikan rasanya)-praktikal-cikgu.
Apa pro dan cons nya klau ada program ni?

Tinot7 Publish time 13-4-2024 10:47 PM

Best sgt ka keje cikgu?

B40tastePosh Publish time 14-4-2024 12:29 AM

Tinot7 replied at 13-4-2024 10:47 PM
Best sgt ka keje cikgu?

Tak best kecuali ko memang passion sebagai pendidik dan suka mendidik.

Tinot7 Publish time 14-4-2024 08:22 AM

B40tastePosh replied at 14-4-2024 12:29 AM
Tak best kecuali ko memang passion sebagai pendidik dan suka mendidik.

Okayy...


jazaa100 Publish time 14-4-2024 08:42 AM

Tinot7 replied at 13-4-2024 10:47 PM
Best sgt ka keje cikgu?

Aku tgok best je....
Keja separuh hari...
Cuti pun byk...
Gaji byk banding kerja lain....
Nak raya dpt 2x bonus....
Kau hadoo....

Tinot7 Publish time 14-4-2024 08:45 AM

jazaa100 replied at 14-4-2024 08:42 AM
Aku tgok best je....
Keja separuh hari...
Cuti pun byk...


Sepupu2 iols keje cikgu.. bz memanjang.. tapi best kott sbb anak dia pun apply keje cikgu

hokeypokey Publish time 15-4-2024 12:22 AM

tak berminat, sekian

B40tastePosh Publish time 15-4-2024 05:48 AM

Edited by B40tastePosh at 15-4-2024 05:51 AM

jazaa100 replied at 14-4-2024 08:42 AM
Aku tgok best je....
Keja separuh hari...
Cuti pun byk...


Aku rasa tak best....sebab jadi cikgu ni ko tak nampak hasil..melainkan tengok anak murid ko berjaya dari jauh.

Jadi Guru lebih pada pengorbanan sebab tu bila tak dapat kepuasan,cikgu2 buat kerja sambilan berniaga.

Tapi kalau dia passion memang mendidik dia akan jadi pendidik sampai mati. Terutama cikgu2 seni, korang boleh tengok diorang masih melukis dan buat seramik sambil mengajar di rumah even dah tak kerja di Kolej dan Sekolah...diorg buat kerja freelance ajar art kat pada orang luar...banyak juga income diorg kalau charge sorang RM100-RM200 satu kelas. Mana tahu satu masa dengan bayaran tu diorg boleh buka galeri, buat competition dan Art College.

zehra2 Publish time 15-4-2024 07:41 AM

dlm tempoh 4 thn tu masih dpt elaun tak mcm dulu.
kot pptpn gak nk kna support payah ler

jazaa100 Publish time 15-4-2024 08:27 AM

B40tastePosh replied at 15-4-2024 05:48 AM
Aku rasa tak best....sebab jadi cikgu ni ko tak nampak hasil..melainkan tengok anak murid ko berja ...

Cikgu ni pahala berterusan....ingat tu je....
Lagi satu kena ikhlas mendidik, bkn pikir duit je.....

azalia72 Publish time 15-4-2024 08:47 AM

zehra2 replied at 15-4-2024 07:41 AM
dlm tempoh 4 thn tu masih dpt elaun tak mcm dulu.
kot pptpn gak nk kna support payah ler

My doter next year habis belajar dah kat IPG. Dia dapat elaun RM430, kalau batch yg 3 tahun sblm dia dapat RM600.Ni kalu dah offer ramai2 masuk IPG ada kemungkinan elaun kena potong lagi la gamaknya

zehra2 Publish time 15-4-2024 09:49 AM

azalia72 replied at 15-4-2024 08:47 AM
My doter next year habis belajar dah kat IPG. Dia dapat elaun RM430, kalau batch yg 3 tahun sblm d ...

elaun tu adalah kontrak. kwn kami dulu belum 3 thn dah resign sbb ikut suami tggl luar negara. kena byr 45k

reenz013 Publish time 15-4-2024 12:24 PM

jazaa100 replied at 15-4-2024 08:27 AM
Cikgu ni pahala berterusan....ingat tu je....
Lagi satu kena ikhlas mendidik, bkn pikir duit je... ...

budak opis aku nk sgt jd cikgu sbb nk gaji besau

3480 Publish time 15-4-2024 12:31 PM

azalia72 replied at 15-4-2024 08:47 AM
My doter next year habis belajar dah kat IPG. Dia dapat elaun RM430, kalau batch yg 3 tahun sblm d ...

Uish Makin sikit no.. bdk pismp dulu2 rasanya 800. Yg intake awal2 dulu la

jejaka_hensem Publish time 15-4-2024 12:36 PM

jazaa100 replied at 15-4-2024 08:27 AM
Cikgu ni pahala berterusan....ingat tu je....
Lagi satu kena ikhlas mendidik, bkn pikir duit je... ...

Bukan cikgu je sis yg pahala berterusan,pekerjaan lain pun sama.
Ilmu yg diturunkan,kalau digunakan kejalan yg baik tetap dpt pahala.

jazaa100 Publish time 15-4-2024 11:12 PM

reenz013 replied at 15-4-2024 12:24 PM
budak opis aku nk sgt jd cikgu sbb nk gaji besau

Betul....
Setiap 2thun dapat increment rm200...

plywood Publish time 15-4-2024 11:21 PM

bukankah ribuan graduan ipg ni keluar setiap tahun. ada yang menunggu pulak beberapa tahun sebelum posting.

yang ini memang dia ambik bila dah grad terus diserap masuk kerja kah atau terpaksa menunggu lagi? .. atau ini persediaan untuk nak buka sekolah baru?

sranua Publish time 16-4-2024 02:24 PM

jazaa100 replied at 14-4-2024 08:42 AM
Aku tgok best je....
Keja separuh hari...
Cuti pun byk...


Kan....dah la naik pangkat ikut time based..cukup tahun naik pangkat. Aku yg bukan cikgu ni nak naik pangkat bukan main susah. Jenuh bertikam sana sini...lobi..kipas....org pakai ekon kalah balik. Takkan hari2 nak doa bos meninggal cepat...Tak baik.

azalia72 Publish time 16-4-2024 02:56 PM

3480 replied at 15-4-2024 12:31 PM
Uish Makin sikit no.. bdk pismp dulu2 rasanya 800. Yg intake awal2 dulu la

Haaa gitulah dapatnya.Mmg banyak la makpak kena topup, duduk plak kat KK

Pages: [1] 2
View full version: Berminat nak jadi cikgu, masuk le


ADVERTISEMENT