mattzzx Publish time 14-4-2024 10:15 AM

Vinales juara pecut MotoGP America

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/BIK-MOT-SPO-MOTOGP-OF-THE-AMERICAS-SPRINT_1713058326.jpg
VINALES (tengah) bersama trofi juara pecut diapit Marquez (kiri) Martin (kanan). -FOTO AFP

Austin: Maverick Vinales melonjak dari petak pertama untuk melakar kemenangan dalam perlumbaan pecut MotoGP di Grand Prix America di Austin.

Pelumba Sepanyol yang memecahkan rekod pusingan dalam kelayakan, mendahului lebih sesaat, menunggang dengan tenang ke garisan penamat ketika tiga rakan senegara bersaing di belakangnya untuk merebut tempat podium yang lain.

"Saya mahu teruskan. Kelajuannya sangat mengagumkan," kata Vinales.

Vinales melengkapkan 10 pusingan dalam masa 20 minit 27.825 saat, 2.294 saat di hadapan pemenang tujuh kali di Litar Amerika, Marc Marquez dengan menunggang Gresini Ducati.


Jorge Martin tempat ketiga 4.399 saat di belakang pemenang manakala rookie remaja Pedro Acosta dengan GasGas, di tempat keempat.

Marquez berkata dia tidak begitu gembira dengan prestasinya.

"Agak sukar daripada yang saya jangkakan," katanya.

"Pada pusingan pertama saya agak laju tetapi kemudian saya mula berasa tidak begitu baik. Kemudian saya memutuskan untuk menunggu masa saya.

"Saya berada di hadapan kumpulan itu. Apabila Pedro menyerang saya, saya berkata 'OK, sekarang masanya'. Saya setengah saat lebih pantas daripada lap berikutnya dan kemudian mula membuka ruang."
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/04/1079800/vinales-juara-pecut-motogp-america
Pages: [1]
View full version: Vinales juara pecut MotoGP America


ADVERTISEMENT