ultra78 Publish time 16-4-2024 09:12 PM

Akaun Facebook Pusat Khidmat DUN Kijang digodam

Akaun Facebook Pusat Khidmat DUN Kijang digodam
Oleh
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
16 April 2024 05:34pm



KOTA BHARU - Akaun Facebook Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang yang mempunyai 25,000 pengikut digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Hasil semakan Sinar Harian mendapati akaun tersebut dipenuhi dengan paparan imej dan video lucah.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang, Taufiq Ramli ketika dihubungi mengesahkan akuan Facebook itu digodam pihak tidak bertanggungjawab.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati ia telah digodam oleh 'hackers' dari Vietnam," katanya.

Menurut beliau, pihaknya sudah buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, satu akaun baharu telah diwujudkan menggunakan nama yang sama.

Taufiq memberitahu, pihak pejabat Exco dan Pusat Khidmat DUN Kijang telah mengetatkan semua langkah keselamatan para pengendali media sosial.

https://www.facebook.com/dunkijang


manopBKK Publish time 17-4-2024 02:28 AM

Gebuuuu!!

airfilterkotor Publish time 17-4-2024 02:49 AM

Video masih tak delete lagi. :lol:

Supersirap Publish time 17-4-2024 08:41 AM

kena betulkan cepat

pokokmeranti Publish time 17-4-2024 08:47 AM

FB i dah dua kali kena hacked. sampai skrg jarang benar nak update apa2.

s@s@ Publish time 17-4-2024 09:01 AM

kalau hacker dari luar hack pastu post video lucah, apa hacker tu dapat?
or dia baru -nak belajar hack, itu yang dia saja try buat tu?

airfilterkotor Publish time 17-4-2024 11:32 AM

Admin FB tak boleh buat apa² ke? Block ke... apa ke...

mojarean_X Publish time 17-4-2024 11:35 AM

Haah betullah x delete lg

airfilterkotor Publish time 17-4-2024 11:38 AM

Masih macam semalam juga.
Untong la atok² layan FB DUN Kijang sambil selam minom air. :lol:

Nenek: Awak tengok apa tu, tersengeh² jer?

Atok: FB kawan saya ni DUN Kijang, ada update info terbaru... tu yg saya dok telaah ni... dah, buatkan saya kopi.

Nurdianah Publish time 17-4-2024 12:47 PM

Lobai biar je … setelah sebulan menahen napsuuuu

ultra78 Publish time 17-4-2024 02:05 PM

https://www.facebook.com/dunkijang/videos/795885282451408

Kak-Rohana Publish time 27-4-2024 10:15 AM

dah pdm ke?
Pages: [1]
View full version: Akaun Facebook Pusat Khidmat DUN Kijang digodam


ADVERTISEMENT